Alahaii kesiannya MB Kelantan ni, makan seorang diri je kat warong. Tanpa pengawal peribadi dan protokol. Kalu pemimpin BN ni, rasanya dia punya pengawal peribadinya je penuh keliling gerai. Itu tak masuk lagi para pembodek yang nak tolongkan bayar. Mana tahu kalau tolong bayarkan nanti dapat habuannya projek atas angin.
Gambar ni aku cilok KAT SINI. Kata penulisnya, MB Negeri sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja.. kesiaannn..!! Bukan kata MB, YB kat kg. pun susah nak jumpa. Lagaknya juga adakala mengalahkan MB. (tapi....takle semua, ada juga YB karat yg sesekali tengok macam bukan YB, tapi Yang Berkhidmat)
2 ulasan:
Salam Cendawan yang melata di Utara,
Kalau hati dah suka dan sayang semuanya 'jadi;. Tapi kalau dah tak bekenan semuanya tak betul.
Tidaklah patut diburukkan Pemimpin dari BN semata-mata kerana tidak makan berseorangan dan Mak Cik tidak fikir seseorang itu 'suci dari debu' hanya kerana dia memilih untuk makan bersendirian.
Masa Mak Cik di Hudaybiah, buat Umrah tahun lalu terserempak dengan TGNA. Tidak juga dia kesunyian, ramai yang bersama-sama dia. Dan semua pengikut 'hidung tinggi' jugak walaupun suami Mak Cik cuba nak berSalam dan tegur, maklumlah..buat Umrah dengan Tuan Guru..tentu mabrur, siapalah orang macam kita ni.
Mak Cik fikir kamu juga tersilap, tidak siapa pun dengki dengan Tuan Guru, apa yang nak didengkikan? Apa yang nak diirihatikan? Cuma kadang-kadang bila dia beri komen kontroversi tentulah orang komen balik, itu je.
salam makcik;
Bukan soal suka atau hati dah berkenan, tapi realitinya dihadapan kita. Cuba makcik tunjukan mana2 MB atau CM dalam negeri ini yang profailnya begitu. apatah lagi mengajar Ilmu agama kepada rakyatnya sendiri.
apa pun post ini hanya untuk orang yg boleh berfikir.., terima kasih ulasan makcik.
Catat Ulasan