Memaparkan catatan dengan label Krisis MCA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Krisis MCA. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Mac 2010

KRISIS MCA: STRATEGI ONG TEE KIAT MEMAKAN DIRI


Strateginya selama ini yang digunakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat seolah-olah memakan diri sendiri apabila 21 daripada 31 anggota Jawatankuasa Pusat (CC), termasuk timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akhirnya meletakan jawatan.
Berikutan itu, mengikut perlembagaan MCA, CC perlu mengadakan mesyuarat dalam tempoh tiga hari bagi menetapkan tarikh pemilihan kepimpinan baru. Sekiranya berlaku pemilihan kempimpinan baru, kedudukannya Ong Tee Kiat agak tercabar dan beliau dijangka sukar untuk mempertahankan jawatannya sekiranya dua kumpulan dari Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai bergabung.
Krisis kepimpinan MCA meletus apabila Dr Chua dipecat daripada jawatannya tetapi CC kemudian mengubah keputusan untuk hanya menggantung kedudukannya. Kemelut parti itu bagaimanapun semakin meruncing selepas EGM 10 Oktober tahun lalu yang menyaksikan kemunculan kumpulan ketiga diketuai Liow apabila Ong dan Dr Chua menyokong pelan damai. Liow serta 12 penyokongnya dalam CC membantah pelan damai itu dan berkempen keras supaya pemilihan baru diadakan.
Mereka turut mengemukakan surat peletakan jawatan tetapi tidak mencukupi kuota dua pertiga bagi memaksa pemilihan baru diadakan. Keadaan bertambah buruk apabila Ong memecat Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Ketua Pemuda, Datuk Wee Ka Siong daripada Majlis Presiden MCA. Dr Chua berkata, kini terpulang kepada Setiausaha Agung MCA, Senator Datuk Wong Foon Meng, untuk menentukan tindakan seterusnya kerana Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ditetapkan pada Sabtu dan Ahad ini.

Rabu, 18 November 2009

PARTI KOMPENEN BN DAH JADI HURU-HARA..?

Gambar kartun ni aku cilok dari google image. Apa yang dia kata dalam bahasa MCA tupun aku tak faham. Hantem sajelahh..!! Apa yang pastinya karekatornya sudah tentulah wajah Presiden MCA bersama dengan Timbalannya yang telah dludahnya berkali-kali akhirnya dijilat semula dan kini dah jadi kamcing pulak. Sekarang ni, mereka berdua dah berubah dan kini sedang merancang PELAN PERPADUAN MCA yang baru.

PELAN PERPADUAN terkini yang dirancang oleh Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Kiat ialah membuat alasan rombakan (mencantas) ke atas keanggotaan Majlis Presiden dengan melantik beberapa muka baru dan 'MEMECAT' pula pemimpin sayapnya iaitu Ketua Pemuda, Datuk Dr Wee Ka Siong, Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Chor Chee Heung.

PELAN PERPADUAN Ong Tee Kiat dan Chua Soi Lek, dua pemimpin yang bertelagah ini telah menjadi kenyataan apabila mereka berdua telah berganding bahu semula. Namun PELAN PERPADUAN untuk keseluruhan AHLI MCA kini menuju jalan kehancuran. Krisis MCA sekarang dilihat semakin kompleks dan menjadi huru-hara. Ahlinya kini terpisah kepada dua kumpulan antara penyokong Presidennya dengan Naib presidennya. Datuk Liow Tiong Lai kini seolah-olah sedang diganyang oleh Presidennya sendiri dengan melantik enam muka baru dan tiga muka lama menganggotai Majlis Presiden.

Kini Ong Tee Kiat yang telah memiliki kekuatan sokongan dalam Majlis Presiden telah menolak cadangan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 28 November ini dalam Mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA semalam kerana mendakwa terdapat kecacatan dan melanggari perlembagaan parti.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN