Memaparkan catatan dengan label Pemasyuran Raja NS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemasyuran Raja NS. Papar semua catatan

Selasa, 30 Disember 2008

ADA SORAKAN KECIL SEMASA NAMA TENGKU MUHRIZ DIUMUMKAN..??

Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, 60, semalam dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 11. Istiadat pemasyhuran itu telah diumumkan oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti pada 3.45 petang, mengikut Adat Perpatih Negeri Sembilan.

Namun seperti ada sesuatu yang pelik berlaku kalau kita semua perasan, iaitu semasa majlis pemasyuran, apabila diumumkan nama Tengku Muhriz, terdengar seperti ada sorakan kecil. Wallahua'alam samada sorakan tersebut tanda sokongan atau disebaliknya. Apapun perlantikan itu merupakan keputusan yang tepat dan sememangnya layak diterima oleh Tengku Muhriz yang dilihat seolah-olah mengembalikan semula takhta yang sepatutnya dimilikinya 40 tahun yang lalu. Pada waktu itu Baginda terpaksa diketepikan dahulu kerana faktor umur.



Kalau ada semua perasan, pada slot (gambar di atas) ketika inilah terdengar seolah-olah seperti ada 'sorakan' selepas saja nama Tengku Muhriz di umumkan. Untuk kepastian sila klik rujukan TV3 http://rujukanberitatv3.blogspot.com/2008/12/buletin-utama-29-disember-2008.html.

“YAKINLAH beta akan menjalankan keadilan dan keselamatan hamba rakyat serta yang tinggal di seluruh alam Negeri Sembilan ini,” titah Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selepas dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 11. Daulat Tuanku..!!

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN