Setiap kali ada PRK, seperti macam suatu kemestian, pasti adaa sahaja ahli yang keluar parti terutama dari pihak pembangkang khususnya dari PKR. Pagi tadi, Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhamad Ali Mukhtar hari ini mengumumkan keluar dari parti itu berkuat kuasa serta merta. Turut sama seorang lagi anggota Jawatankuasa (AJK) cabang itu, Mohd. Nazri Mukhtar.
Selain daripada itu, empat anggota Angkatan Muda cawangan Padang Jawa turut mengumumkan keluar parti. Mereka semua mengambil tindakan itu kerana dikatakan kecewa dengan kepimpinan PKR yang memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon pakatan pembangkang pada PRK P094 Parlimen Hulu Selangor.
Berikutan beberapa keputusan yang mengejutkan itu, khabarnya lebih ramai lagi ahli PKR dari beberapa cabang akan keluar beramai-ramai mengikut jejak Ketua AMK Shah Alam dan lain-lain cabang tersebut.
Berikut beberapa cabang yang dikatakan akan keluar beramai2 ialah CABANG JAWA BARAT, CABANG JAWA TIMUR, CABANG BANDUNG, CABANG SURABAYA, CABANG YOGHJAKARTA dan yang paling ramai sekali khabarnya yang akan keluar ialah CABANG LOMBOK yang tidak berpuashati dengan kekurangan jumlah anak dara negara ini untuk di bawa keluar balik ke Lombok.
3 ulasan:
aduh aduh aduh kok semuanya jowo yang keluar tu..??
polek botolah asal ada je PRK yg kaluarnya pasti PKR. itu baru cabangnya nanti kat paper, bukan kata lima enam orang malah nak dokek seghatui yg keluar. tak cayo nanti mari kita samo2 tengok. siap masuk dalam sughek khabo dan telebisen.
Kalau keluar mari kita tengok, komano budak-budak ni poie...masuk umno ko atau bosantai ajo ngabihkan boreh.
Kalau masuk umno bagitau jangan nak monyalak macam kopimpinan umno tu somua eh keramat.
Catat Ulasan