MUSIBAH UNTUK ORANG KAYA:
2. Sementara itu difahamkan Pengerusi Barisan Nasional Daerah Ampang, Datuk Ismail Kijo telah menubuhkan tabung anjuran Umno Ampang, Pandan dan Gombak bagi membolehkan rakyat Malaysia yang prihatin dan berkemampuan menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat kejadian itu. Setakat ini yang mendahului derma tersebut adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyumbangkan RM30,000 manakala Umno Ampang, Pandan dan Gombak masing-masing menyumbangkan RM10,000. Kata Pengerusi BN itu, "Kami berasa terpanggil untuk membantu mangsa bencana dan kita sasarkan untuk mengumpul sebanyak yang boleh bagi membantu mangsa meneruskan hidup".
3. "Kerajaan sedang menimbangkan langkah untuk memberi insentif kepada mereka (mangsa tanah runtuh)," kata Pak Lah selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini.
4. Dan berbagai lagi bantuan yang disarankan oleh pihak kerajaan kepada golongan berada yang dilanda musibah ini.
MUSIBAH UNTUK ORANG MISKIN:
Masihkah kita ingat lagi peristiwa penduduk Kg. Barembang?? Penempatan mereka yang sudah berpuluh tahun disitu dilenyapkan bukan kerana bencana alam tetapi oleh kerakusan kuasa manusia. Mereka dihalau dan dihambat seperti pendatang asing. Mereka berpanas dan berteduh hanya di bawah sekeping kain kanvas. Tiada penempatan sementara disediakan seperti dewan orang ramai apatah lagi HOTEL seperti yang disarankan oleh Muhyiddin. Tiada bekalan makanan yang dihulurkan walaupun sekeping biskut. Tiada seorang pun pemimpin UMNO/JKKK di situ yang tampil mempertahankan tindakan kerajaan negeri. Akhirnya hanya kuasa mata sahaja yang mampu memandang dan melihat sahaja mereka diseret dan dihalau oleh pihak FRU manakala rumah ibadah mereka juga terus dirobohkan tanpa belas kasihan.
Bukti gambar kerakusan kuasa manusia:
Rumah Allah dirobohkan
Ini saja yang tinggal....mereka membuat sendiri pondok sementara untukberlindung dari panas dan hujan.
Puan Norhayati, seorang penyokong setia UMNO. Berpuluh tahun kita menyokong dia (UMNO), apa yang kita dapat? Bangsa Melayu sendiri yang bunuh Melayu..katanya dalam youtube.
sila lihat Youtube dari 'Kembara Minda Perjuangan' dan klik....
1. KEGANASAN DI KG. BAREMBANG DALAM KENANGAN - 1
2. KEGANASAN DI KG. BAREMBANG DALAM KENANGAN - 2
3. KEGANASAN DI KG. BAREMBANG DALAM KENANGAN - 3
4. KEGANASAN DI KG. BAREMBANG DALAM KENANGAN - 4
Kulat: Apa yang melanda di Bukit Antarabangsa itu adalah merupakan musibah bencana alam yang tidak dapat kita elakan. Walaupun mereka yang ditimpa itu adalah dari golongan berada, namun mereka tidak bersalah dalam menerima apa jua bantuan dari pihak-pihak tertentu. Cuma apa yang dikesali ialah sikap para pemimpin kita yang memilih bulu dalam melangsungkan arena politik masing2. Bagaimanakah agaknya nasib penduduk Kg. Barembang yang dihalau dua tahun dulu. Adakah mereka semua sudah ada penempatan baru yang lebih selesa?? Apakah bantuan yang dihulurkan untuk mereka? Wallahualam. Apapun kita ucapkan sekalung takziah untuk mereka yang kehilangan orang tersayang di Bukit Antarabangsa dan sebuah Al-Fatihah untuk keluarga muslimin yang terbabit.
5 ulasan:
salam tuan,
Saya teringat kata-kata Tok Guru Nik Aziz. Kalau kamu rasa sudah cukup samseng, Allah lagi samseng!
Bukankah tepat dengan apa yang berlaku? Semuanya kehendak Allah bukan?
Assalamualaikum anakku Cendawan Melayu,
Teringat pulak Mak Cik cerita P Ramlee, Antara Dua darjat. Salah satu filem klasik kegemaran Mak Cik.
Beginilah adat hidup, manusia termasuk siapa sahaja memang memandang kepada yang berada dan sayang kepada harta. Hakikat kehidupan.
Siapa pun tak berkecuali. Semoga kita semua diampuni Allah swt dari segala dosa dosa dan sama samalah kita doakan agar siapa pun yang ditimpa musibah, kaya atau miskin dapat bersabar dan menghadapi dugaan hidup masing masing.
Cendawan,
Apa yang berlaku di Bukit Antarabangsa dan Kg. Barembang adalah dua kejadian yang berbeza. Orang diBukit Antarabangsa kehilangan rumah mereka sendiri disebabkan tanah runtuh. Dan orang Kg. Barembang disuruh keluar dari rumah yang diduduki kerana mereka menumpang tanah orang (setinggan).
Disini kita boleh lihat dua puak, orang kaya dan orang miskin memperjuangkan nasib masing-masing. Mereka merayu dapatkan bantuan dari berbagai pihak bagi meringgankan masaalah mereka.
Mengapa qulungan kaya diberi layanan istimewa sedangkan gulungan miskin diberi layanan ala kadar saja...?
Pada kita puak mana yang perlu kita tunjukkan simpati...?
salam TanpaNama:
Terima kasih di atas titipan anda itu. Memang situasinya berbeza, satu yang berada dan memiliki rumah sendiri, dan yg satu lagi miskin ada rumah tapi menumpang atas tanah orang. Kita semua fikirkan yang mana patut dibantu..?? Hal terbuktinya golongan miskin masih lagi dipinggirkan oleh Rakyat yang tertipu dengan slogan strategi pemerintah iaitu "BN Pembela Nasib Rakyat.." Masihkan Kita tidak mahu lagi berfikir..????????????
Saudara,
Depa yang tinggal di Bukit Antarabangsa nie, golongan orang2 kaya nilai rumah pun jutaan ringgit, fix deposit pun silap2 haribulan main juta2, silap2 haribulan rumah pun berbuah2. Jadi Musibah nak double standard dok Hotel??
Sekarang nie Kelantan, Terengganu, Kedah sibuk ngan banjir rumah habis tenggelam, harta benda punah, kat mana KERAjaan bagi diaorang tinggal?? HOTEL ke?? dok dewan dengan sekolah jek, berapa banyak diaorang dapat bantuan? silap2 haribulan dapat beras seguni jek.
Ini la zaman um-NO, pada saya kita nie dah banyak sangat DIPERBODOHKAN terang-terangan dan ini la TAHAP KECEEDIKAN pemimpin um-NO melayan rakyatnya.
Catat Ulasan