Rabu, 30 Mac 2011

KETUA WIRA 'PERKASA' SERTAI PAKATAN.??


Ketua Wira Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Arman Azha Abu Hanifah semalam telah mengumumkan secara rasmi perletakan jawatannya. Adakah beliau kecewa berjuang dalam badan NGO atau telah bersedia untuk bertarung pula di atas pentas politik?


Beliau pernah mengatakan bahawa PERKASA kurang kekuatan jati diri untuk membela isu Melayu. Mungkin sebab itulah beliau meletakan jawatannya dan merasakan PERKASA yg terkenal sebagai NGO bebas yg memperjuangkan isu2 hal-ehwal bangsa Melayu masih tersekat dalam laluan politik. Selain daripada itu antara sebab lainnya ialah beliau meletakkan jawatan ialah kerana gagal mengetengahkan isu 30% kuota bumiputera.


Khabarnya pula, semasa Perhimpunan Haram & Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati, Shah Alam tempohari, Arman dilihat turut sama hadir mendengar ceramah daripada pemimpin2 tertinggi pembangkang khususnya tentang isu porno DSAI yg paling hangat diperkatakan sekarang. Apakah muslihatnya.?? sama2 lah kita tunggu...

Ahad, 27 Mac 2011

ISU VIDEO SEKS DSAI: PENGAKUAN DARI SEORANG BLOGGER UMNO

PENGAKUAN ANUAR MOHD NOR
Ada kalanya keghairahan menyebabkan kita hilang pertimbangan. Kemarahan melampau merugikan. Tindakan terburu-buru juga akan membodohkan dan yang paling dahsyat ialah rangkuman kesemua ini, keghairahan, kemarahan dan tindakan terburu-buru menyebabkan kita melakukan kesilapan yang akhirnya menjadi satu penyesalan.

Hari ini ramai yang membicarakan sama ada video itu benar – melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pendedahan demi pendedahan dilakukan. Persoalan Datuk T sama ada Trio atau hanya individu kembali wujud dengan pendedahan Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul. Mereka semua dipanggil pada hari pertama menonton secara eksklusif dan berbual dengan Datuk T dan Tan Sri Rahim Thamby Chik.
Baca seterusnya di sini...

Rabu, 23 Mac 2011

PEMBONGKARAN RAKAMAN VIDEO SEKS ANWAR

Ahli Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul, satu-satunya anggota pembangkang yang diberi peluang menonton 'blue film' bossnya telah mengakui terdapat percubaan menggunakan video seks sebagai umpan kepada ahli parlimen Pakatan. Pendedahan itu dibuat pada satu sidang akhbarnya di sini...

Isnin, 21 Mac 2011

BETUL KE, SEBENARNYA ADA 10 SAMPLE DNA DLM DUBUR SAIFUL..??

Ada Fakta yg lebih mengejutkan telah dibongkar di mahkamah, iaitu dakwaan mengatakan ada terdapat sepuluh sampel profail DNA (Deoxyribo Nucleic Acid) yang berbeza pada rektum Saiful. Penemuan ini dikatakan memng segaja tidak didedahkan oleh pihak media?? Setakat ini media arus perdanan hanya heboh mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan Anwar. Namun segala spesimen yang didakwa milik male Y, yang diperolehi dari tuala Good Morning dan berus gigi ditolak oleh mahkamah. Benar atau tidak cuba baca lagi di sini....

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN