Selasa, 30 Disember 2008

ADA SORAKAN KECIL SEMASA NAMA TENGKU MUHRIZ DIUMUMKAN..??

Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, 60, semalam dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 11. Istiadat pemasyhuran itu telah diumumkan oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti pada 3.45 petang, mengikut Adat Perpatih Negeri Sembilan.

Namun seperti ada sesuatu yang pelik berlaku kalau kita semua perasan, iaitu semasa majlis pemasyuran, apabila diumumkan nama Tengku Muhriz, terdengar seperti ada sorakan kecil. Wallahua'alam samada sorakan tersebut tanda sokongan atau disebaliknya. Apapun perlantikan itu merupakan keputusan yang tepat dan sememangnya layak diterima oleh Tengku Muhriz yang dilihat seolah-olah mengembalikan semula takhta yang sepatutnya dimilikinya 40 tahun yang lalu. Pada waktu itu Baginda terpaksa diketepikan dahulu kerana faktor umur.



Kalau ada semua perasan, pada slot (gambar di atas) ketika inilah terdengar seolah-olah seperti ada 'sorakan' selepas saja nama Tengku Muhriz di umumkan. Untuk kepastian sila klik rujukan TV3 http://rujukanberitatv3.blogspot.com/2008/12/buletin-utama-29-disember-2008.html.

“YAKINLAH beta akan menjalankan keadilan dan keselamatan hamba rakyat serta yang tinggal di seluruh alam Negeri Sembilan ini,” titah Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selepas dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 11. Daulat Tuanku..!!

18 ulasan:

Pemuda Pelapis berkata...

Salam Kulat,

Benar! Sorakan itu ada dua maksud yang tersirat:

1. Sokongan atas pelantikan Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir kerana mendapat kembali hak dan takhtanya.

2. Kebetulan nama sama dengan calon Ketua Pemuda Umno (Dato' Mukhriz Tun Dr Mahathir) maka ia satu sokongan yang tersirat daripada hadirin pada Majlis Pemasyhuran tersebut.

Nampaknya mampu menggugat KJ menantu Pak Lah yang tentunya gentar jugak dengan sorakan daripada pihak istana Negeri Sembilan. Kita semua pun sedia maklum kebanyakan bahagian Umno Negeri Sembilan majoritinya mencalonkan Dato' Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia. Itulah di antara yang tersurat dan yang tersirat.

Salam Perjuangan!

PEMUDA PELAPIS - PEWARIS PERJUANGAN BANGSA

kulatlapok berkata...

salam PEMUDA PELAPIS:

tERIMA KASIH atas titipan sdr. Nampaknya aura Datuk Mukhriz begitu menebal sokongannya. Tapi ingin saya perbetulkan nama kedua-dua pemimpin memang seakan2 sama tapi perbezaannya Tengku Muhriz tiada 'K'iaitu MUHRIZ. Mungkin itukah untuk Khairi.....??

Harimau-Menaip berkata...

Salam Tuan Kulat.

Amboi, sampai nama Raja den pun nak dipolitikkan.

Den pun dongar sorakan tu. Itulah, kalau dah hak, takkan ke mana.

Den tertunggu-tunggu jugak pengumuman cuti. Takdo pulak.

Admin berkata...

dedahkan skandal kerabat diraja pulak lepas ni kulat!

i like ur blog :)
xchange link jom

~PakKaramu~ berkata...

Selamat tahun baru 09

kulatlapok berkata...

salam Harimau:
Bukan apa den tekojut, pasal apo dalam keadaan Jenazah belum dikebumikan, bilo sorak tu, hilang perasaan sodih kojap... tu yg tak berapa cantik tu.. tapi apo nak buekkan dah adat rajonya cam tu.. harung ajelah...

kulatlapok berkata...

salam:

1. IkanStim: Zaman Mahathir dah banyak hilangkan kuasa raja. Cukuplah tu kot...

2. PakKaramu: Terima kasih 'Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430' Tahun Islam lebih afdal kita sambut kot..

Its me berkata...

tak peduli apa maksud sorakan

yang penting kaum melayu terjaga

kulatlapok berkata...

salam che-mie;
Terima kasih menitip ke cendawan Malaya. Bukan soal 'TAK PEDULI APA SORAKAN" cuma situasinya amat tak sesuai dalam suasana kepiluan masakan kita bersorak..?? Ya memang untuk KAUM MELAYU TERJAGA. TERJAGA YG MACAMANA?? LUAS SKOPNYA BRO...!!!!

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku Cendawan Melayu,

Apa Khabar?

Selamat tahun baru h 1430 dan tahun matahari 2009.

Semoga anakku sekeluarga sentiasa dalam berkat dan Rahmat Allah swt!!

Pasal Perlantikan ini, Mak Cik pun macam dah jangka YM Tunku Muhriz akan jadi Yam Tuan. Ini rezeki masing masing.

Tanpa Nama berkata...

sorakan itu berbunyi "DAULAT TUANKU". Cuba dengar baik2. tak de apa2 yg pelik. harap maklum.

kulatlapok berkata...

salam KERABAT:

Terima Kasih maklumat tuan.

Tanpa Nama berkata...

mcm2 andaian org buat

cuba masing2 korek dulu telinga,then cba dgr blk aper yg suara sorokan kt blkng

daulat tuanku la

kulatlapok berkata...

salam Tanpa Nama 22:18

Terima kasih menitip ke cendawan Malaya. Bukan soal nak korek telinga. Itu untuk orang pekak bolelah. Orang pekak x dengar apa2Dalam suasana kepiluan suasana kepiluan masakan kita bersorak sedangkan jenazah pulak masih lagi terbujur..?? Mana mufti? Kenapa x tegur? Biar mati anak jangan mati adat... tu yg sampai 3 hari tak tanam...

COWENG ANAK PILAH berkata...

Coweng pun masih mencari maksud sebenar daripada suara2 kecil yang kedengaran ketika pengumuman. Cuba kita amati semula dalam Klip Video semasa pemasyhuran Tuanku Muhriz dalam http://www.ns.gov.my/mb

kulatlapok berkata...

salam Coweng Anak Pilah:

DENGOR KHABORNYA DEMA TU MELAUNGKAN "DAULAT TUANKU.."

bERANIKAN hATI berkata...

sALAM,
teruskan menulis kerana pasti ada yang akan membacanya dan inilah perjuangan yang saudara lakukan untuk bangsa dan negara kita/

kulatlapok berkata...

SALAM BERANIKAN HATI:

TERIMA KASIH MENITIP KE SINI, WALAUPUN JAUH TERLEWAT TAPI SDR RAJIN MERAYAU DALAM BLOG INI, SAYA JUGA KE BLOG SDR DAN MENARIK UNTUK DITINJAU. SAYA TELAH BLOGROLLKAN 'SALAM BERANIKAN HATI' DI BLOG SAYA. SELISIH PENDAPAT TIDAK SEMESTINYA KITA BERMUSUH. SALAM PERKENALAN.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN