Jumaat, 5 Mac 2010

KRISIS MCA: STRATEGI ONG TEE KIAT MEMAKAN DIRI


Strateginya selama ini yang digunakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat seolah-olah memakan diri sendiri apabila 21 daripada 31 anggota Jawatankuasa Pusat (CC), termasuk timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akhirnya meletakan jawatan.
Berikutan itu, mengikut perlembagaan MCA, CC perlu mengadakan mesyuarat dalam tempoh tiga hari bagi menetapkan tarikh pemilihan kepimpinan baru. Sekiranya berlaku pemilihan kempimpinan baru, kedudukannya Ong Tee Kiat agak tercabar dan beliau dijangka sukar untuk mempertahankan jawatannya sekiranya dua kumpulan dari Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai bergabung.
Krisis kepimpinan MCA meletus apabila Dr Chua dipecat daripada jawatannya tetapi CC kemudian mengubah keputusan untuk hanya menggantung kedudukannya. Kemelut parti itu bagaimanapun semakin meruncing selepas EGM 10 Oktober tahun lalu yang menyaksikan kemunculan kumpulan ketiga diketuai Liow apabila Ong dan Dr Chua menyokong pelan damai. Liow serta 12 penyokongnya dalam CC membantah pelan damai itu dan berkempen keras supaya pemilihan baru diadakan.
Mereka turut mengemukakan surat peletakan jawatan tetapi tidak mencukupi kuota dua pertiga bagi memaksa pemilihan baru diadakan. Keadaan bertambah buruk apabila Ong memecat Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Ketua Pemuda, Datuk Wee Ka Siong daripada Majlis Presiden MCA. Dr Chua berkata, kini terpulang kepada Setiausaha Agung MCA, Senator Datuk Wong Foon Meng, untuk menentukan tindakan seterusnya kerana Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ditetapkan pada Sabtu dan Ahad ini.

Tiada ulasan:

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN