Memaparkan catatan dengan label Isu Politik Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Politik Semasa. Papar semua catatan

Isnin, 24 November 2014

PEMBANGKANG DI SELANGOR DAPAT KEISTIMEWAAN


Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi memberi peruntukan sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap 12 orang wakil rakyat BN mulai tahun depan. MB Selangor, Azmin Ali berkata di sini, peruntukan kerajaan negeri kepada wakil rakyat BN itu pertama kali dilaksanakan di Selangor. Semasa membentangkan belanjawan 2015 hari ini, Menteri Besar itu berkata, peruntukan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.

Jumaat, 5 September 2014

ANGKUHNYA SEORANG PEMIMPIN ISLAM

TANPA BERSEMBUNYI, SEORANG PEMIMPIN KANAN PAS MENGELUARKAN KENYATAAN YANG BERSIKAP ANGKUH  DI SINI.  KENYATAAN BELIAU ITU SEOLAH-OLAH BELIAU TELAH MENDAHULUKAN TAKDIR DAN MENOLAK BAHAWA MANUSIA ITU HANYA LAH MERANCANG DAN PERANCANGAN ALLAH SWT ADALAH PENENTU SEGALA2NYA.

p/s: PAS SEMAKIN MENYENGGET BERSAMA PAKATAN.

Selasa, 10 Jun 2014

ISU LPHJ: KENAPA MESTI SULTAN..??

Majlis Raja-Raja Johor menjelaskan bahawa peruntukan dalam Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 tidak memberi kuasa mutlak kepada Sultan Johor. Menurut Presiden Majlis Raja-Raja Johor menyebut ia juga bukan satu bentuk campur tangan Istana dalam bidang pentadbiran negeri.

Namun walaupun MB Johor telah memaklumkan bahawa “LPHJ bertindak atas nasihat menteri besar (atau perdana menteri)” yang digunakan dalam perlembagaan persekutuan atau negeri, akan tetapi rakyat bimbang di sini amalan sebenar yang bakal berlaku sebaliknya nanti.

Campur tangan sultan dalam pentadbiran kerajaan negeri akan menyebabkan institusi beraja tercemar kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di sini. wallhuaalam

POLITIK ANTARA DUA DARJAT...


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan NGO pro-Melayu lain tidak melenting walau Umno melalui lidah rasminya Utusan Malaysia mengkritik Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014.

"Jik Umno dan Utusan buat, tak apa. Jika kita yang buat, mereka akan terus bertindak dan ISMA akan melenting," katanya di sini...

Ahad, 16 Oktober 2011

ISU P.PINANG: UMNO TIDAK BERMINAT, APA KATA BEGHAIM ALI?



Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak telah membuat pengakuan di sini dengan memberi jaminan kepada Gerakan bahawa Umno tidak akan sama sekali menuntut tampuk kepimpinan Pualu Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) merampas balik negeri itu daripada Pakatan Rakyat.



Umno tidak akan menuntut kepimpinan Pulau Pinang malah bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen yang lain atas dasar semangat setiakawan yang telah terjalin sejak 54 tahun yang lalu.




Justeru dengan pengakuan terbuka oleh Najib itu, maka selepas ini orang Melayu Pulau Pinang tak perlu lagi bersusah payah membuat demontrasi menuntut pelbagai isu dengan kerajaan negeri yang ada sekarang. Jika ditakdirkan BN berjaya merampas Pulai Pinang dengan majoriti kerusinya dikuasai oleh UMNO pada PRU13 akan datang, pemimpin negerinya tetap juga di kalangan bangsa Cina.


Dalam hal ini, perkara yang paling menarik sekali masyarakat mahu lihat akan ketegasan PERKASAM yg sering melaung2kan isu BANGSA MELAYU. Selepas kenyataan ini ramai orang Melayu mahu mendengar sendiri ulasan PRESIDEN PERKASAM, Encik Beghaim Ali, apa tindakannya seterus...???



Khamis, 22 September 2011

UMNO DAH MULA BERCERLARU...MUHYIDIN KINI DISERANG

Blogger UMNO Zaharin Md Yassin – juga Setiausaha Bahagian Bandar Tun Razak mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai anak paria. Beliau dipetik sebagai mengatakan, "Muhyiddin Yassin itu anak paria," tulis Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin yang juga bloger Sang Kelembai dalam laman Facebook (FB) beliau. lagi baca...... di sini

Jumaat, 9 September 2011

MB JOHOR MEBANGGANGKAN DIRI SENDIRI

Kenyataan Menteri Besar Johor, yang melabelkan Mat Indera adalah seorang pengganas seolah-olah MENBANGGANGKAN dirinya sendiri. Pelik dan hairan buku yang diterbitkan oleh kerajaan negeri yg mana prakatanyapun dari dirinya sendiri tetapi seperti tidak tahu hasil kandungan buku tersebut seperti di sini..


Rupanya selama ini beliau sendiri tidak tahu apa yang dia lakukannya dan apa hasil kandungan buku tersebut. Beliau sebagai Menteri Besar sewajarnya ambil tahu kandungan dalam buku itu kerana ia diterbitkan oleh kerajaan negeri. Ia memperlihatkan satu KEBODOHAN seorang pemimpin negeri yg tidak wajar diucapkan dan ini cukup memalukan. MB Johor itu sepatutnya hanya perlu mengatakan kandungan dalam buku itu "ADALAH PANDANGAN PENULIS DAN TIDAK MEWAKILI PENDIRIAN KERAJAAN NEGERI".


Kenyataan beliau itu terang-terangan boleh menjatuhkan kredibilitinya sebagai pemimpin Umno, dan negeri Johor. Mungkin inilah tanda-tanda kariernya sebagai MB Johor bakal berakhir setelah bintangnya sejak akhir-akhir ini agak pudar dan beliaupun sudah tidak popular lagi dari kacamata kepimpinan UMNO pusat yg suatu ketika dulu (era Pak Lah) nyaris tidak dilantik sebagai MB Johor.

Selasa, 6 September 2011

MCA SEPERTI PERLI PEMIMPIN MELAYU UMNO

Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung telah menyatakan secara jujur dan ikhlas menunjukkan pendirian rendah diri mereka di sini dan mahu berada di luar Kabinet jika MCA gagal mempertahankan kerusi yg dipertandingkan pada PRU13 nanti. Parti komponen Barisan Nasional (BN) itu seperti menjangkakan prestasi lebih buruk berbanding pilihan raya umum 2008, dan pendirian ini adalah sebagai tanda menghormati komuniti Cina dan bukannya menghukum mereka.


Kenyataan Datuk Chor itu seharusnya dipuji yang menghormati keputusan dan kehendak pengundi sekiranya parti itu tidak dipilih. Kata beliau, adalah lebih penting pemimpin-pemimpin MCA memperoleh sokongan pengundi terlebih dahulu sebelum dipilih menganggotai kabinet kerajaan.


Katanya “Jika tidak boleh menang, bagaimana boleh mendapatkan jawatan dalam kerajaan?” kenyataan beliau itu harus dicontohi oleh sesetengah pemimpin UMNO yang berlumba-lumba untuk mengejar jawatan dalam kabinet walaupun telah tewas dalam PRU dan hakikatnya mereka itu sebenarnya telah ditolak oleh rakyat (pengundi).

Isnin, 5 September 2011

RAKYAT JOHOR SEPAKAT 'MAT INDERA' ADALAH SEORANG PERJUANG



Petikan dari Buku Pengukir Nama Johor yang tercatat nama Mat Indera adalah seorang PERJUANG dan bukanya PERTUALANG.


" Walaupun ketokohan Mat Indera masih menjadi kontroversi, namun ada satu persoalan besar yang perli diberi jawapan sewajarnya. Persoalan kini: Adakah Mat Indera seorang pertualang atau seorang perjuang? Huraian di atas cukup jelas memberikan jawapan yg tepat kepada persoalan ini.

Seperti Dato Maharaja Lela, Tok Janggut, Mat Salleh, Dato Dol Said, Rosli Doby dan lain-lain, Mat Indera seorang yg berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmaninya, rohaninya, inteleknya dan emosinya demi bangsa dan negara.

Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertahankan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yg terbelenggu oleh sistem penjajahan.

Justeru, MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN NAMANYA SEBAGAI SEORANG PERJUANG, BUKAN SEORANG PERTUALANG"

Ahad, 24 Julai 2011

SIAPA SANGKA..?? SEGALA2NYA BERKEMUNGKINAN

Kita perlu berfikir diluar garis-garis kebiasaan. Kita perlu bersedia untuk menghadapi perkara-perkara diluar dugaan.


1. Siapa pernah meramalkan sebelum tahun 1987, bahawa Tengku Razaleigh akan disingkir oleh Mahathir dari Umno…sedangkan Tengku Razaleigh yang membawa Mahathir masuk Umno selepas Mahathir disingkir oleh Tengku Abdul Rahman.

2. Siapa sangka bahawa Anwar akan disingkir oleh Mahathir..sedangkan Anwar bersedia untuk mendakap Mahathir dan meninggalkan rakan-rakannya dalam PAS..malah menjadi musuh Pas. Dan pada tahun 1999, Anwar kembali mendakap Pas selepas disingkir oleh Mahathir.

3. Siapa sangka pada tahun 1999, Tengku Razaleigh yang bermusuhan dengan Mahathir kembali berdakap menentang Anwar yang sebelum itu berdakap dengan Mahathir menentang Tengku Razaleigh?

4. Siapa sangka..Mahathir kembali pada tahun 2008 dan menyerang Abdullah Badawi…Perdana Menteri yang dipilih olehnya sendiri.

5. Apakah tidak mungkin Najib menyingkir Muhyiddin tahun depan?
6. Apakah tidak mungkin Najib menyingkir Khairy Jamaludin tahun depan?
7. Apakah tidak mungkin Mahathir kembali menentang Najib tahun depan?

8. Apakah tidak mungkin Anwar akan dipenjarakan tahun depan?

"Siapa sangka, segala2nya berkemungkinan boleh berlaku....."

Maklumat seterusnya baca lagi dari blog ADUKA TARUNA.... di sini

Rabu, 30 Mac 2011

KETUA WIRA 'PERKASA' SERTAI PAKATAN.??


Ketua Wira Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Arman Azha Abu Hanifah semalam telah mengumumkan secara rasmi perletakan jawatannya. Adakah beliau kecewa berjuang dalam badan NGO atau telah bersedia untuk bertarung pula di atas pentas politik?


Beliau pernah mengatakan bahawa PERKASA kurang kekuatan jati diri untuk membela isu Melayu. Mungkin sebab itulah beliau meletakan jawatannya dan merasakan PERKASA yg terkenal sebagai NGO bebas yg memperjuangkan isu2 hal-ehwal bangsa Melayu masih tersekat dalam laluan politik. Selain daripada itu antara sebab lainnya ialah beliau meletakkan jawatan ialah kerana gagal mengetengahkan isu 30% kuota bumiputera.


Khabarnya pula, semasa Perhimpunan Haram & Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati, Shah Alam tempohari, Arman dilihat turut sama hadir mendengar ceramah daripada pemimpin2 tertinggi pembangkang khususnya tentang isu porno DSAI yg paling hangat diperkatakan sekarang. Apakah muslihatnya.?? sama2 lah kita tunggu...

Ahad, 27 Mac 2011

ISU VIDEO SEKS DSAI: PENGAKUAN DARI SEORANG BLOGGER UMNO

PENGAKUAN ANUAR MOHD NOR
Ada kalanya keghairahan menyebabkan kita hilang pertimbangan. Kemarahan melampau merugikan. Tindakan terburu-buru juga akan membodohkan dan yang paling dahsyat ialah rangkuman kesemua ini, keghairahan, kemarahan dan tindakan terburu-buru menyebabkan kita melakukan kesilapan yang akhirnya menjadi satu penyesalan.

Hari ini ramai yang membicarakan sama ada video itu benar – melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pendedahan demi pendedahan dilakukan. Persoalan Datuk T sama ada Trio atau hanya individu kembali wujud dengan pendedahan Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul. Mereka semua dipanggil pada hari pertama menonton secara eksklusif dan berbual dengan Datuk T dan Tan Sri Rahim Thamby Chik.
Baca seterusnya di sini...

Rabu, 23 Mac 2011

PEMBONGKARAN RAKAMAN VIDEO SEKS ANWAR

Ahli Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul, satu-satunya anggota pembangkang yang diberi peluang menonton 'blue film' bossnya telah mengakui terdapat percubaan menggunakan video seks sebagai umpan kepada ahli parlimen Pakatan. Pendedahan itu dibuat pada satu sidang akhbarnya di sini...

Isnin, 18 Oktober 2010

YB BEGHAIM ALI SAKIT..??

Dengor khabornya Presiden PERKASA lagi gagah yg baru ditarik Bintang Kebesarannya oleh Sultan Kelantan ke V baru-baru ini telah di masukan ke hospital untuk menjalani pembedahan jantung. Semoga pembedahan yg dijalaninya itu akan berjaya dan diharapkan Datuk Beghaim Ali akan dapat aktif semula seperti sebelumnya. Insyaallah. 'Selamat menjalani pembedahan'.

Khamis, 16 September 2010

PERKASA: BEGHAIM ALI MELOMPAT LAGI, DARI NGO TUBUH PULA POLITIK..??



Presiden kumpulan pendesak Melayu - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Dato Beghaim Ali kini telah merubah haluannya dari sebuah kumpulan NGO bakal menjadi sebuah parti alternatif untuk orang2 Melayu.
Ini berikutan dua parti ternesar yg mewakili orang Melayu iaitu PAS telah menegaskan tidak lagi memberikan peluang kepada Beghaim untuk bertanding menggunakan lambang parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Manakala beberapa pemimpin tertinggi UMNO pula mendesak agar parti tertua itu perlu menjauhkan dirinya dari PERKASA demi menjaga hubungan baik dengan parti2 kompenannya yg sudahpun terjalin sejak merdeka lagi.
Justeru, Beghaim kini telah mula memikirkan langkah seterusnya untuk menyambung kelangsungan politiknya dengan berkemungkinan akan mendaftarkan PERKASA sebagai sebuah parti alternatif untuk orang Melayu. Kenyataan beliau itu sekaligus membuktikan penubuhan PERKASA yg sebelum ini sebagai tunjang kekuatan orang Melayu seperti yg didakwanya sebenarnya ada agenda yg tersembunyi disebalik atas tiket memperjuangkan isu Melayu. Kini Beghaim Ali melompat lagi....

Ahad, 22 Ogos 2010

ISU KHUTBAH LGE: ULAMAK UMNO KENA JAWAB



iSU khutbah Lim Guan Eng di PP. Apa bezanya bacaan Yassin yg dilakukan oleh UMNO semasa PK P.094 Hulu Selangor yg calonnya bukan muslim. Langsung tiada isupun yg dibawa oleh pihak Pakatan Rakyat. UMNO kini semakin hilang kewarasannya. Masakan tidak dalam 40 makmum yg sembahyang Jumaat hanya ketua UMNO Cawangan Jelutong saja yg mendengar nama Guan Eng di sebut. Makmum yg lain mungkin tertidor kerana keletihan berpuasa. Kalau terkilan sekali pun hanya sebuah masjid sahaja yg tidak disebut nama YDP Agong sementelaah lagi hampir beratus masjid dalam Malaya ni yg mendoakan YDP Agong. Apa masalahnya?? Masalahnya ialah sakit hati dek politik.
Pas tu yg lain2 pulak yg tak mendengar atau dikategorikan 'dengar cakap' dah mula buat kecoh khususnya apa lagi dan tentulah para barisan Pemuda UMNO, biasalah kerja rutin, ada iaitu buat repot polis satu Malaya. Agaknya saper yg mula buat kecoh?? Bukankah puak UMNO sendiri?? Mungkin lepas nie pulak demontrasi besar-besaran seperti yg pernah dilakukan oleh para pelajar UitM suatu ketika dulu yg kini senyap dah termasuk lubang leher mereka. Tak ada satu isu pun, baru cadang, dia punya kecoh satu Malaya berdentum. Manakala dalam isu ini yg menghairankan Ulamak UMNO yg ada Ilmu agama, yg faham akan Ilmu agama duduk membatukan diri tak mahu komen. Takutttt nanti miss soruu..!!
Lahni pulak, isu LGE nie.. pasti surat khabr geng2 puak UMNO akan mengambil kesempatan menghangatkan lagi isu nie. Kemungkinan UMNO dan puak2 yg berkepentingan akan memainkan isu ini berlarutan. Yang tak faham selok belok agamapun pun akan melenting apatah lagi PERKASAM Melayu yg presidennya dah nak nak penghujung nyawa kariernya juga akan mengambil kesempatan mencelah. Tak caya nanti sama2 kita lihat.
Namun apa yg terjadi semua ini menurut para pemerhati politik termasuk isu calon MB Johor yg langsung x logik dek akal memang ianya sengaja dimainkan oleh orang2 UMNO sendiri dan usaha2 yg berterusan UMNO agar parti pembangkang terus diganyang sebelum PRU13 nanti. Kalau kita lihat sejak akhir2 ini, kenapa PAS terlalu sukar untuk menjalinkan hubungan dengan UMNO ini kerana ahli2 UMNO itu sendiri selalu betindak melulu tanpa pengetahuan agama terus membuat keputusan sendiri manakala yg ulamak mereka sendiri dok diam membisu.
PS: MACAM MANE PADA PANDANGAN ULAMAK UMNO SEKIRANYA USTAZ REDUAN TEE ABDULLAH TU MENDOAKAN KESEJATERAAN IBUNYA YG BUKAN MUSLIM. APATAH LAGI JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMMAD SAW. MENDOAKAN KESEJAHTERAAN SEORANG PEMUDA YAHUDI YG SELALU MEMAKINYA SETIAP HARI. MENURUT USTAZ ASARI PULA MENDOAKAN KEPADA BUKAN MUSLIM TIDAK MENJADI KESALAHAN DARI SUDUT AGAMA ASALKAN DOA ITU ADALAH SUPAYA PEMIMPIN ITU MENJADI ADIL DALAM PEMERINTAHANNYA. WALLHUAALAM.

Ahad, 25 Julai 2010

UMNO SOAL, UMNO JAWAB..KA KA KA TERSANGATLAH GELINYA

Isu perpaduan Melayu memang sengaja dipropagandakan oleh pihak UMNO. Lihat saje program soal jawab dalam TV3 yang disiarkan pada 21 Julai, yang tetamunya ialah Lokman Adam seorang 'X PKR' yang kini telah kembali menjadi ahli UMNO telah diwawancara oleh Dato Manja Ismail, orang kuat akhbar penjuak parti UMNO.

Program tersebut dilihat Lokman Adam lebih banyak menghentam matan bossnya Anuar Ibrahim daripada menjurus kepada soal perpaduan yang dicari. Program soal jawab dalam TV3 ni tak ubah seperti UMNO syok sendiri, iaitu UMNO SOAL, UMNO JAWAB....ka ka ka ka ka apa nak dikatakan..!! dah tak ade modallah tu......

Khamis, 22 Julai 2010

ISU PASIR: LAHH TAK DAPAT KONTRAK RUPANYA, TU YG BISING TU..!!



Isu pasir di Selangor semakin hangat. Selepas Khir Toyo membangkitkan soal negeri Selangor yang bimbang bakal berlubang akibat dikorek pasir, seorang lagi pemimpin UMNO negeri tampil dengan membuat isu lain pula.
Kali ini giliran Noh Omar pula yang tidak ketinggalan cuba bersaing publisiti dengan Khir Toyo dengan megenengahkan pula isu kroni pasir pula. Pihak KSSB lantas menempelak Noh di sini kerana rupanya beliau tidak faham mengenai bidang perlombongan pasir di negerinya sendiri.

Isnin, 28 Jun 2010

PKR SELANGOR "AYAM TERLEPAS TANGAN BERBAU TAHI"

Kekalutan isu dalaman PKR kini semakin nampak ketara apabila krisis dalamannya kini diterjemahkan melalui kepimpinan tertinggi mereka. Sebelum ini sudah ramai pemimpin kanan PKR dan yang tidak kanan juga telah pun mengakhiri perjuangan mereka bersama PKR dengan meninggalkan terus parti keramat itu.
Terbaru, Tan Sri Abdul Khalid melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor berkuat-kuasa serta merta dan jawatan berkenaan kini diambil alih oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali. Walaupun itu dianggap sebagai suatu perubahan biasa, adalah agak mustahil apabila seorang MB tidak mampu untuk meneruskan kepimpinan negeri dalam parti.
Hal demikian menurut pemerhati adakah ini sebagai tanda dan alamatnya bahawa PKR bakal tersembam dan terlepas menguasai negeri maju itu. Ibarat "ayam terlepas tangan berbau tahi".

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN