Rabu, 13 April 2011

DRAMA LIWAT 2: 'TAK KENAL MAKA TAK CINTA, TAK MENDENGAR MAKA TAK PERCAYA'

DRAMA LIWAT 2: COPY LINK DARI BLOG 'DUNIA CARCA MARBA' YG MENCABAR PARA BLOGGER MENONTON VIDEO INI SEHINGGA KE AKHIRNYA. KEMUDIAN ANDA TAFSIRKANLAH SENDIRI. TAK KENAL MAKA TAK CINTA, TAK MENDENGAR MAKA TAK PERCAYA'. SILA KLIK DI SINI.... 'SELAMAT MENONTON.'

Selasa, 5 April 2011

PDRM TU UMNO PUNYA..?

Polis telah memaklumkan bahawa mereka akan mula menyiasat mengenai penyebaran video lucah itu di You Tube. Sungguhpun dimaklumkan oleh Datuk Eskay bahawa hanya beliau mempunyai salinan video itu – polis mempersoalkan kenyataan itu. Ulasan para bloger di blog... UMNOREFORM

Isnin, 4 April 2011

KLIP VIDEO SEKS ANWAR ADA TERTERA BAHASA SIAM

Siapa tak kenal Blogger yang bernama papagomo? (www.papagomo.com). Sudah tentu lah dia ni adalah merupakan penjuak dan blogger UMNO dulu kini dan selamanya. Papagomo dikatakan telah mula menyebarkannya video sepanjang 1.47 (satu minit empul tujuh saat) yang di tuduh adalah video seks Dato Seri Anwar Ibrahim di dalam blognya.


Macamana klip video tersebut boleh terlepas pada penjuak2 UMNO ni? Sedangkan menurut Mat Siam tu salinan tape ni hanya ada satu sahaja padanya. Aku tak mahu nak bersubahat muat turun video tu. Kalau korang semua mahu tengok pergilah klik ke sini...


ps: Tapi yg peliknya klip video tu ada tertera "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011". Kalu Rahim Tambychik, tak mungkin kerana dia tak tahu berbahasa Thai. Tapi kalu Shazril Eskay, Mat Siam tu sorang rasanya yang tahu segala-galanya..... wallahuaalam.

Ahad, 3 April 2011

TAPE TULEN TAPI SIPERAKAMNYA MASIH BEBAS



Kes klip video DSAI kini masuk fasa kedua dengan makluman yang meyakinkan dari Ketua Polis Negara sendiri bahawa ianya TULEN.


Sesiapapun akan percaya bahawa video itu semestinya tulen kerana ianya dirakam dan jika adapun proses pertindihan (superimpose) ianya juga tidak akan menjejaskan proses rakaman tersebut. Yang menjadi persoalannya siapa yg merakamkan itu yg menjadi pokok kepada siasatan polis sepatutnya.


Apapun kes tersebut telah pun menjadi siasatan pihak polis. Cuma istimewanya kes tentang vidoe seks kali ini jauh berbeza dengan klip asmara CSL yang mana ianya disebarkan secara senyap, dan pihak polis dengan cekap dan tangkas dapat memberkas si penyebarnya yg akhirnya dihukum denda dan penjara.


Berlainan pula kes klip video seks DSAI ini, ianya secara terang-terangan dimiliki oleh individu dan dipertontonkan secara terang-terangan, namun kali ini kecekapan dan ketangkasan pihak berwajib tidak berlaku seperti kes CSL. mmm.... kekadang kita jadi pening dengan kes situasi yg sama tetapi berbeza tindakannya. Apapun hanya rakyat saja yg dapat menilaikannya.

Jumaat, 1 April 2011

KETUA POLIS NEGARA SAHKAN RAKAMAN VIDEO ADALAH 'TULEN'


Ha hah..!! Isu video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang kini bertambah panas apabila Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan bahawa rakaman video adalah tulen. Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti individu dalam klip video berkenaan. Kerja-kerja rakaman itu memang tulen, tapi lembaga dalam video itu yg ramai tertunggu-tunggu akan ketulenannya.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN