Isnin, 28 Jun 2010

PKR SELANGOR "AYAM TERLEPAS TANGAN BERBAU TAHI"

Kekalutan isu dalaman PKR kini semakin nampak ketara apabila krisis dalamannya kini diterjemahkan melalui kepimpinan tertinggi mereka. Sebelum ini sudah ramai pemimpin kanan PKR dan yang tidak kanan juga telah pun mengakhiri perjuangan mereka bersama PKR dengan meninggalkan terus parti keramat itu.
Terbaru, Tan Sri Abdul Khalid melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor berkuat-kuasa serta merta dan jawatan berkenaan kini diambil alih oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali. Walaupun itu dianggap sebagai suatu perubahan biasa, adalah agak mustahil apabila seorang MB tidak mampu untuk meneruskan kepimpinan negeri dalam parti.
Hal demikian menurut pemerhati adakah ini sebagai tanda dan alamatnya bahawa PKR bakal tersembam dan terlepas menguasai negeri maju itu. Ibarat "ayam terlepas tangan berbau tahi".

Rabu, 16 Jun 2010

WA NAK REHAT JAP NGAN BLOG NIE, WA NAK PI LAYAN FB LAK


pehhh... dah lama wa tak postkan cite kat blog nie... boring jugak rasanya bila membaca cite-cite bab politik ni. dia kata dia, dia kata dia, kawan jadi lawan yang lawan jadi kawan. macam wa hasil balik asal. rasanya macam x ada siapa yang menang dan x ada siapa lak yang kalah. hiksss.. boring, boring. rasanya nak relax jap lah postkan cite-cite kat blog nie. sementara nie, baik wa layan FB lagi baik..!!

Isnin, 7 Jun 2010

GAMBAR YG MEMBERI MAKNA SERIBU KEDUKAAN

Buat remaja yang sudah terjebak dalam zina, bertaubatlah segera selagi Dia masih memberi peluang. Andai kau ditakdirkan mempunyai zuriat, jadikanlah dia emas bernilai untuk kau tumpahkan kasih sayang dan pengorbanan. Moga-moga ia boleh menjadi sebab untuk kau mampu 'membeli' sebuah keampunan. Tolonglah, Tolonglah, Tolonglah kurayu, jangan dibuang anak itu! Damaikan sikecil itu dalam pelukanmu. Kasihanilah dia, InsyaAllah Allah, Dia akan mengasihani kamu...Petikan (dengan sedikit tambahan) tulisan Fatimah Syarha dalam kolum Remaja majalah Solusi isu no. 20, ms 69 bertajuk "Damailah Dalam Pelukanku."

sumber: Facebook Ustaz Zahazan Mohamed

Khamis, 3 Jun 2010

JAMIL KHIR BAHAROM TERLENA DLM KEINDAHAN UMNO

Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom pernah menyatakan bahawa beliau sudah mula tertarik dengan kerajaan BN dan UMNO sejak dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
" Saya melihat satu keindahan dalam kerajaan BN dan UMNO yang mampu melihat rakan2 turut berada di luar untuk berkongsi kek yang sama bukan untuk dimakan tetapi untuk bekerja"
Demikian kata2 ikhlas seorang yang pertama kali bergelar menteri semasa diwawancara dalam sebuah akhbar milik kepimpinan kerajaan baru. Akibat terlalu asyik dengan keindahan yang UMNO tunjukkan itulah menyebabkan menteri agama UMNO ni.. sehingga lupa bahawa beliau telah bersekongkol dengan golongan orang-orang yang dimurkai oleh Allah swt. Wallahuaalam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN