Isnin, 5 September 2011

RAKYAT JOHOR SEPAKAT 'MAT INDERA' ADALAH SEORANG PERJUANG



Petikan dari Buku Pengukir Nama Johor yang tercatat nama Mat Indera adalah seorang PERJUANG dan bukanya PERTUALANG.


" Walaupun ketokohan Mat Indera masih menjadi kontroversi, namun ada satu persoalan besar yang perli diberi jawapan sewajarnya. Persoalan kini: Adakah Mat Indera seorang pertualang atau seorang perjuang? Huraian di atas cukup jelas memberikan jawapan yg tepat kepada persoalan ini.

Seperti Dato Maharaja Lela, Tok Janggut, Mat Salleh, Dato Dol Said, Rosli Doby dan lain-lain, Mat Indera seorang yg berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmaninya, rohaninya, inteleknya dan emosinya demi bangsa dan negara.

Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertahankan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yg terbelenggu oleh sistem penjajahan.

Justeru, MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN NAMANYA SEBAGAI SEORANG PERJUANG, BUKAN SEORANG PERTUALANG"

1 ulasan:

leekonu berkata...

semua bekas jajahan USSR adalah KOMINIS termasoklah MatIndera dan penyokong Mat Indera Bintang Tiga.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN