Ahad, 2 Mei 2010

UMNO BUATKAN MAJLIS BACAAN YASIN UNTUK YB P.KAMALANATHAN

Rasanya isu Kalimah Allah masih lagi belum reda. Beberapa pihak seperti PERKASAM dan terutamanya beberapa pemimpin dikalangan UMNO tetap berkeras penggunaan nama Allah hanyalah untuk orang Islam. Walau pun ramai percaya ada juga dikalangan ahli2 UMNO terutama mereka yang memandangnya dari segi ilmiahnya merasakan ianya boleh dipersoalkan. Masakan tidak, demi untuk kelangsungan dan kepentingan politik, mereka meredhakan pula bacaan Yassin untuk calon BN, P.Kamalanathan semasa PRK P.094 di Hulu Selangor tempohari seperti yang tertera pada gambar di atas.

Wa tak reti nak komen pasal ni. Terpulanglah kepada ahli agama yang bijak pandai TERUTAMA AHLI ULAMAK UMNO untuk memberikan komen dan pandangan mereka. Adakah dalam soal ini ianya diharuskan khususnya dalam konsep ISLAM HADHARI yang dicipta. Apa yang pastinya secara tidak langsung, UMNO DENGAN SENDIRI MENGIKTIRAFKAN PENGGUNAAN 'NAMA ALLAH' ITU DIBOLEHKAN UNTUK MEREKA YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM DAN KHUSUSNYA UNTUK SETIAP HAMBA ALLAH DI DUNIA INI.

7 ulasan:

AFRAR YUNUS berkata...

salam sdra kl
umno ni memang hebat. ahli-ahli di bawah tak terkejar idea pemimpin mereka.

kulatlapok berkata...

salam Tuan:

Ini dah bukan double lagi tapi dah berdouble2 standarnya. Untung menguntungkan politik semuanya boleh jadi...

Tanpa Nama berkata...

salam tuan, mana2 yang terjerit terlolong sampai nak bawak kemahkamah pasal Isu KALIMAH ALLAH ni minta depa pulak tampil buat kenyataan, apakah ini SUNAT, HARUS ATAU HARAM...sialkan ULARMAK UMNO menjawabnya.

Tinta Hitam berkata...

Agaknya dlm bab ini ulamak ulamak UMNO kata ok kot...

Tanpa Nama berkata...

ulamak UMNO kalau kata TAK OK, DEPA SUSAH SIKIT CARI MAKAN NANTI SORU MISS...inilah yg susahnya kalau agama ciptaan sendiri 'ISLAM HADHARI' APAPUN SEMUA BOLEH JADI, HUKUM HAKAM LETAK TEPI, ILMU YG ADA TAK MAHU DIGALI, ITU SEMUA APA MEREKA PEDULI, ASALKAN KUASA DAPAT DICARI, RUPANYA MELAYU MEMANG LUPA DIRI.

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan,

Saya rasa itu bukan bacaan yasin untuk YB Kamal, tapi untuk kemenengan BN khususnya. Perkara ni sepatut nya menjadi 'non-issue'.

Apa beza, org-org cina DAP membaca surah surah al-quran, atau pergi ber'vigil' meratapi pemergian Teoh Beng Hock.

Tapi walau bagaimanapun ini lah politik Malaysia, penuh hipokrasi dan double standard, dari kedua dua belah pihak.

Joe Labi

kulatlapok berkata...

salam Joe Labi:

Politik hipokrasi dan double standard terpaksa digunakan jika ianya menguntungkan.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN