KELMARIN TEMAN BALIK KG BERCUTI PANJANG SEMPENA TAHUN BARU CINA NI. SAMPAI KG, RUPANYA LAPTOP TERTINGGAL PULAK KAT RUMAH PEHH BETUL2 TERNGANGA JE DIBUATNYA DUDUK KAMPUNG. PAS TU BALIK JE DARI KG, SAMPAI RUMAH APA LAGI TERUS JE CAPAI LAPTOP, WALAUPUN PERUT RASA MACAM NAK KERONCONG, AKU TAHAN JUGA SEJEJAP ASALKAN AKU DAPAT TENGOK BLOG KEKAWAN. RASA PUAS LAPAR TERUS HILANG. APAPUN WALAU AKU LEWAT DUA HARI KESEMPATAN INI DIUCAPKAN 'SELAMAT TAHUN BARU' KEPADA RAKAN2 YG BERBANGSA TIONGHUA. WALAUPUN KORANG TAK KORBANKAN LEMBU, TAPI KORANG DAPAT JUGA MAKAN DAGING KHIN...!!!!! mmmmm........seleranya ko..!!
Selasa, 27 Januari 2009
Sabtu, 24 Januari 2009
AKHIRNYA KECANTIKAN 'MISS BIKINI' DIRAGUT
Kecantikan Mariana Bridi kini hanya tinggal kenangan.
MARIANA BRIDI, gadis jelita berusia 20 tahun adalah merupakan seorang finalis pertandingan ratu cantik dunia dalam kategori 'MISS BIKINI' yang berasal dari Brazil terpaksa menerima hakikat yang dirinya kini berstatus seorang OKU seumur hidup. Tangan dan kakinya terpaksa dipotong selepas disengat seekor kumbang pembunuh. Sebelum itu, beliau telah membuat pemeriksaan di sebuah hospital dan doktor telah memberi ubat yang salah kerana menyangka dia mengalami masalah buah pinggang. Namun jangkitan virus kumbang telah merebak begitu pantas pada tangan dan kakinya sehingga organ darahnya terputus.
KULAT: . Manusia sebagai seorang hambanya terpaksa dan wajib reda segala takdir dan ketentuan Allah SWT. Segala musibah yang diturunkanNYA memiliki seribu hikmah yang tidak diketahui oleha manusia. Hanya DIA sahaja yang maha mengetahui dan maha merencanakan segala kehidupan di alam fana ini. Wallahua'alam.
KHIR TOYO BARU SEDAR 'DEB' KETINGGALAN ZAMAN
KETUA PEMBANGKANG Selangor, Dato Khir Toyo yang sekarang ini semakin rancak menelanjangkan pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim telah mula mengorak langkah untuk membuat reform dalam BN terutama pembaharuan dalam kerajaan yang dikuasai oleh BN. Selain perubahan itu beliau juga menyentuh isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang begitu sensintif bagi penjuak ketuanan bangsa Melayu. Bagi sesetengah pihak, DEB adalah 'nadi' kesinambungan bangsa Melayu untuk terus dibela dan menjadi tuan dalam ini negara. Namun setelah berpuluh mendambakan dasar tersebut kini pemimpin UMNO mulai sedar bahawa DEB juga perlukan perubahan disini mengikut kesesuaian yang boleh merapatkan hubungan kaum antara Melayu dengan bukan Melayu. Kata Khir Toyo, Dasar Ekonomi Baru harus dikaji semula dan diberi nafas baru atau diwujudkan formula pentadbiran baru negara yang merangkumi ekonomi, hubungan antara kaum dan agama yang boleh memuaskan hati orang Melayu dan bukan Melayu. Khamis, 22 Januari 2009
PENYAKIT "ATHMA" YG MENGERIKAN??
MALAYSIA TAK PERNAH 'GAGAL'
Ketua jurulatih skuad bolasepak negara, B.Sathianathan berkata, Malaysia sebenarnya TIDAK PERNAH GAGAL dalam semua kejohanan antarabangsa yang disertai selama ini. "APA ITU GAGAL"... Bagi saya Malaysia tidak pernah GAGAL tapi tidak pernah BERJAYA, kata jurulatih yang nyaris disingkir oleh FAM pada tahun lalu. Memang tidak dinafikan Malaysia suatu ketika dahalu GAH di arena antarabangsa khususnya di Asia Tenggara. Namun selepas FAM berubah ke era profesional, mutu bolasepak negara terus menerus merosot sehinggakan ke kejohanan Sukan Sea pun kita tidak mampu untuk menjadi pesaing terutama kepada negara2 yang baru membangun seperti Laos, Myanmar dan Vietnam. Selasa, 20 Januari 2009
MANUSIA BERHATI BINATANG
Isnin, 19 Januari 2009
P36: UMNO BELI UMNO..??
Sabtu, 17 Januari 2009
TERIMA KASIH EZAM, TERIMA KASIH MEDIA PENJUAK
Syabas kepada PAS yang telah berkerja keras untuk mencapai matlamatnya dan pada post aku yg sebelum ini menyatakan "PAS Mendapat Kemenangan Moral Pusingan Pertama" berikutan perletakan jawatan Pengurus Pilihanraya menepati telahan aku bahawa PAS dijangka akan memenangi pilihanraya P36. Ini dibantu lagi dengan laporan2 berat sebelah dari penjuak2 media BN termasuklah blog2 yg menyebelahinya yang melaporkan maklumat yang salah sehingga terlalu meyakinkan kepada calonnya bahawa BN mempunyai kekuatan tersendiri terutama daripada pengundi minoriti Cina. Ini dikusutkan lagi dengan membawa panglima yg bersenjatakan keris tumpul bilamana Ezam cuba membuat provokasi yg salah bila asyik menyerang isu Anwar Ibrahim tetapi kurang menyerang kepincangan PAS.
PAS MENDAPAT KEMENANGAN MORAL PUSINGAN PERTAMA
Khamis, 15 Januari 2009
Berita Paling Sensasi Dari Utusan Malaysia
Nampaknya Utusan Malaysia akhbar berpengaruh untuk UMNO semakin kekurangan berita untuk berkempen di pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu yg tinggal tidak beberapa hari lagi. Akhbar ini nampaknya agak terdesak untuk memuat apa saja berita yang boleh dijadikan kempen pilihanraya di P36 ini. Rasanya Editornya cuba mencuri perhatian pengundi dengan menyalahkan bendera Pas sebagai penyebab kecederaan seorang penjual rojak. Untuk memperbesarkan cerita lagi nampak menarik, apa lagi dengan sepantas kilat pelakon utamanya pun datang membantu memperlihatkan sifat calon yang perihatin dengan masalah yang menimpa rakyat khususnya pengundi di P36 ini. Teringat aku pada pepatah kata orang tua2 berita yang dimuatkan seperti "marahkan anak sindir menantu". Bunyi macam nak menyalahkan orang-orang Pas tapi dikaitkannya bendera Pas yang jadi penyebab. Inilah berita paling sensasi yang pernah aku terbaca.
Malaysia oh Malaysiaku
RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN


















