Selasa, 2 Disember 2008

SABAH & SARAWAK PATUT BERTERIMA KASIH PADA ANWAR IBRAHIM..??

Negeri Sabah dan Sarawak sepatutnya berterima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana memberi peluang 'berubah' yang drastik. Bukan senang untuk mendapat royalti minyak 20% dalam keadaan seperti sekarang begitu juga kemudahan dan kelebihan lain yang ditawarkan. Jika Barisan Nasional (BN) terus memerintah sampai bila pun kelebihan yang Pakatan Rakyat (PR) tawarkan tidak akan diperolehi. Seorang Pensyarah UUM yang berasal dari Sabah juga berpendapat iaitu 'kita mesti bawa perubahan'. Sabah dan Sarawak tidak boleh terus diperkudakan oleh kerajaan BN untuk memerintah negara. Namun antara banyak perbincangan/diskusi, beberapa persoalan mengenai undi rakyat Sabah dan Sarawak kepada BN, menarik perhatian oleh seorang pelajar yang berasal dari negeri Di Bawah Bayu untuk mengulas keadaan pengundi di benua Borneo itu sendiri. Adakah suatu kebodohan atau kebijaksanaan rakyat Sabah dan Sarawak mengundi BN pada PRU 12 yang lalu?. Jika ia suatu kebodohan atau kebijaksanaan, mengapa begitu? (sebuah ulasan menarik dari seorang pemuda bernama Ajeem....klik sini)

Ini adalah fenomena biasa realiti kehidupan di sebuah perkampungan pendalaman di Sabah seiring dengan pencapaian 51 tahun kemerdekaan negara.


KULAT: Kalau hendak dibandingkan kemajuan Sabah dan Sarawak dari Semenanjung, memang jauh berbeza. Walaupun bentuk geografinya menjadi faktor kemajuan namun ianya bukan suatu halangan untuk pemerintah membuat kemajuan sewajarnya terutama pambangunan di ceruk pendalaman. Royalti minyak juga merupakan hak negeri mereka yang patut difikirkan oleh rakyat Sabah dan Sarawak.

8 ulasan:

sumandak bayu berkata...

Salam Bro....

Semangat sumandak bila tengok ulasan pemuda bernama AJEEM berkobar-kobar untuk pertahankan negeri Sabah dari persepsi yang mula menular ke arah negatif... sumandak nak tahu dia tinggal di Sabah sebelah mana?.....

Untuk pengetahuan bro luas geografi Sabah 3 per 4 jika di bandingkan dengan tanah Semenanjung... kita cuba sentuh tangan mantan TPM masa tu dipegang oleh Anwar Ibrahim... ape sumbangan yang dah dia bagi kat Sabah...

Keadaan yang Ajeem katakan tu adalah hasil daripada salah satu perancangan Anwar... kenapa masa tu Ajeem tak sentuh.....

Pemilihan rakyat kepada BN masa PIRU ke-12 adalah tepat tak perlu dipertikaikan.... terutama AJEEM.. rakyat Sabah dah rasa penderitaan di bawah kerajaan pembangkang hampir 9 tahun....

Ape orang Sabah dapat... masa tu Anwar side BN tapi ape yang dia buat... skang orang kata pula pasal royalti kalo tak ada yang bising macam Bro Anwar ni orang Sabah tak dapat royalti...

Benda tu semua karut... peranan di bawah Komponen BN dah buat dan ni lah hasilnya kerajaan Pusat sedang meneliti keperluan dan kehendak rakyat Sabah... setiap kepimpinan pasti akan berubah demikian juga kehendak rakyat..

Sumandak yakin jiwa Ajeem masih muda nak menyelami erti keperitan hidup berpolitik di negeri Sabah... hanya nampak individu tertentu bersuara lantang pandai ambik hati maka orang ini dinobatkan menjadi pemimpin yang tahu jaga kebajikan rakyat sedangkan ada niat sebaliknya...

Tapi AJeem tak lihat usaha kerajaan secara hakiki....sumandak akui infrastruktur di sabah banyak yang perlu dibaiki dan dibina.. jambatan pun macam tu... bersyukur sumandak bila Sabah kena high light siap dengan gambar (bukti bro itu penting)...


Sebab kerajaan akan lebih bersungguh-sungguh buktikan kepada pihak tertentu selama ini sabah bukan dipandang sebelah mata....

Tersentuh hati kita bila melihat kanak-kanak sekolah meniti jambatan setakat tali yang jelas tak kukuh...

Kerajaan negeri tak pernah tutup mata...isu ini sedang dibaiki peringkat demi peringkat.. kalo Ajeem diberi peluang jadi YB di salah satu kawasan DUN/PAR di kawasan pedalaman... yakinlah saudara Ajeem akan ambik masa 15 tahun untuk tingkatkan infrastruktur kawasan tersebut... (belajar semula geografi Sabah).


Tanya juga pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) kenapa selama 9 tahun infrastruktur hampir 60 DUN dan 25 PAR masih dalam keadaan usang.... kerajaan BN hingga hari ini dapat baiki kemudahan secara peringkat demi peringkat....sila rujuk blog sumandak...

Tapi kerajaan BN tak pernah menuding kesalahan kepada PBS malah kini PBS kembali semula berpegang tangan dengan BN untuk bersama-sama bangunkan negeri Sabah...

Bro Anwar memang telah bagi sumbangan juga pada rakyat Sabah tapi cuba tanya ape yang dia dah ambik daripada tanah rakyat Sabah... skang dah daoat hasil kelapa sawit..

MOhon untuk Ajeem siasat betul2 fakta pembangunan sabah jan main cakap je... tak baik penat rakyat pilih YB2 yang sememangnya berkepimpinan dan berkreadibiliti jaga kebajikan rakyat Sabah

pen buruk ™ berkata...

salam bro.. jom tukar link. blog saya (www.myazhar4u.blogspot.com). saya akan buat link blog anda di blog saya.

Unknown berkata...

Otak orang lain banyak yang sudah berubah termasuk Anwar tapi malangnya kebekuan otak sendiri tidak disedari bahkan menganggap orang lain pun sama juga.

Umm... entahlah kambing yang tak sedar diri katakan ayam tidak berkasut tetapi dia sendiri berbau busuk!

Ajeem berkata...

salam cendawan,

terima kasih atas sokongan cendawan dalam isu ini.saya akan dedahkan kebobrokan pemimpin yang saya telah perhatikan selama 12 tahun.segala hujah sumandak bayu yang terlalu sayangkan BN yang semakin hari semakin menunggu ambang keretakan akan saya ulas.salam.

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Cendawan Melayu,

Kalau susah susah sangat Sabah Sarawak keluar saja dari Malaysia dan lantik Anwar jadi Presiden Borneo.
Semenjung Tanah Melayu pun aman, orang PR semua boleh berhijrah ke Sabah Sarawak.

And we all live happily ever after.

kulatlapok berkata...

Salam Blogger semua:

1. TUAN SUMANDAK BAYU:
Rasanya saya tak perlu komen ulasan sdr. kerana sdr pernah meninggalkan post komen sdr di blog Ajeem berkaitan tajuk yang sama pada 18 Nov. 11:25

2. TUAN MOUNTDWELLER:
Memang semua pemimpin tidak kira kerajaan atau pembangkang, masing2 cuba mahu meletakkan diri mereka antara pemimpin yang disanjung oleh rakyat.

3. SDR AJEEM:
Saya hanya penyalur maklumat sahaja, teerpulang pada persepsi masing2. Mereka semua ada hak peribadi.

4. MAKCIK ANGKAT:
Saya rasa tidak adil kita memberi komen sedemikian. 2 negeri itu ada hak mereka seperti termaktub dalam perlembagaan. Mereka juga rakyat Malaysia yang dagahakan pembangunan. Rakyat mesti mendapat hak yg sama.

pen buruk ™ berkata...

kalau nak buat kemajuan pun orang marah.. kenapa yer?

semua ahli politik buat macam tu untuk tarik undi. itu biasalah..

Ajeem berkata...

saudara cendawan,

sumandak yang meninggalkan komen di blog saya bukan sumandak yang meninggalkan komen di blog saudara ini.mereka adalah orang yang berlainan..terima kasih seklai lagi.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN