Ahad, 11 April 2010

ZAHID HAMIDI RUPANYA PAKAR INJEN JET SUKHOI



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah dikatakan menguji sendiri terbang bersama jet pejuang negara, Sukhoi 30MKM selama 50 minit. Hasilnya beliau telah mengesahkan bahawa pesawat canggih itu masih lagi boleh dipakai dan selamat digunakan.

Hebat betul Dr Ahmad Zaid ni, hanya dengan mengambil masa 50 minit sahaja beliau boleh memberi jaminan keselamatan juruterbang negara tidak akan mengalami masalah untuk terus menggunakan jet tersebut. Selepas pengesahan ini kita harapkan tidak ada berita kemalangan yang melibatkan pesawat tersebut.
Dengan bakat yang ada. selepas ini Dr Ahmad Zahid juga bolehlah menguji pula pelbagai peralatan canggih tentera termasuklah kapal selam kita yang juga dikatakan mengalami masalah teknikal.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Zahid penipu berapa banyak masalah terhadap pesawat tersebut seperti tempat pengisian minyak, tempat penyimpanan stor senjata, masalah penyelenggaraan yang masih tergantung dan bayangkan di pangkalan Gong Kedak telah berlaku kehilangan kereta fortuna dan cuba di tutup olih pehak pengurusan tertinggi TUDM. So injin dah pernah hilang dan cuba ditutup olih TUDM dan sekarang mereka cuba menutup kehilangan sebuah kereta dan apa kah sebenar nya yang berlaku.
Panglima Tentera Udara bilang dalam berita Gerombolan hanya masalh batu kecil masuk injin-ini satu lagi mangkuk hayun, cuba nak tutup berapa banyak duit rakyat yang di bazirkan akibat cuai perlaksanaan perancangan penerimaan pesawat. Cuba buat penyiasatan kalau berani. Sudah lah kalau bawa kereta staf dan langgar orang pun sampai mati macam mana nak di percayai menerajui TUDM-orang salah pun bolih memimpin. Injin F5E dah jumpa ke? tak kan nak cover up Panglima Angkatan Tentera dan menantu di Dubai bercuti!!!
KSU jangan tersengih macam katak tapi tak kan berjalan seorang tanpa buddy Panglima Angkatan Tentera teman berkunjung ke luar negara?!!!Apa cerita eurocopter, berapa komisyen nak beri pada ketua projek tim?!!!
Kesian Pak Menteri kena tipu dengan General sebab kalau esok perang kita akan hancur kerana APCO dah dapat semua maklumat.

kulatlapok berkata...

salam anony..22:55

Apa yang pastinya, diapun nak ikut jejak sepupu si Najib minta kementerian naikkan lagi elaun tentera. Semua nak tunjukan yg mereka bagus bekerja.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya cendawan ni dnegki tak dapat naik sekali kot, pastu tanpanama yang komen mula2 tu dengki sebab tak dapat supply enjin dalam kementerian pertahanan, tu yg marah tu agaknya..cuba dapat ke dia, senyap je kot...ekekekekeke...manusia, manusia, manusia..kalau takde kaitan takkan kita nak buka cerita atau sesuatu isu, pasti ada kaitan jugak ni..tu yg beria2 nak keluarkan dalam blog tu..cari isu lainlah woooooooooiiiiiiii..takyah nak bongkar isu pertahanan negara, buat malu kat negara luar je, negara luar tak pernah nak sentuh pun isu pertahanan negara diorg, org Malaysia je yg beria2 nak bagitahu kat org luar tentang kerapuhan dengan isu2 yg fitnah dan pembohong semata2, cakap ikut tengkok, tiada bukti..ekekekeke

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN