Ahad, 21 Disember 2008

NAMA DSAI DISEBUT DALAM 19 RESOLUSI ISU BABI DI MELAKA

Pak Lah, Anwar dan Hadi dengarlah rintihan kami. Bersatulah membela.. kami BUKANNYA BABI!!!

Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md Harun, telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Abu Seman Yusop untuk disampaikan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Rahimuddin berkata, bantahan itu dianjurkan bagi membantu penduduk Islam di Kuala Sungai Baru menikmati hidup lebih tenteram dan bebas pencemaran babi dari ladang haiwan itu yang sudah beroperasi kira-kira 50 tahun lalu.

Mereka juga akan menghantar memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Kita mahu memorandum ini dihantar kepada semua pemimpin Islam dan Melayu supaya mereka dapat membincangkan serta memperjuangkan nasib penduduk Melayu dan Islam di Kuala Sungai Baru," kata Timbalan Pengerusi Perwaris (baca lagi.. ).

Sebahagian daripada 19 resolusi isu babi yang kemukakan oleh Perwaris:-

1. Resolusi ke 14: Perwaris memberi masa sebulan dari tarikh serahan memerandum tersebut kepada pihak terbabit untuk menyelesaikan masalah babi di Kuala Sg. Baru.

2. Resolusi ke 15: Perdana Menteri, Ketua Menteri Melaka dan Ahli Parlimen Masjid Tanahharus memastikan perkara isu babi ini dselesaikan segera.

3. Resolusi ke 16: Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin PKR harus membuktikan kemampuan beliau untuk membantu menyelesaikan masalah lambakan ladang dan ternakan babi yang mencemarkan alam sekitar di negeri Melaka sejak 50 tahun yang lalu.

KULAT: Nampaknya isu BABI di Melaka telah mengalami jalan buntu apabila, Perwaris telah terdesak meminta pulak pandangan dari pemimpin pembangkang. Bukankah pihak PR sekarang ni sedang bercadang untuk MEMBINA KANDANG BABI SECARA BESAR-BESARAN di Kedah dan Selangor.?? Baru cadangan, belum dilaksanakan lagi, tomahan dan cacian antara pandangan yang diterima oleh pihak PR. Ini kan pulak Perwaris meminta pemimpin PR untuk campur tangan dalam isu babi yang berpuluh tahun tidak dapat diselesaikan oleh 6 pemimpin Melaka (baca sini.. ) termasuklah calon yang bakal terpilih sebagai orang No. 2 dalam kepimpnan UMNO Pusat nanti.

Setahu Kulat sejak bantahan awal isu babi ini timbul dengan disertai laporan polis dan demontrasi, Ketua Menteri Melaka belum pernah lagi bersua atau membuat dialog bersama dengan penduduk2 Kuala Sg. Baru. Itrupun beliau hanya menghantar wakil sahaja. Isu babi di Melaka bukanlah perkara baru, malah ianya dianggap telah menjadi 'ketuat' dan 'berkematu' selama 50 tahun. Agak mustahil apabila Perwaris meminta kebijaksanaan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk membantu menyelesaikan isu babi tersebut sedangkan kepimpinan UMNO Melaka seperti diikat tangannya untuk bertindak. Keikhlasan Perwaris itu nanti bakal mengundang tomahan lain yang PR cuba hendak mengambil kesempatan di atas krisis tersebut. Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN