Memaparkan catatan dengan label Wang Royalti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wang Royalti. Papar semua catatan

Selasa, 2 Disember 2008

SABAH & SARAWAK PATUT BERTERIMA KASIH PADA ANWAR IBRAHIM..??

Negeri Sabah dan Sarawak sepatutnya berterima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana memberi peluang 'berubah' yang drastik. Bukan senang untuk mendapat royalti minyak 20% dalam keadaan seperti sekarang begitu juga kemudahan dan kelebihan lain yang ditawarkan. Jika Barisan Nasional (BN) terus memerintah sampai bila pun kelebihan yang Pakatan Rakyat (PR) tawarkan tidak akan diperolehi. Seorang Pensyarah UUM yang berasal dari Sabah juga berpendapat iaitu 'kita mesti bawa perubahan'. Sabah dan Sarawak tidak boleh terus diperkudakan oleh kerajaan BN untuk memerintah negara. Namun antara banyak perbincangan/diskusi, beberapa persoalan mengenai undi rakyat Sabah dan Sarawak kepada BN, menarik perhatian oleh seorang pelajar yang berasal dari negeri Di Bawah Bayu untuk mengulas keadaan pengundi di benua Borneo itu sendiri. Adakah suatu kebodohan atau kebijaksanaan rakyat Sabah dan Sarawak mengundi BN pada PRU 12 yang lalu?. Jika ia suatu kebodohan atau kebijaksanaan, mengapa begitu? (sebuah ulasan menarik dari seorang pemuda bernama Ajeem....klik sini)

Ini adalah fenomena biasa realiti kehidupan di sebuah perkampungan pendalaman di Sabah seiring dengan pencapaian 51 tahun kemerdekaan negara.


KULAT: Kalau hendak dibandingkan kemajuan Sabah dan Sarawak dari Semenanjung, memang jauh berbeza. Walaupun bentuk geografinya menjadi faktor kemajuan namun ianya bukan suatu halangan untuk pemerintah membuat kemajuan sewajarnya terutama pambangunan di ceruk pendalaman. Royalti minyak juga merupakan hak negeri mereka yang patut difikirkan oleh rakyat Sabah dan Sarawak.

Selasa, 17 Jun 2008

ROYALTI MINYAK..... KEMENANGAN BAGI AHMAD SAID, KEDUKAAN BAGI PAS



1. Akhirnya penantian rakyat Terengganu untuk mendapatkan semula hak mereka kini tercapai sudah apabila Kerajaan Pusat bersetuju mengembalikan semula wang royalti (berita Minggu-15Jun) minyak sebanyak 5% kepada Kerajaan Terengganu selepas dihentikan sejak 2000 ketika Kerajaan Pas memerintah negeri itu. Pemulangan wang tersebut merupakan satu kemenangan moral bagi MB Terengganu, Dato Ahmad Said yang mana terbukti Istana tidak silap memilih beliau menerajui Darul Iman. Beliau yang diaibkan pada awal perlantikannya oleh 23 ADUNnya sendiri dengan penuh yakin dan berani berjaya mengembalikan kepercayaannya kepada pihak istana. Hairanya kenapa kepimpinan sebelumnya tidak begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan yang sepatutnya lebih awal dipulangkan semasa kejayaan BN di bawah kepimpinan Dato Idris Jusoh.?


2. Isu royalti ini sudah beberapa kali dibangkitkan sejak pemerintahan PAS (kini masih belum selesai kes mahkamah) Semasa pemerintahan PAS, duit tersebut diambil alih oleh kerajaan pusat dan sejak itu ianya dikenali Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) yang disalurkan melalui pihak-pihak kementerian tertentu. Kementerian Kewangan pada 5 September 2000 menggantikan bayaran royalti sebanyak 5% kepada Kerajaan Terengganu dengan program wang ihsan. Wang itu disalurkan terus melalui projek pembangunan dan bukannya melalui kerajaan negeri apabila Pas memerintah Terengganu selepas pilihan raya umum 1999.


Tapi persoalannya bagaimana pulak Wang Royalti Hak Rakyat Terengganu semasa pemerintahan PAS? Ternyata rakyat telah dianiaya dan dizalimi (Harakah-18 Jun) hasil dari tindakan politik sempit kerajaan pusat apabila PAS mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1999 yang lalu. Penafian hak ini berlaku semata-mata kerana rakyat telah melaksanakan tanggungjawab berdasarkan kepada lunas demokrasi dalam pilihan raya. Adakah kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada masa itu tidak layak menguruskan wang royalti tersebut atau mereka itu bukan rakyat Malaysia?



Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN