RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN

Isnin, 26 September 2011

ANTARA FAKTOR MASYARAKAT MEMBENCI POLIS

Seorang Pengulas Tertinggi mengulas isu biadap seorang anggota polis.. di sini.


Ulasannya - Aku simpati dgn si mangsa. aku memuji kamu sebab kau mendisplinkan seorang anggota polis yg tidak berdisiplin. Sepatutnya polis yg utamakan disiplin sebab dalam rekrut diajar dgn disiplin diri. Polis diajar dgn undang2 yg ada. Akta Polis. Kanun keseksaan, Kanun acara jenayah dll. Tetapi bila sudah berkhidmat lain pula yang dibuat, lagak samseng jalanan, kurang ajar dgn masyarakat, peras ugut, Jangan salah guna kuasa wahai polis2 semua. Kalau sudah tidak layak jadi anggota Polis yang berhemah mohon berhenti saja.


ps: salah satu antara berpuluh2 faktor yg menyebabkan masyarakat membenci pihak keselamatan selain daripada beberapa kes yg melibatkan penginayaan semasa demontrasi BERSIH 2.0.

Ahad, 25 September 2011

NAJIB NAIK BAS MACAM DUDUK DALAM HOTEL 5 BINTANG

Buat pertama kalinya dalam sejarah negara seorang pemimpin no. 1 negara telah memecahkan tradisi protokolnya sendiri apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongan telah dibawa menaiki bas menelusuri jalan raya di Perak dalam satu siri lawatan kerjanya itu.

Dengan perasaan bangga yang teramat sangat, Najib berkata tujuan beliau naik bas adalah untuk jumpa rakyat. Dan mesej utamanya ialah nak menunjuk pada rakyat dan nak rasa bagaimana tidak ada protokol antara pemimpin dan rakyat.

Kalaulah begitu hasrat PM kita nie, dari dulu lagi beliau patut berbuat demikian. Paling tidakpun kalu nak rasa sangat tidak ada protokol, beliau patut naik bas seperti gambar di bawah nie, Barulah dapat rasa kepanasan dan betapa daifnya rakyat menaiki sistem bas pengangkutan awam di luar bandar . Bukannya naik bas yg serupa juga duduk dalam hotel 5 bintang.




Kalu nak rasa tidak ada protokolnya, Inilah bas yg sepatutnya Kerajaan Negeri Perak sediakan


Ruang dalam bas yg dikatakan tidak ada protokol, dah macam hotel 5 bintang. Berapalah agaknya KOS UNTUK MENGUBAHSUAI bas tersebut?

Sabtu, 24 September 2011

BELUM TERLAKSANA, DAH NAMPAK KEZALIMANNYA

Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Abdul Razak melaksanakan langkah mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dimansuhkan.

Dalam ucapan sempena Hari Malaysia yang ditunggu-tunggu itu, Najib mengumumkan antara yg mengejutkan ialah rancangan pemansuhan lain termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, iaitu peraturan yang ditentang hebat pengamal media negara ini, terutama yang cenderung pembangkang.


Tapi itu rupanya indah khabar dari rupa je apabila satu penerbitan yg dalam proses permohonan (tapi belum lagi memohon) telah di sekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung penerbitan vedio 'UNDILAH'.


Penerbit vedio tersebut, Pete Teo, merasa hairan kerana beliau memang tidak menerima sebarang kelulusan sedangkan beliau tidak pernah memohonnya kepada FCB. Maklumat lanjut ..disini..

Khamis, 22 September 2011

DUBUR SAIFUL ANTARA YG 'TERISTIMEWA' DI DUNIA..?


BERIKUT ADALAH ULASAN SINIS DARI SEORANG PENGOMEN (Bicara Che Wan) POST MALAYSIA KINI YG RASANYA AGAK MENARIK UNTUK PEMBACA. ARTIKEL SEPENUHNYA KLIK ....SINI...



1.REKTUM @ DUBUR SAIFUL BUKHARI BOLEH DIKATEGORIKAN ANTARA JENIS DUBUR YANG PALING ISTIMEWA DI DUNIA... KERANA SEPANJANG ABAD DAN SEPANJANG MASA DUNIA MENGENAL SAINS DAN TEKNOLOGI CANGGIH, HANYA ADA DUA KES REKTUM @ DUBUR ISTIMEWA YANG BOLEH MENYIMPAN AIR MANI SELAMA LEBIH 56 JAM... REKTUM @ DUBUR SAIFUL BUKHARI BOLEH DI CALONKAN UNTUK DIMASUKKAN KE DALAM GUINESS BOOK OF RECORD..

2. KEPAKARAN DUA AHLI KIMIA MALAYSIA DR SEAH LAY HONG DAN NOR AIDORA SAEDON BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI AHLI KIMIA PALING HEBAT YANG PERNAH DILAHIRKAN DUNIA KERANA BERJAYA MENGESAN KEHADIRAN DNA DAN SETERUSNYA BERJAYA MENGESAHKAN STATUS DA TERSEBUT SELEPAS 48 JAM DITINGGALKAN SECARA TERBUKA DITAMBAH 56 JAM DALAM BUBUR SAIFUL.. DOA ORANG "PAKAR KIMIA" INI TERSANGAT WAJAR UNTUK DICALONKAN SEBAGAI PEMENANG HADIAH NOBEL 2011 BAGI KATEGORI PENEMUAN SAINS TERKINI

3. HAKIM MAHKAMAH TINGGI ZABIDN MAT DIAH PULA BOLEH DINOBATKAN SEBAGAI HAKIM TERHEBAT DUNIA ABAD INI JIKA BELIAU MEMUTUSKAN UNTUK MENERIMA PENEMUAN INI SEBAGAI PENEMUAN KEDUA DUNIA . PASTINYA JIKA PENEMUAN INI DITERIMA OLEH HAKIM INI, MAKA PENEMUAN INI AKAN DIIREKODKAN DALAM JURNAL2 UNDNAG2 DUNIA DAN AKAN MENJADI PRECEDET CASE DI SELURUH DUNIA... JADI TIADA SIAPA YANG DAPAT MENAFIKAN BAHAWA MALAYSIA MEMPUNYAI KEHEBATAN DALAM SEGALA HAL

UMNO DAH MULA BERCERLARU...MUHYIDIN KINI DISERANG

Blogger UMNO Zaharin Md Yassin – juga Setiausaha Bahagian Bandar Tun Razak mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai anak paria. Beliau dipetik sebagai mengatakan, "Muhyiddin Yassin itu anak paria," tulis Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin yang juga bloger Sang Kelembai dalam laman Facebook (FB) beliau. lagi baca...... di sini

Jumaat, 9 September 2011

MB JOHOR MEBANGGANGKAN DIRI SENDIRI

Kenyataan Menteri Besar Johor, yang melabelkan Mat Indera adalah seorang pengganas seolah-olah MENBANGGANGKAN dirinya sendiri. Pelik dan hairan buku yang diterbitkan oleh kerajaan negeri yg mana prakatanyapun dari dirinya sendiri tetapi seperti tidak tahu hasil kandungan buku tersebut seperti di sini..


Rupanya selama ini beliau sendiri tidak tahu apa yang dia lakukannya dan apa hasil kandungan buku tersebut. Beliau sebagai Menteri Besar sewajarnya ambil tahu kandungan dalam buku itu kerana ia diterbitkan oleh kerajaan negeri. Ia memperlihatkan satu KEBODOHAN seorang pemimpin negeri yg tidak wajar diucapkan dan ini cukup memalukan. MB Johor itu sepatutnya hanya perlu mengatakan kandungan dalam buku itu "ADALAH PANDANGAN PENULIS DAN TIDAK MEWAKILI PENDIRIAN KERAJAAN NEGERI".


Kenyataan beliau itu terang-terangan boleh menjatuhkan kredibilitinya sebagai pemimpin Umno, dan negeri Johor. Mungkin inilah tanda-tanda kariernya sebagai MB Johor bakal berakhir setelah bintangnya sejak akhir-akhir ini agak pudar dan beliaupun sudah tidak popular lagi dari kacamata kepimpinan UMNO pusat yg suatu ketika dulu (era Pak Lah) nyaris tidak dilantik sebagai MB Johor.

Selasa, 6 September 2011

MCA SEPERTI PERLI PEMIMPIN MELAYU UMNO

Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung telah menyatakan secara jujur dan ikhlas menunjukkan pendirian rendah diri mereka di sini dan mahu berada di luar Kabinet jika MCA gagal mempertahankan kerusi yg dipertandingkan pada PRU13 nanti. Parti komponen Barisan Nasional (BN) itu seperti menjangkakan prestasi lebih buruk berbanding pilihan raya umum 2008, dan pendirian ini adalah sebagai tanda menghormati komuniti Cina dan bukannya menghukum mereka.


Kenyataan Datuk Chor itu seharusnya dipuji yang menghormati keputusan dan kehendak pengundi sekiranya parti itu tidak dipilih. Kata beliau, adalah lebih penting pemimpin-pemimpin MCA memperoleh sokongan pengundi terlebih dahulu sebelum dipilih menganggotai kabinet kerajaan.


Katanya “Jika tidak boleh menang, bagaimana boleh mendapatkan jawatan dalam kerajaan?” kenyataan beliau itu harus dicontohi oleh sesetengah pemimpin UMNO yang berlumba-lumba untuk mengejar jawatan dalam kabinet walaupun telah tewas dalam PRU dan hakikatnya mereka itu sebenarnya telah ditolak oleh rakyat (pengundi).

Isnin, 5 September 2011

RAKYAT JOHOR SEPAKAT 'MAT INDERA' ADALAH SEORANG PERJUANG



Petikan dari Buku Pengukir Nama Johor yang tercatat nama Mat Indera adalah seorang PERJUANG dan bukanya PERTUALANG.


" Walaupun ketokohan Mat Indera masih menjadi kontroversi, namun ada satu persoalan besar yang perli diberi jawapan sewajarnya. Persoalan kini: Adakah Mat Indera seorang pertualang atau seorang perjuang? Huraian di atas cukup jelas memberikan jawapan yg tepat kepada persoalan ini.

Seperti Dato Maharaja Lela, Tok Janggut, Mat Salleh, Dato Dol Said, Rosli Doby dan lain-lain, Mat Indera seorang yg berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmaninya, rohaninya, inteleknya dan emosinya demi bangsa dan negara.

Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertahankan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yg terbelenggu oleh sistem penjajahan.

Justeru, MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN NAMANYA SEBAGAI SEORANG PERJUANG, BUKAN SEORANG PERTUALANG"

Ahad, 4 September 2011

RAKYAT JOHOR TERMASUK MUHYIDIN IKTIRAF PERJUANGAN MAT INDERA?

Mat Sabu kini telah mencetuskan suatu fakta yg tidak boleh dipertikaikan. UMNO dan lain-lain penjuak parti itu dengan merepek merapu sengaja memainkan isu komunis Mat Sabu. Namun hakikatnya ramai yg tidak tahu bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan dan ianya sendiri telah diktiraf oleh Kerajaan Negeri Johor sendiri.


Buktinya sila rujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor di sini.. pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah pejuang yg menjadi isu hangat kini iaitu Mat Indera. Sehingga kini isu Mat Indera menyebabkan pihak polis telah menerima puluhan malah mungkin ratusan laporan polis yg dibuat oleh penjuak2 UMNO untuk mendakwa Mat Sabu Malangnya sehingga kini pihak polis belum lagi bertindak menahan Mat Sabu.



JANGAN TAK PERCAYA..??? Yayasan Warisan Johor sendiri meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.



Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.



Maklumat seterusnya baca lagi di sini... (daripada Jasin Online).

Mashitah.! Ohh.. Mashitah..!




Seorang Pembaca Malaysia Kini yang dikenali 'Pembaca Anti Murtad'telah menulis maklum balas artikel Ustazah UMNO yang comel loteh isu yang bertajuk “Isu Murtad: PAS Pilih JAIS atau DAP?” yang telah disiarkan dalam Sinar Harian pada 12 Ogos 2011.


Dalam maklum balas yg tercatat di sini, banyak persoalan yang ditimbulkan dan Ustazah ini seolah-olah cuba hendak menegakan benang yang basah. Beliau dilihat lebih mencari keuntungan politik dirinya.