
iSU khutbah Lim Guan Eng di PP. Apa bezanya bacaan Yassin yg dilakukan oleh UMNO semasa PK P.094 Hulu Selangor yg calonnya bukan muslim. Langsung tiada isupun yg dibawa oleh pihak Pakatan Rakyat. UMNO kini semakin hilang kewarasannya. Masakan tidak dalam 40 makmum yg sembahyang Jumaat hanya ketua UMNO Cawangan Jelutong saja yg mendengar nama Guan Eng di sebut. Makmum yg lain mungkin tertidor kerana keletihan berpuasa. Kalau terkilan sekali pun hanya sebuah masjid sahaja yg tidak disebut nama YDP Agong sementelaah lagi hampir beratus masjid dalam Malaya ni yg mendoakan YDP Agong. Apa masalahnya?? Masalahnya ialah sakit hati dek politik.
Pas tu yg lain2 pulak yg tak mendengar atau dikategorikan 'dengar cakap' dah mula buat kecoh khususnya apa lagi dan tentulah para barisan Pemuda UMNO, biasalah kerja rutin, ada iaitu buat repot polis satu Malaya. Agaknya saper yg mula buat kecoh?? Bukankah puak UMNO sendiri?? Mungkin lepas nie pulak demontrasi besar-besaran seperti yg pernah dilakukan oleh para pelajar UitM suatu ketika dulu yg kini senyap dah termasuk lubang leher mereka. Tak ada satu isu pun, baru cadang, dia punya kecoh satu Malaya berdentum. Manakala dalam isu ini yg menghairankan Ulamak UMNO yg ada Ilmu agama, yg faham akan Ilmu agama duduk membatukan diri tak mahu komen. Takutttt nanti miss soruu..!!
Lahni pulak, isu LGE nie.. pasti surat khabr geng2 puak UMNO akan mengambil kesempatan menghangatkan lagi isu nie. Kemungkinan UMNO dan puak2 yg berkepentingan akan memainkan isu ini berlarutan. Yang tak faham selok belok agamapun pun akan melenting apatah lagi PERKASAM Melayu yg presidennya dah nak nak penghujung nyawa kariernya juga akan mengambil kesempatan mencelah. Tak caya nanti sama2 kita lihat.
Namun apa yg terjadi semua ini menurut para pemerhati politik termasuk isu calon MB Johor yg langsung x logik dek akal memang ianya sengaja dimainkan oleh orang2 UMNO sendiri dan usaha2 yg berterusan UMNO agar parti pembangkang terus diganyang sebelum PRU13 nanti. Kalau kita lihat sejak akhir2 ini, kenapa PAS terlalu sukar untuk menjalinkan hubungan dengan UMNO ini kerana ahli2 UMNO itu sendiri selalu betindak melulu tanpa pengetahuan agama terus membuat keputusan sendiri manakala yg ulamak mereka sendiri dok diam membisu.
PS: MACAM MANE PADA PANDANGAN ULAMAK UMNO SEKIRANYA USTAZ REDUAN TEE ABDULLAH TU MENDOAKAN KESEJATERAAN IBUNYA YG BUKAN MUSLIM. APATAH LAGI JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMMAD SAW. MENDOAKAN KESEJAHTERAAN SEORANG PEMUDA YAHUDI YG SELALU MEMAKINYA SETIAP HARI. MENURUT USTAZ ASARI PULA MENDOAKAN KEPADA BUKAN MUSLIM TIDAK MENJADI KESALAHAN DARI SUDUT AGAMA ASALKAN DOA ITU ADALAH SUPAYA PEMIMPIN ITU MENJADI ADIL DALAM PEMERINTAHANNYA. WALLHUAALAM.