Memaparkan catatan dengan label Merai Undi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Merai Undi. Papar semua catatan

Selasa, 23 Disember 2008

DR. ZAMBRY TINGGAL JANJI, PAKATAN RAKYAT KENA TANGGUNG

Apa yang dipaparkan itu adalah kebenaran. Satu realiti yang sebuah kehidupan dihadapi oleh warga emas bersama seseorang cucu dan seorang anaknya. Warga emas itu ialah Talib Che Din berusia 57 tahun yang tinggal di Kampung Sungai Kecil, Pulau Pangkor Perak. Rumah itu sudah di mamah waktu. Tapak tempat ianya berdiri kepunyaan orang Cina! Dalam keadaan yang uzur hari ini tidak mungkin beliau dapat membaiki keadaan rumah dan kehidupan dia bersama seorang anaknya, Kamaruzaman 15, yang terencat akal dan cucu, Awi 5, yang ditinggalkan ibunya. Apa yang boleh dilakukan hanya pasrah kepada keadaan. (baca lagi sini.... dari 'merah tinta')


En. Talib Che Din bersama cucunya.


Rumah Talib Che Din yang menunggu masa untuk menyembah bumi

Hallo.!! Bro... Apa dah jadi ni...??? (2x5=5x2)

Menurut Talib, Adun Pangkor, Dr. Zambry Abdul Kadir dan ahli Parlimen Lumut, Kong Cho Ha pernah menjenguk rumah itu dua kali dan menjanjikan untuk menghulurkan bantuan. "Mereka datang sebelum pilihan raya 2008. Kini sesudah lapan bulan berlalu, janji belum ditunai dan bayangan mereka sudah tidak nampak lagi."

KULAT: Begitulah lumrahnya 'ehsan politik' di negera kita ini. Datang hanya meraih undi sahaja. Bila hajat tak tercapai janji manis hilang meninggalkan pahit kepada yang mengharap. Kebetulan kerajaan Perak kini dibawah Pakatan Rakyat yang menjadikan Kebajikan sebagai slogan. Yang kalah dah jadi abu, yang menang dah pun jadi arang. Justeru seperti kata 'tinta merah', marilah kita semua saksikan apakah ada perbezaan relatif antara kerajaan Pakatan Rakyat dengan kerajaan Barisan Nasional membela golongan miskin ini. Wallahu'alam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN