RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN

Ahad, 23 Januari 2011

ISLAM HADHARI DAH JADI ISLAM 'HINDHARI'... JAUHILAH DARI AGAMA ISLAM?



HUKUM AGAMA SANGGUP DINAFIKAN DEMI UNTUK MENCAPAI MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. LAUNGAN ISLAM HADHARI TIDAK LAGI KEDENGARAN. ADAKAH INI PUNCA SEGALA MUSIBAH ISLAM SEMAKIN LONGGAR DI NEGARA INI. MAKSIAT PULA SEMAKIN BERLELUASA TANPA ADA PENGUATKUASAAN YG TELUS. PEMIMPIN AGAMA BN YG SEDAR DAN TAHU HUKUM PULA, HANYA BERDIAM DIRI. DEMI KUASA DAN PANGKAT YG TELAH MEREKA NIKMATI, MENTERI AGAMA SANGGUP BERSUBAHAT MEMBIARKAN PEMIMPIN MEREKA MEMPERLEKEHKAN HUKUM HAKAM AGAMA ISLAM.

Khamis, 20 Januari 2011

PILIHANRAYA KECIL KINI DI MELAKA PULA



AL-FATIHA
YB. Datuk Mohammad Hidhir Abu Hasan, ADUN Merlimau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka telah kembali kerahmatullah pada 8.00 malam tadi (20 Jan. 2011) di Hospital Putera akibat penyakit jantung.

Rabu, 19 Januari 2011

SULTAN SELANGOR BERSEPENDAPAT DENGAN KHALID?


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan 'lampu hijau' (perkenan) baginda untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang dijadualkan pada 24 Januari ini. Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini mengesahkan baginda telah menandatangani perisytiharan pada 14 Jan lepas untuk persidangan itu diadakan selepas mendapat 'permohonan' daripada pihak Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.
Ekoran krisis perlantikan SUK yang didakwa tidak mengikut prosedur, Justeru dengan kata lain, Baginda seperti bersetuju dan bersependapat dengan cadangan MBnya itu untuk mengembalikan semula kuasa Sultan yang terhakis sewaktu 'krisis perlembangaan' pada 1993 dahulu.

Sabtu, 8 Januari 2011

SEJARAH TIDAK MENIPU, TAPI UMNO YG MENIPU SEJARAH

Fakta tetap fakta dan akan terus menjadi rujukan dan disimpan di dalam lipatan sejarah. Manakala sejarah pula tidak akan MENIPU fakta dan akan kekal terus dalam ingatan kepada generasi seterusnya.
Cuma yang MENIPU ialah mereka yang mengaku mengangkat keris berjuang untuk orang Melayu dan mempertahankan Agama Islam. Inilah fakta PENIPU mereka yang mengaku mereka sahajalah parti politik Melayu yang mempertahankan Isntitusi Raja. Kalu seteru mereka dikatakan 'DERHAKA' tapi apa lagi yg boleh kita anggap mereka nie..?? Layan lagi di sini...

Khamis, 6 Januari 2011

BEGHAIM ALI 'TALAM DUA MUKA'..?





Memang sahlah mereka ni bermuka-muka mempertahankan Sultan dan Institusi Raja Melayu di negara ini . Atas nama Ketuanan Melayu itu jugalah pemimpin-pemimpin ini yang kononnya membuktikan merekalah perjuang sejati yang mempertahankan Kuasa Raja-raja Melayu sehingga ke titisan darah terakhir, rupanya boleh diibaratkan 'TALAM DUA MUKA'.


Kenapa tidaknya, mereka berkokok hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan politik mereka. Kalau dulu mereka jugalah yang menentang dan mengugut Institusi Raja seperti buktinya di sini, kini mereka jugalah cuba hendak menjadi JUARA RAKYAT untuk meraih simpati politik dari rakyat, Isu Sultan hanyalah alat propaganda untuk kelansungan politik pemimpin mereka semata-mata.


Rabu, 5 Januari 2011

DEMO PERTAHANKAN SULTAN SELANGOR....HE HE HE GELI BEBENOR TEMAN MENDEGORNYA...

Aduhh.. duhh...he he he he...macam nak terkentut teman membaca blog GAGAP kerana mempertahankan Sultan Selangor. Biasalah UMNGOK nie, memang tak ada perkara lainlah yang nak ditunjukan sokongannya kononya merekalah yang bermati-matian mempertahankan kuasa dan Institusi Raja2 Melayu di negara ini.
UMNGOK memang mudah lupa, sebenarnya merekalah yang telah mencipta sejarah krisis Perlembagaan pada 1993 yang mana memperlihatkan kuasa Sultan dan Menteri Besar telah ditarik balik. Hari ini kat sini mereka juga nak buat-buat mencipta sejarah MEMPERTAHANKAN KUASA SULTAN YG MEREKA HAKISKAN PADA TAHUN 1993 dulu.

Isnin, 3 Januari 2011

KALAU SULTAN DIKATAKAN 'NATANG' ITU BIASA AJE

Kali ini isu SUK Selangor semakin hangat dipolitikkan baik dari pihak kerajaan negeri Selangor mahupun puak2 dari parti politik ataupun NGO yg bertunjangkan UMNGOK. Umumnya semua dah dapat agak, laporan polis dah macam satu kemestian bagi puak UMNGOK apabila satu2 isu itu kononnya menyentuh sensitiviti Orang Melayu dan Raja2 Melayu.

Hari ini Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis berhubung kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang dianggap menghina Sultan Selangor dalam laman blognya.

Pengerusi GAPS, Hamizun Khairuddin berkata, Shuhaimi dalam kenyataannya menerusi laman blog http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember lepas didakwa terang-terangan menentang keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memperkenankan pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru. Tapi umumnya rakyat semua tahu yg Sultan sebenarnya tiada kuasa melantik dan menolak seperti kenyataan di sini.


Tapi cerita yg di Terengganu semasa pemilihan MB seperti dalam gambar di atas, ramai penyokong UMNGOK mengamuk hendakkan DERIS sehingga menimbulkan marahnya kepada Sultan/Agong tidak pula mereka membuat laporan polis dan bahasa yg kesat (BINATANG)secara terang2an itu tidak pula dianggap MENGHINA RAJA2 MELAYU. Inilah sebenarnya sikap TALAM DUA MUKA UMNGOK.

Isu SUK selangor: Khusrin Munawi seperti 'HidungTak Mancung Pipi Tersorong2'


Khusrin seolah-olah seperti "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" apabila menerima pelantikan SUK Selangor. Apabila MB Selangor membuat keputusan untuk memboikot majlis angkat sumpah Khusrin dan enggan menerima kehadiran Khusrin dalam majlis kerajaan negeri selepas bertemu dengan Baginda Sultan. Buntut Khusrin sepatutnya sudah mulai panas apabila duduk di kerusi pejabat SUK Selangor.
MB Selangor dijangka akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.
Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, di mana baginda bertitah beliau 'tidak mempunyai kuasa' untuk menerima ataupun menolak perlantikan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan, Berita ini juga membuktikan bahawa sudah terang lagi bersuluh bahawa kuasa Baginda Sultan telah dirampas oleh UMCO si "penderhaka sewaktu krisis Perlembagaan pada tahun 1993".
Hasil krisis dan pindaan Perlembagaan itu, Baginda Sultan kini TIDAK MEMPUNYAI KUASA untuk menolak atau menerima pelantikan yang dibuat oleh SPA. Bukankah situasi ini menunjukkan bahawa baginda seolah-olah berada dalam era penjajahan British?
Jadi, siapa penderhaka, siapa yang menjadikan sultan seolah-olah "boneka", UMCO atau PAKATAN RAKYAT!?
catatan p/s dari: blog:duniacacamarba

Ahad, 2 Januari 2011

ISU AURAT: USTAZ JAMIL KHIR BAHAROM YG KONGKALIKONG

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata orang bukan Islam termasuk ahli politik tidak dihalang memasuki masjid tetapi adabnya seperti etika berpakaian perlulah dihormati. Beliau mengulas tindakan anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang berpakaian ketat ketika bersenamrobik di perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor baru-baru ini, dengan tegasnya beliau berkata di sini .

Jamil Khir menegaskan "sepatutnya semakin kita masuk ke dalam masjid tu semakin mendekatkan kita dengan Islam, semakin faham dengan Islam. Tapi apa yang berlaku ini terbalik, semakin masuk semakin nampak tak faham, semakin menyakiti orang lain."

Rupanya Pak Jamil selama nie....Ustaz KONGKALIKONG je rupanya. Cakap tak serupa bikin. Buat teguran berpilih-pilih. Sayang Pak Jamil ni, BERANI BUKAN KERANA BENAR. Kalau tidak kenapa beliau tidak berani menegur Wanita Pertama Malaya seperti dalam gambar di atas yg terang2 tidak menutup aurat dan melanggar peraturan dalam masjid ?? Macamana Pak menteri Ugama kita??