Memaparkan catatan dengan label Isu semasa.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu semasa.. Papar semua catatan

Rabu, 24 September 2014

APAKAH BENAR DAKWAAN CIKGU MALA.??

Bekas calon PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Tenang Normala Sudirman mempertikai
kan tindakan isteri calon BN di PengkalanKubor Khairos Husin disini yang mengambil cuti sebagai guru sekolah bagi membantu kempen suami.

Dalam kenyataan itu, Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala, membandingkan isteri calon BN itu dengan apa yang menimpa suaminya dalam pilihan raya kecil Tenang tiga tahun lalu sehinggakan suaminya menerima tekanan psikologi surat tunjuk sebab 'Buang Kerja atau Turun Pangkat'. 

p/s: PRK DUN Tenang dan PRK Pengkalan Kubor, pasangan warga pendidik dilayan secara tidak adil dan double standard,” dakwanya.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Dakwaan Anwar Tentang Penglibatan PDRM-ASIASOFT Sebuah Syarikat Israel Mula Nampak Kebenarannya?

Beberapa blog pro-UMNO/BN seperti gerakantimur.blogspot.com, kerisputera blogspot.com darulehsantoday.blogspot.com dan gerakan-anti-pkr.blogspot.com telah mula mempersoalkan penglibatan Syarikat Asiasoft yang pernah ditimbulkan di Dewan Rakyat oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 April 2010. Dakwaan berkenaan adalah berhubung kegiatan individu yang didakwa sebagai ejen risikan Israel.


Ekoran daripada itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) telah mendesak agar siasatan dijalankan ke atas dakwaan berhubung penyelewengan dan penglibatan pihak Israel dalam kontrak di PDRM.. di sini

Jumaat, 3 September 2010

TANDAS LEBIH BERHARGA DARI SEBUAH RUMAH PPRT







Tandas awam Taman Muhibah, Jasin merupakan tandas awam pertama yang bertaraf lima bintang di negara ini. mula dibina pada 6 Mei 2009 dan siap sepenuhnya pada 29 September tahun lalu melalui peruntukan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berjumlah RM115,000.


Cuba bandingankan dengan harga kos sebuah rumah PPRT yg cuma hanya berjumlah RM27000 sebuah. Maknanya 3 buah rumah PPRT dapat dibina berbanding hanya untuk sebuah tandas yg bukan untuk manusia berehat untuk sesebuah keluarga.

Isnin, 31 Mei 2010

PERBEZAAN ANTARA PEMIMPIN MIC DENGAN PKR


Politik Malaya semakin menarik. Krisis dari satu parti ke satu parti seperti mengikut giliran. Boleh dikatakan kesemuanya tidak dapat lari dari masalah dalaman. Tak kira dari mana baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional. Tapi dalam banyak2 krisis paling menariknya sekali sudah tentulah parti MIC. Parti ini dikatakan presidennya paling sensitif dan memiliki kuasa 'hitler'. Langsung tak boleh ditegur.
Baru nak kata ahh..!! saja terus hilang pangkat dalam parti. Dalam masa tidak sampai beberapa minggu, lima pemimpin MIC dipecat yang mendakwa boleh merosakkan kestabilan MIC tapi agenda sebenarnya mengikut cita rasanya mengugat kedudukannya sebagai presiden. Bila melihat keletah parti kompenan Barisan Nasional ini, kita dapat membezakan perjuangan pemimpin mereka terlalu berbeza dengan Parti Pakatan Rakyat terutama Parti Keadilan Rakyat. Cuba kita sama-sama lihat perbezaan yang paling ketara yg boleh kita buat perbandingan ialah contohnya seperti berikut:-
1. BEBERAPA PEMIMPIN KEADILAN SEPERTI YG KITA SEMUA TAHU, TELAH KELUAR DARI PARTI TERSEBUT KERANA MENDAKWA TEGURAN MEREKA KEPADA KETUA MEREKA TIDAK DIAMBIL PUSING OLEH PEMIMPIN MEREKA. LALU MEREKA MENGAMBIL KEPUTUSAN KELUAR PARTI. APA YANG MENARIKNYA AHLI2 NYA YG MENGKRITIK PEMIMPIN MEREKA SENDIRI LANGSUNG TIDAK DIPECAT TETAPI MEREKA SENDIRI YG MENGAMBIL KEPUTUSAN KELUAR PARTI
2. MANAKALA PARTI (MIC) KOMPENAN BN INI DULU KINI DAN SELAMANYA INI TERLALU BERLAINAN SEKALI. BARU SAJA AHLINYA NAK MENEGUR PEMIMPIN, MEREKA TERUS SAJA DIPECAT TANPA DIBAWA KE MESYUARAT DISIPLIN TERLEBIH DAHULU.
INILAH PERBEZAAN DAN PERBANDINGANNYA YG PALING KETARA SEKALI ANTARA DIKTAKTOR PEMBANGKANG DENGAN DIKTAKTOR KERAJAAN. JUSTERU ITU JUGA MIC DIJANGKA AKAN KEHILANGAN 5000 AHLINYA BAKAL DIPECAT KERANA MENYERTAI PERHIMPUNAN 'GAS' .

Selasa, 23 Mac 2010

PEJUANG BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR MILIKI SAHAM JUDI??

KHABARNYA MP Pasir Mas yang juga Presiden PEKASAM yang mendakwa memperjuangkan serta MEMPERKASA hak-hak BANGSA MELAYU, AGAMA DAN TANAH AIR rupanya mempunyai saham judi?? Beliau dikatakan ada miliki saham dalam syarikat yang dinamakan Ascot Sports yang diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan pertaruhan.
Bukan wa cakap hah...! Tapi ini orang yang cakap KAT SINI. Wallahuaalam.

Ahad, 7 Mac 2010

PROGRAM RAJA LAWAK YANG 'TIDAK LAWAK'



Program realiti Raja Lawak musim keempat telahpun berakhir malam tadi (7 Mac 2010) di Dewan MPSA. Entah dimana silapnya program realiti musim keempat ini seolah-olah langsung tidak mempunyai aura lawaknya berbanding dengan musim lalu.
Walaupun suasana final malam tadi agak grand sambutannya namun kesemua finalis tidak cukup untuk menunjukan kehebatan lawak yang diperlukan. Cuma Alex sahaja yang agak confident dengan gayanya serta boleh dikatakan dapat juga menyeringaikan gusi penonton.
Untuk musim kelima, diharapkan Astro jangan hanya tangkap muat dan perlu berhati2 memilih calon yang benar-benar berbakat dalam lawak untuk program musim hadapan. Jika tidak Program RAJA LAWAK untuk musim Kelima tahun hadapan mungkin menjadi BADUT LAWAK.
p/s: Kesian pada MAMU, ada bakat lawak malangnya menjadi mangsa SMS.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN