Ahad, 22 Ogos 2010

ISU KHUTBAH LGE: ULAMAK UMNO KENA JAWAB



iSU khutbah Lim Guan Eng di PP. Apa bezanya bacaan Yassin yg dilakukan oleh UMNO semasa PK P.094 Hulu Selangor yg calonnya bukan muslim. Langsung tiada isupun yg dibawa oleh pihak Pakatan Rakyat. UMNO kini semakin hilang kewarasannya. Masakan tidak dalam 40 makmum yg sembahyang Jumaat hanya ketua UMNO Cawangan Jelutong saja yg mendengar nama Guan Eng di sebut. Makmum yg lain mungkin tertidor kerana keletihan berpuasa. Kalau terkilan sekali pun hanya sebuah masjid sahaja yg tidak disebut nama YDP Agong sementelaah lagi hampir beratus masjid dalam Malaya ni yg mendoakan YDP Agong. Apa masalahnya?? Masalahnya ialah sakit hati dek politik.
Pas tu yg lain2 pulak yg tak mendengar atau dikategorikan 'dengar cakap' dah mula buat kecoh khususnya apa lagi dan tentulah para barisan Pemuda UMNO, biasalah kerja rutin, ada iaitu buat repot polis satu Malaya. Agaknya saper yg mula buat kecoh?? Bukankah puak UMNO sendiri?? Mungkin lepas nie pulak demontrasi besar-besaran seperti yg pernah dilakukan oleh para pelajar UitM suatu ketika dulu yg kini senyap dah termasuk lubang leher mereka. Tak ada satu isu pun, baru cadang, dia punya kecoh satu Malaya berdentum. Manakala dalam isu ini yg menghairankan Ulamak UMNO yg ada Ilmu agama, yg faham akan Ilmu agama duduk membatukan diri tak mahu komen. Takutttt nanti miss soruu..!!
Lahni pulak, isu LGE nie.. pasti surat khabr geng2 puak UMNO akan mengambil kesempatan menghangatkan lagi isu nie. Kemungkinan UMNO dan puak2 yg berkepentingan akan memainkan isu ini berlarutan. Yang tak faham selok belok agamapun pun akan melenting apatah lagi PERKASAM Melayu yg presidennya dah nak nak penghujung nyawa kariernya juga akan mengambil kesempatan mencelah. Tak caya nanti sama2 kita lihat.
Namun apa yg terjadi semua ini menurut para pemerhati politik termasuk isu calon MB Johor yg langsung x logik dek akal memang ianya sengaja dimainkan oleh orang2 UMNO sendiri dan usaha2 yg berterusan UMNO agar parti pembangkang terus diganyang sebelum PRU13 nanti. Kalau kita lihat sejak akhir2 ini, kenapa PAS terlalu sukar untuk menjalinkan hubungan dengan UMNO ini kerana ahli2 UMNO itu sendiri selalu betindak melulu tanpa pengetahuan agama terus membuat keputusan sendiri manakala yg ulamak mereka sendiri dok diam membisu.
PS: MACAM MANE PADA PANDANGAN ULAMAK UMNO SEKIRANYA USTAZ REDUAN TEE ABDULLAH TU MENDOAKAN KESEJATERAAN IBUNYA YG BUKAN MUSLIM. APATAH LAGI JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMMAD SAW. MENDOAKAN KESEJAHTERAAN SEORANG PEMUDA YAHUDI YG SELALU MEMAKINYA SETIAP HARI. MENURUT USTAZ ASARI PULA MENDOAKAN KEPADA BUKAN MUSLIM TIDAK MENJADI KESALAHAN DARI SUDUT AGAMA ASALKAN DOA ITU ADALAH SUPAYA PEMIMPIN ITU MENJADI ADIL DALAM PEMERINTAHANNYA. WALLHUAALAM.

4 ulasan:

Prof. Era Pasca berkata...

makan meluat ngan karenah UMNO nih... tak abis2... apa mereka ingat mereka nih juara tang mana? tak bertempat

kulatlapok berkata...

TQ Bro... Itulah pasal sampai lahni kenape Presiden MCA nak kurangkan kuota Melayu 30%... Tak dak pun laporan polis dibuat oleh puak-puak nie?

melayuangkat berkata...

Kalau kamu nak sangat doakan Lim Guan Eng, Karpal Singh dan Kit Siang tu PERSILAkanlah..Bulan Ramadhan yang mulia ni insyaAllah lagi cepat dimakbulkan Allah doa kamu semua.

Kumpulkan geng-geng kamu semua. Najib yang bertungkus lumus untuk Negara buat buat tak nampak, semua tak kena. DAP pula disanjung. UMNO tak boleh ada sedikit cacat cela mesti perfect.

Bukalah hati kamu sikit. Kalau benci biar berpada, kalau ada rakyat Malaysia yang masih tidak tahu erti kemerdekaan dan merasa nikmat kemerdekaan 53 tahun negara, there is something seriously wrong with the person.

kulatlapok berkata...

Salam Makcik..sedkit terukir senyuman diri ini bilamana Makcik sudi jua singgah ke pondok Cendawan ini. Terima kasih Makcik, walaupun kita berbeza pendapat namun sirahturrahim jangan diputuskan.

Saya tidak berniat prejudia mana2 pihak namun saya percaya dan yakin, Islam itu agama untuk semua makhluk didunia ini.Islam itu mudah lagi menyenangkan untuk mereka yg sudi mendekatinya terutama kepada mereka yg bukan Islam.

Kadangkala sedihnya bila mengaku muslim namun tidak jua pernah jejak kerumah ibadah seperti yg semua orang kini memperkatakannya sekarang.

Namun untuk soalan Makcik itu rasanya Makcik boleh rujuk kepada Ustaz Zaharuddin yg jelas menerangkannya maksud2 yg menjadi pertikaian sekarang. Wallhualam.

Sila ke http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=950&Itemid=72

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN