Ahad, 25 Disember 2011

BEZANYA HUKUMAN RM20 DENGAN RM3.6 JUTA

Sungguh mengejutkan melihat amalan undang2 di Malaysia hari ini. Bayangkan di Trengganu,
seorang bapa Mohd Hishanudin Abdullah (foto) yang hanya menyamun RM20 kerana terdesak
untuk membeli susu anaknya telah dipenjara 36 bulan (3 tahun) oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sana. Tetapi anehnya bekas MB Selangor Khir Toyo yang telah menipu dan menyamun berjuta ringgit dalam urusan pembelian tanah hanya di hukum penjara 12 bulan (1 tahun) oleh Hakim Mahkamah Tinggi di Selangor. Apakah undang2 begini adil untuk rakyat agaknya?. Ada sesuatu perlu difikirkan di sini..


Apakah ini satu trick utk memastikan rakyat percaya bahawa mahkamah itu bersikap adil dgn menghukum Khir Toyo?. Maka, hukuman terhadap Anwar pada 9 Januari ini juga dikira adil demi kebenaran pihak penguasa yg mahu terus mengekalkan kuasa. Rakyat perlu sedar akan semua permainan ini. Benar Khir Toyo jadi "kambing hitam", tetapi ia sebagai satu strategi bagi membuktikan mahkamah di Malaysia itu adil tanpa mengira sesiapa pun .. pemimpin kerajaan mahu pun pembangkang.


Awas, jgn terpedaya dengan permainan mahkamah seperti ini. Teruskan usaha utk kembalikan demkorasi dalam erti sebenar di negera ini. Marilah lakukan perubahan dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Salam perjuangan!


Jumaat, 9 Disember 2011

KAK IJAT KENA PERLI DENGAN MAHATHIR

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Perbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil yang bergelut dengan kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), harus tahu bila seseorang itu patut berundur.


Dr. Mahathir berkata "Kalau kita berasa perlu berhenti kerana parti, kita berhenti, kalau ingin sumbang, kita bertanding," Ditanya sama ada Sharizat perlu mengetahui batasnya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ukur baju badan masing-masing".

Jumaat, 2 Disember 2011

KAK IJAT JGN MARAHKAN PEMBANGKANG, TAPI MARAHKAN AUDIT KERAJAAN.

Skandal NFC bukan cetusan Pembangkang sungguhpun PKR yang memanjangkannya dengan melontar tuduhan salahguna wang secara bersiri sepanjang tiga minggu lalu. Isu itu dibangkitkan oleh kerajaan sendiri – menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010.



Justeru tidak ada pihak yang harus bingkas mencadangkan Kerajaan mahu “menutup” isu berkenaan. Susulan pendedahan-pendedahan yang melibatkan pembelian kondominium, kereta mewah dan lain-lain dengan menggunakan wang Kerajaan, isu itu diserahkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Namun terma “dalam siasatan” tidak cukup untuk meredakan kemarahan rakyat. Begitu juga penjelasan ringkas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar bahawa siasatan awal mendapati tidak ada unsur pecah amanah dikesan amat meragukan rakyat.



Walaupun Khalid bercakap dari sudut undang-undang semata-mata, pengundi di kurun 21 ini tidak dapat menerima jawapan sebegitu kerana secara rasional wang Kerajaan harus dan hanya boleh digunakan untuk maksud yang ianya diberikan SO KALAU LEMBU PUNYER PROJEK MAKA LEMBULAH YG AKAN DIAUDITKAN, BUKAN KONDO, MELANCONG, TANAH ATAU KERETA MEWAH.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN