Krisis MIC semakin meruncing apabila Setiausaha Agung MIC sendiri, S. Murugesan telah membuat satu kejutan dengan turut sama mempertikaikan tindakan ketuanya Datuk Seri S. Samy Vellu yang menggunakan kuasa 'hitler'nya untuk memecat sesuka hatinya empat pemimpin MIC dalam tempoh dua minggu lalu. Dengan kenyataan itu, beliau hampir pasti akan menyertai 'GAS' iaitu kumpulan yang mempertikaikan tindakan 'bosnya' itu menegaskan, presiden sepatutnya menggunakan kuasa memecat sebagai langkah terakhir.
Selain daripada itu krisis MIC ini juga secara tidak langsung memberi kean kepada UMNO yang sebelum ini sering kali menempelak Pakatan Rakyat yang kononnya diambang perpecahan. Rupanya dalam senyap parti kompenan BN sendiri seperti api dalam sekam. Krisis demi krisis dihadapi bermula dari parti Gerakan, MCA dan kini MIC pula. Apapun kesemua parti kompenan yang dikepalai oleh UMNO itu terbukti mempunyai sejarah yang paling memalukan pada PRU 12 yang lalu. Justeru tidaj mustahil kenapa rakyat dan ahlinya menolak kepimpinan mereka sendiri.
1 ulasan:
Salam anak cyber,
Apa khabar?
Beginilah rentak hidup di dunia. Tidak ada yang kekal selamanya. Segalanya akan berubah. Perubahan itulah yang tetap selamanya. Kata-kata Hamka ini Mak Cik selamanya. Baik dijadikan pegangan hidup.
Sebab itu prinsip Mak Cik, kalau kita suka pada sesiapa atau benci sekali pun biarlah berpada pada. Sebab segalanya boleh berubah, apatah lagi QALB kita, hati kita.
Hari ini kita sayang besok sebaliknya, begitu juga orang pada kita.
Hanya satu kasih sayang yang kekal dan tak minta apa apa pada kita, hanya bermunajat padaNYA. DIA yang kekal yang patut kita sayanagi sehingga keakhir hayat.
WaAllahuALam.
Catat Ulasan