Ahad, 28 Disember 2008

HEBATNYA LAUNGAN AZAN.....MASYAALLAH..!!

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran kita. MasyaAllah....


Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.' Di mulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Keagungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belumpun laungan Azan di merata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Mynmar dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masaini, Azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarakmasa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Proses ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang tanpa putus-putus. Subhanallah, begitu hebatnya laungan azan.
sumber e-mel from: Alida Abd Jalaini, Tokyo


KULAT: Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam dan laungan Allahuakbar. Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara yang power habis!, akan bergegarlah satu dunia dengan laungan Azan yang tidak putus-putus. Allahuakhbar!!!

"Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430"
kepada semua blogger kaum muslimin dan muslimat, marilah kita semua tingkatkan ketaqwaan kita kepada Yang Maha Esa, agar kita semua diberi petunjuk ke jalan yang diredaiNya.

Tiada ulasan:

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN