Airmata ini seperti sudah kering melihat saudara seagamaku dibunuh sewenang-wenangnya. Walaupun jauh nun di hujung sana, namun setiap hari aku dapat menatap kesengsaraan bangsa Palestin. Saudaraku dibinasakan dan diperlakukan seperti binatang. Mereka seperti mahu dilenyapkan saja dari bumi Allah yang fana ini. Mana saudaraku yang lain? Mana mereka yang mengaku saudara segama? Mana perginya pemimpin agama Islamku? Mana mereka yang mengatakan pengikut ahli sunnah waljamaah? Mana semuanya pemimpin bangsa Islam di dunia ini yang mengaku kiblat sebagai pedoman mereka? Mana? Mana? Mana? dan Mana...........?? Bangsa Arab yang mengagungkan mereka dikalangan bangsa yang terbaik? Dimana suara bangsa Arab? Dimana kekuatannya bangsa Arab?
Ahad, 11 Januari 2009
BERDOSAKAH KITA MENCERCA BANGSA NABI?
Alahai.!! Kesiannya AZWAN ALI, Dah Hilang Ingatan Ke..??

amboi..! amboi...! amboi...! AZWAN ALI.. kesian ko ni, ko ni macam dah hilang ingatan je..??
Sabtu, 10 Januari 2009
NEGERI NAK CAPAI STATUS MAJU, RAKYAT MASIH HIDUP 'BERGELAP'
Hanya tinggal setahun saja lagi negeri Melaka akan melangkah ke arah matlamat mencapai status negeri maju menjelang tahun 2010. Rakyat negeri ini dan semua pelbagai lapisan masyarakat yang tinggal di Melaka harus bersyukur dengan limpahan kemakmuran serta pembangunan yang dilaksanakan di negeri ini. Kemajuan yang dicapai setakat ini perlu seiring dengan pencapaian kerajaan negeri bagi menjadikan sasaran "KEMISKINAN SIFAR" menjadi realiti. Itulah kata-kata Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka yang mendambakan Melaka sebuah negeri maju.
Mohd Kamdar Hassan, hanya ditemani 'lampu karbaid' selama 7 tahun.
BOIKOT..! BOIKOT..! KATA DIKOTA
Rabu, 7 Januari 2009
KAUM GAY: APAKAH MALAYSIA SEOLAH2 SEDANG MENUNGGU UNTUK DIBINASAKAN??

Kenapa kita mencabar Allah dengan membenarkan Pesta Gay di tanahair kita? Kenapa kita mengundang bala? Tolong jangan undang bala dan janganlah mencabar Allah (blog dari harimau-menaip). Mereka ini sememangnya sudah melampau. Mereka rasanya belum lagi diuji dan memang benar2 mereka mahu diuji oleh Yang Maha Kuasa. Namun sekiranya mereka mahu ujianNYA nescaya akan orang-orang yang tidak berdosa pastinya terbabit sama. Kenapalah meeka ini tidak belajar dari sejarah kaum Nabi Lut atau setidak-tidaknya bacalah sejarah POMPEII yang seakan sama dengan peristiwa kebinasaan kaum Nabi Lut. Awas..!! Janji Allah itu adalah benar. Mati itu benar. Syurga dan Neraka itu benar. Kemurkaan NYA juga benar. Jangan kita semua dibinasakan olehNYA.
Ya, tidak akan ditemukan perubahan dalam jalan (Hukum) Allah. Siapapun yang menentang hukum-Nya dan memberontak terhadap-Nya, akan menghadapi hukum suci yang sama. Pompeii, sebuah simbol kemerosotan dari Kekaisaran Romawi yang juga terlibat dalam perilaku seksual yang menyimpang dan berakhir sama halnya dengan kaum Lut. Kehancuran Pompeii disebabkan oleh letusan gunung Vesuvius. Gunung Vesuvius adalah simbol dari Italia terutama bagi kota Naples . Gunung yang membisu selama dua ribu tahun terakhir. Vesuvius yang dinamakan "Gunung Peringatan". Bukannya tanpa sebab jika gunung ini dinamakan demikian. Bencana yang menimpa Sodom dan Gomorah memiliki sangat banyak kemiripan dengan bencana yang menghancurkan Pompeii.
Namun lava dari Vesuvius menyapu bersih seluruh kota dari muka bumi dalam waktu sekejap. Meskipun demikian sisi yang paling menarik dari peristiwa ini adalah bahwa tidak ada seorangpun yang selamat dari bencana letusan Vesuvius yang mengerikan ini. Sepertinya mereka sama sekali tidak menyadari bencana tersebut, seolah-olah mereka sedang terlena dalam pengaruh guna-guna. Sebuah keluarga yang sedang menyantap makanan mereka saat itu juga menjadi batu (membatu). Beberapa pasangan ditemukan membatu dimana mereka sedang melakukan hubungan seks. Hal yang paling menarik adalah bahwa terdapat pasangan yang berjenis kelamin sama dan pasangan muda-mudi yang masih kecil. Wajah dari kebanyakan jasad manusia membatu yang digali dari Pompeii masih utuh sama sekali, ekspresi wajah-wajah tersebut pada umumnya nampak dalam kebingungan.
Kematian warga kota Pompeii yang terjadi secara tiba-tiba memiliki kemiripan sebagaimana diceritakan dalam ayat-ayat terebut diatas. Meskpun demikian tidak banyak hal yang telah berubah sejak Pompeii dihancurkan. Daerah Naples dimana pesta pora berlaku, tidak seteruk sebagaimana halnya daerah Pompeii yang tidak bermoral. Kepulauan Capri adalah asal muasal kaum homoseksual dan kaum nudist bertempat tinggal. Kepulauan Capri dilambangkan sebagai "surga kaum homo" dalam iklan pelancongan. Tidak hanya di kepulauan Capri dan di Italia saja, namun hampir diseluruh dunia dimana keruntuhan moral yang sama sedang terjadi dan orang-orang tetap tidak peduli untuk tidak mengambil pengajaran dari kaum-kaum terdahulu. sumber: suaramedia.com dan ratualit.blogspot.com (ada telo Indonesia dalam penulisan ini)
Selasa, 6 Januari 2009
MURNINYA NIAT CALON BEBAS TAPI........
Azharudin Mamat @ Adam calon bebas pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan telah menyatakan 'niat' pertamanya untuk bertanding kernana mahu membantu rakyat miskin. Beliau akan menggunakan elaunnya sebagai ahli Parlimen untuk membantu mereka, tanpa mengira bangsa dan parti. Itulah matlamat utamanya ketika ditemuramah oleh pemberita walaupun dalam keadaan 'sepatah-sepatah' jawapan yang keluar dari mulutnya. Beliau hanya memperuntukkan sebanyak RM15,000 sahaja untuk tujuan berkempen menjelang hari pengundian pada 17 Januari depan dan mendakwa tidak dibiayai oleh mana-mana pihak untuk bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut. Namun hasrat murni Azharudin itu mungkin tidak kesampaian memandangkan peluangnya untuk menang dilihat sukar kerana terpaksa berdepan dengan dua calon yang telahpun mempunyai rekod pilihan pengundi serta memiliki persaingan paling sengit.
Biar kurang bercakap asalkan kuat berkerja, itulah agaknya karektor calon Bebas Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu ini yang seperti agak pemalu dan bercakap sepatah-sepatah semasa ditemuramah oleh pemberita.
Isnin, 5 Januari 2009
TAHNIAH..!! MELAKA CATAT SEJARAH BARU..??
Kerajaan negeri akan tarik seberapa ramai penduduk dunia singgah di Melaka..??
Melaka merupakan tempat pelancongan yang paling menjadi tumpuan. Selain terkenal sebagai ‘Bandar Bersejarah’, Melaka turut mempunyai keunikan yang tersendiri yang pastinya akan memikat hati pelancong. Justeru itu kepimpinan kerajaan negeri itu telah meminta rakyat memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak projek pelancongan berimpak tinggi yang melibatkan bantuan peruntukan dari kerajaan pusat dapat disalurkan di negeri ini. Pembangunan kreatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Melaka ini juga telah mendapat pujian daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib pernah berkata Melaka mengalami banyak perubahan dalam pembangunan kerana diperintah oleh sebuah kerajaan negeri yang kreatif sehinggakan kini Melaka Bandaraya Bersejarah turut mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila merai peningkatan dalam empat kesalahan syariah utama sepanjang tahun lalu (2008) dengan 1,831 kes dilaporkan berbanding 1,493 pada tahun sebelumnya. Empat kesalahan syariah tersebut adalah berkhalwat, bersubahat dengan persetubuhan haram, berjudi dan lelaki berlagak wanita atau pondan. Kini gejala sosial di negeri Hang Tuah ini di dapati semakin 'serius'. (klik kisah benar ini di sini...)
Ahad, 4 Januari 2009
KHALID TERKEJUT..??
Khamis, 1 Januari 2009
ADUHAI..!! NEGARAKU 'ISLAM HADHARI'
Botol minuman arak bertaburan selepas waktu siangnya
Selasa, 30 Disember 2008
ADA SORAKAN KECIL SEMASA NAMA TENGKU MUHRIZ DIUMUMKAN..??
Namun seperti ada sesuatu yang pelik berlaku kalau kita semua perasan, iaitu semasa majlis pemasyuran, apabila diumumkan nama Tengku Muhriz, terdengar seperti ada sorakan kecil. Wallahua'alam samada sorakan tersebut tanda sokongan atau disebaliknya. Apapun perlantikan itu merupakan keputusan yang tepat dan sememangnya layak diterima oleh Tengku Muhriz yang dilihat seolah-olah mengembalikan semula takhta yang sepatutnya dimilikinya 40 tahun yang lalu. Pada waktu itu Baginda terpaksa diketepikan dahulu kerana faktor umur.
Kalau ada semua perasan, pada slot (gambar di atas) ketika inilah terdengar seolah-olah seperti ada 'sorakan' selepas saja nama Tengku Muhriz di umumkan. Untuk kepastian sila klik rujukan TV3 http://rujukanberitatv3.blogspot.com/2008/12/buletin-utama-29-disember-2008.html.
Malaysia oh Malaysiaku
RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN































