Selasa, 6 September 2011

MCA SEPERTI PERLI PEMIMPIN MELAYU UMNO

Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung telah menyatakan secara jujur dan ikhlas menunjukkan pendirian rendah diri mereka di sini dan mahu berada di luar Kabinet jika MCA gagal mempertahankan kerusi yg dipertandingkan pada PRU13 nanti. Parti komponen Barisan Nasional (BN) itu seperti menjangkakan prestasi lebih buruk berbanding pilihan raya umum 2008, dan pendirian ini adalah sebagai tanda menghormati komuniti Cina dan bukannya menghukum mereka.


Kenyataan Datuk Chor itu seharusnya dipuji yang menghormati keputusan dan kehendak pengundi sekiranya parti itu tidak dipilih. Kata beliau, adalah lebih penting pemimpin-pemimpin MCA memperoleh sokongan pengundi terlebih dahulu sebelum dipilih menganggotai kabinet kerajaan.


Katanya “Jika tidak boleh menang, bagaimana boleh mendapatkan jawatan dalam kerajaan?” kenyataan beliau itu harus dicontohi oleh sesetengah pemimpin UMNO yang berlumba-lumba untuk mengejar jawatan dalam kabinet walaupun telah tewas dalam PRU dan hakikatnya mereka itu sebenarnya telah ditolak oleh rakyat (pengundi).

1 ulasan:

Batu Pelangi berkata...

MCA MIC DAN GERAKAN kena keluar dari
BN jika hendak pengundi menyokong
mereka kembali!!!Ada bran ka????

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN