Sabtu, 22 November 2008

"SAYA TIDAK BUANG DIA" - PUTUS SUDAH KASIH SAYANG......

"Saya reda malah tidak menghirau tanggapan orang ramai terhadap duda anak lima yang menjadi pilihan hati saya itu. Saya tidak kisah dengan keadaan dirinya yang tidak boleh berjalan dan sukar untuk bertutur. Memang ramai orang yang akan memperkatakan mengenai perkahwinan kami ini. Tetapi ini adalah keputusan saya dan ia bukannya kerana atas dasar terhutang budi ataupun sebab-sebab yang lain. Kasih sayang saya terhadap Abang Bayu tidak pernah berubah. Malah saya sudah bersedia untuk berkongsi kepayahan bersamanya". Demikianlah kata-kata 'keikhlasan' (cerita seterusnya klik sini) Erema atau nama sebenarnya Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, penyanyi berusia 23 tahun kelahiran Kuching, selepas majlis akad nikahnya di Masjid Al-Muhsinin, Danau Desa, Kuala Lumpur pada 19 Disember 2006.

"KAU LILIN CINTA KU" - Kenangan Manis Seri Bayu ketika menyerahkan mas kahwin RM80 kepada Erema bersama sebentuk cincin emas selepas mereka diijabkabulkan. Kini cinta lilinnya telah terpadam.

Itu dulu, tapi sekarang.........

"Saya tidak buang dia, tetapi ini soal kasih sayang. Bila sayang sudah hilang lebih baik kami berpisah. Badan saya sudah tidak mampu untuk menanggung segala penderitaan. Hanya di sini jodoh kami, saya harap Seri Bayu lepaskan saya cara baik di mahkamah nanti," Demikian pengakuan penyanyi Erema mengenai permohonannya untuk bercerai dengan penulis lirik popular, Seri Bayu. Erema, telah memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah Petaling Jaya awal November lalu dan kes pasangan ini akan dibicarakan pada 1 Disember ini setelah hanya mampu belayar bahtera bersama sebagai suami isteri selama dua tahun. (cerita seterusnya.... klik sini).

KULAT: Bila cerita tentang 'KEIKHLASAN' ni sebenarnya agak sukar kita nak tafsir dan terjemahkannya dengan perbuatan. Adakalanya apa yang tehambur dari mulut yang manis tidak seiring apa yang ada di dalam hati. Teringat kulat dalam satu hadis yang diRiwayatkan Ibnu Majah iaitu: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata:” Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.” Walau bagaimanapun 'keikhlasan' itu sebenarnya adalah milik Allah swt. Tidak ada seorang manusiapun di dunia ini dapat menghuraikan cara keikhlasan sebenar. Hanya dia sahaja yang mampu menterjemahkan sesorang hambanya itu melakukan sesuatu dengan sifat 'IKHLAS'. Apapun apa yang berlaku kepada Erema dan Seri Bayu ini adalah hal dalam sesebuah rumahtangga. Kegembiraan dan kesusahan, hanya mereka berdua sahaja yang mengetahuinya. Bagi Seri Bayu, penderitaan yang ditanggungya adalah ujian untuk dirinya. 'Lilin Cinta'nya terus terpadam bersama penderitaan yang ditanggungnya. Semoga beliau dapat meneruskan kehidupan ini dengan lebih tabah. Wallahu'alam.

REALITI SODOMI: ADUHH...!! SAKITNYA PUNGGUNGKU....

This alleged thief had to be rushed to hospital last night after being impaled on a fence. The incident took place at the East London museum. The suspect is alleged to have broken down the back door to the museum. The alarm went off, giving him a fright, and he ran away. He climbed a tree and then attempted to jump over the fence. However, he lost his footing and was impaled by one of the spikes on the fence. The man was discovered by a tow truck driver who heard his cries. The man was taken to Frere Hospital and it is understood.

Seorang pencuri telah dikejarkan ke hospital semalam setelah ditemui 'tertusuk' di atas pagar. Kejadian berlaku di sebuah muzium di timur London. Suspek disyaki telah memecah masuk melalui pintu belakang muzium. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja loceng penggera keselamatan muzium berbunyi, suspek yang terkejut cuba melarikan diri dengan memanjat sebatang pokok untuk melepasi pagar. Cubaan tersebut gagal apabila suspek gagal mengimbangi badannya lalu tertusuk pahanya di atas pagar yang runcing. Jeritan kesakitan suspek telah didengari seorang pemandu trak tunda yang melalui kawasan tersebut dan menghantarnya ke hospital.

INILAH AKIBATNYA.........





KULAT: Kalau macam ni sodomi, memang real punya. Tak perlu nak angkat sumpah "muhabahalah". Tengok saja besi yang tercucuk pada punggungnya tu. Hampir 24 inci panjangnya tu. Pas tu tajam pulak hujungnya, pehhh...memang ngeri. Orang dah kata jangan 'main belakang'. Nah sekarang sendiri buat sendiri dapat rasa. Auwwww...sakitnya punggung akkuuuuu.....!!!!!!!

Khamis, 20 November 2008

"WANITA TAK ADA ANU DICELAH KANGKANGNYA" KATA NAIB CANSELOR UM

Datuk Rafiah: Bekas NC UM
"Sometime i can get very rude, just because we are women, and we don't have that thing between the legs so we are not good." Dalam bahasa Melayunya "kadangkala saya boleh menjadi biadap, hanya kerana kami wanita dan kami tidak ada benda itu di celah kangkang, maka kita tidak bagus," kata Rafiah bekas Naib Canselor Universiti Malaya yang tidak disambung perkhidmatannya. Datuk Rafiah Salim menjadi berang dan terhina kerana beliau hanya dimaklumkan tidak akan disambung kontrak dalam masa lebih kurang 48 jam sahaja. (baca seterusnya dari rakan blog - ajeem.....klik sini)

KULAT: No komen, bab2 perlantikan ni terpulanglah kepada menteri yang bertanggungjawab mengendalikannya. Ada kalanya prestasi kita juga menjadi peranan untuk terus kekal selesa di atas. Kalau tidak..... setitik peluh yang dicurahkan, sedikit pun tidak akan dihargai.. Wallahualam.

Rabu, 19 November 2008

APA SEBENARNYA MUSLIHAT KAK PIDAH..??

Sehingga hari ini, Kak Pidah tetap menyandarkan pendiriannya dengan keputusan Mesyuarat Exco Wanita sebelum ini iaitu pelan peralihan kuasa kepemimpinan pergerakan itu kekal pada Jun 2009, manakala jawatan Ketua dan Naib Ketua yang kini disandang oleh kedua-duanya, tidak akan dipertandingkan pada pemilihan Mac depan. Turut hadir membuat keputusan bersama itu ialah Naib Ketuanya, Mami Izat serta lain-lain Exco Wanita.
Namun begitu, kehadiran Mami Izat rupanya tidak senada dan seirama dengan ketuanya selepas Makcik Kamiliah melontarkan batu di air yang tenang. Justeru kini terdapat dua aliran dalam Wanita ketika ini iaitu ada yang mahu pelan peralihan kuasa dipercepatkan dan ada yang mahu ia kekal pada Jun 2009. Lantaran itu keputusannya, Wanita harus mencari penyelesaiannya sendiri dan sekiranya tidak berjaya, acara pertandingan pasti tidak dapat dielakan. Apapun di saat yang genting ini, rakyat terutamanya ahli2 Wanita sayap UMNO ini kini sedang ternanti2 akan keputusan penting yang bakal dilontarkan oleh Mami Izat pada Khamis (20/11/2008) ini.


KULAT: Kak Pidah kini dilaporkan sedang bercuti di Hong Kong. Mungkin beliau sedang mencari ketenangan dan membuat kira2 (strategi) di sana sama ada hendak melepaskan jawatannya atau memberikannya secara percuma kepada pengantinya. Apapun kemelut yang timbul ini terus menjadi tandatanya kepada pemerhati politik, mengapa dan kenapa Kak Pidah terlalu berat untuk mempercepatkan peralihan kuasa ini atau dengan senang kata melepaskan jawatannya terus kepada pengantinya. Kini beliau seolah-olah sanggup melihat status jawatan tersebut nanti hanya dipangku sahaja oleh Timbalannya manakala jawatan Naib pula kosong begitu sahaja dalam tempoh yang lama.
Sebenarnya Kak Pidah bukan calang2 pemimpin. Beliau antara pemimpin Wanita paling lama berkuasa. Walaupun pernah tewas pada Siti Zaharah, namun beliau tetap diberi kepercayaan oleh Mahathir dengan terus menjadi Menteri Penuh. Itulah keistimewaan Kak Pidah. Namun ada juga yang mengatakan Kak Pidah ni macam ganas sikit kalau buat statement, suaranya kalau tak tinggi sikit macam tak ada ummphhh. Tak macam Mami Izat ada sedikit kelembutan dan mesra rakyat. Namun disebalik ketegasan untuk tetap dengan pendiriannya sebenarnya senario ini seperti ada muslihat dan tersirat yang hanya Kak Pidah seorang sahaja yang tahu. Mungkin Kak Pidah akan berubah hati selepas balik dari Hong Kong nanti dan akan mengumumkan suatu keputusan yang mengejutkan? Wallahualam.

Ahad, 16 November 2008

PENGKID, HASIL PRODUK DARI ISLAM HADHARI..?



ISU PENGKID: Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah memberi amaran kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam tertentu agar tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengharamkan pengkid. Beliau berkata tindakan NGO yang mempertikaikan keputusan tersebut boleh menjejaskan keselamatan negara dan dikhuatiri mendapat tindak balas di kalangan orang Islam.

CARA PEMAKAIAN WANITA:
AGAMA ISLAM SENDIRI TELAH MENJELASKAN: DALIL AL-QURAN:
Ada beberapa dalil yang menunjukkan wajibnya menutup aurat bagi wanita muslimah, antara lain : Dalam al-Quran surah An-Nur ayat 31, "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita,"

ANTARA BEBERAPA PERISTIWA MASALAH TUDUNG YANG DINAFIKAN OLEH KERAJAAN ISLAM HADHARI.
1. Pengetua SMK Abdullah Munshi di Pulau Pinang, melarang pelajarnya yang berumur 15 hingga 18 tahun daripada mewakili sekolah dalam perlawanan bola jaring peringkat negeri kerana tidak membuka tudung semasa bermain [News Straits Times 23 Mac 2006];

2. Di Pahang, seorang guru di sebuah sekolah aliran agama, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Sentang telah menggunting tudung labuh pelajarnya seramai 65 orang kerana tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh mereka [Utusan Malaysia bertarikh 25 Februari 2006];

3. Seorang pegawai Akaun, Habsah Jaafar dibuang kerja kerana majikanny, Hotel Renaissance tidak membenarkan beliau memakai tudung semasa bekerja [Utusan Malaysia 27 Februari 2006];

4. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Bakri Omar semasa bertugas pernah memeranjatkan banyak pihak dengan kenyataannya mewajibkan polis wanita wanita memakai tudung semasa bertugas dengan alasan keseragaman [News Straits Times 22 Mac 2006];

5. Namun isu ini diredakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang menyatakan bahawa pemakaian tudung hanyalah pilihan, bukan wajib, kecuali untuk perbarisan rasmi, di mana mereka perlu mengikuti peraturan [Mingguan Malaysia 26 Mac 2006];

Manakala cadangan untuk memertabatkan jawatan MUFTI untuk mewujudkan jawatan Mufti Negara atau mufti bertaraf nasional ataupun kebangsaan telah ditolak oleh kerajaan Islam Hadhari dengan alasan 'belum ada' keperluan (Tiada Hasrat...klik sini) kepada negara dan akan diwujudkan jika terdapat keperluan kepada negara satu hari nanti.

KULAT: Jelas di sini, Hukum Islam itu sendirinya telah meletakan aurat wanita itu 'wajib' .Kemuliaan Mahkota Wanita’ dipilih secara simboliknya kerana rambut dikaitkan sejak sekian lama dengan kecantikan dan kemuliaan wanita (penjelasan lanjut.....klik sini). Dengan berlalunya masa, kemerosotan iman dan penghayatannya berlaku di kalangan umat Islam. Cara hidup sekular dan propaganda pembebasan wanita pun dimainkan. Penjajah pemikiran dan sekutunya bertungkus-lumus menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar. Antara usaha mereka adalah menanggalkan tudung dari kepala wanita Islam. Mereka berjaya meyakinkan wanita bahawa untuk maju, mereka harus mengikut budaya Barat dan bebas daripada penindasan agama melalui cara berpakaian. Kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam, bimbangilah dan fikirkanlah isu ini untuk Agama, Bangsa dan Negara. Wallahualam.

Sabtu, 15 November 2008

KALAULAH BUKAN MAHATHIR YANG CAKAP....

Bagi beliau, tindakan membangkitkan persoalan tentang Perdana Menteri bukan Melayu itu sendiri sebenarnya adalah bersifat perkauman. Tidak kira Melayu atau bukan Melayu, jika seseorang itu diterima oleh rakyat Malaysia, dia layak (BUKAN MELAYU) untuk menjadi Perdana Menteri. Ini buktinya kenyataan mantan PM (Dr. Mahahthir) itu ....klik sini.

KULAT: Kenyataan mantan PM itu mendapat reaksi berbeza dari pemerhati politik tanahair terutama kepada panglima2 UMNO dan penjuak2 nya. Namun, kenyataan Mahathir ini sebenarnya pernah diketengahkan oleh PAS sejak sekian lama dahulu. Kini diungkit kembali demi untuk mencari sokongan pengundi bukan melayu. Apakah komen mereka yang begitu menjaga kepentingan 'KETUANAN MELAYU' sehingga kini seolah2 kenyataan mantan PM itu tiada komen panas dari juak2 UMNO. Kulat percaya situasi ini mungkin lebih 'panas' kalau isu 'BUKAN MELAYU BOLEH JADI PM' ini dinyatakan oleh pihak2 dari Pakatan Rakyat terutama MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sering menimbulkan isu 'Orang Melayu'. Penjuak2 UMNO pasti bersilat bersama keris pusaka terus di hunus dan laungan 'TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA' kedengaran seluruh negara. Mereka pasti mengegarkan negara ini bersama2 dengan para pelajar UiTM, pertubuhan Gabungan Melayu Perak, UMNO Pulau Pinang dan lain2 penjuak akan berdemontrasi mempertahankan ketuanan melayu bagi menentang isu kepimpinan negara ini jika ianya dipimpin oleh bangsa lain. Mereka pasti akan mengatakan.. PKR 'Pengkianat Bangsa Melayu'........Wallahualam.

Jumaat, 14 November 2008

MAZNAH PULAK SEMACAM TERASA RALATNYA....

Ketua Wanita Umno Pahang, Datuk Maznah Mazlan pula menyelar anggota exco pergerakan itu Datuk Kamilia Ibrahim yang berkeras untuk bertanding jawatan Naib Ketua dan menolak pelan peralihan kuasa pergerakan itu yang dipersetujui pada 4 Ogos lepas. Maznah merasakan jika ada pertandingan di pucuk pimpinan, ini bermakna Datuk Kamiliah akan menang percuma dan situasi ini baginya tidak adil kepada Wanita Umno. (seterusnya......... klik sini)


KULAT: Sebenarnya Maznah juga kepingin untuk menduduki jawatan no. 2 tetapi beliau terlalu setia dengan 'primadona airmata' ketuanya. Beliaupun tidak menyangka akan berlaku teknikal error dan mungkin terasa 'ralat' kalau ada pertandingan, kerana merasakan beliau juga berpeluang. Walau bagaimana pun, Ketua Wanita Umno Pahang itu akan bekerja bermati-matian untuk Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sekiranya beliau ditentang oleh Kamilia bagi jawatan naib ketua. Apapun hasrat Maznah itu rasanya sudah terlewat dan Datuk Kamiliah juga tidak kurang hebatnya berdasarkan jumlah pencalonan yang diterima. Ini merupakan 'signal' wanita yang mahukan pucuk pimpinan di atas perlukan 'perubahan'. Apakah Mami Izat tetap dengan pendiriannya untuk setia dengan ketuanya atau kini sedang berfikir2 untuk membuat pengumuman penting atau sedang memasang strategi menghadapi Datuk Kamiliah, sama2lah kita tunggu. Jangan sampai tergigit jari sudah......Wallahualam.

Khamis, 13 November 2008

AKHIRNYA NAZRI MENGAKU.....

Nazri: Oiii..!! Lu orang ni apa kecoh2, aku cuma tersilap cakap je.........!!!!


Akhirnya Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, mengaku kesilapannya yang membuat pengumuman secara terbuka di Dewan Rakyat. Beliau mendakwa tidak mempunyai niat untuk berbohong atau menyembunyikan fakta mengenai status hakim yang dipecat itu sehingga menemui surat yang diberikan sekretariat Kabinet berhubung perkara berkenaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, mengesahkan dan mengakui bahawa keenam-enam hakim yang menerima bayaran ex-gratia sebenarnya dipecat. "Saya kesal dengan kenyataan saya di Parlimen kerana membuatnya tanpa berdasarkan fakta yang cukup..... (seterusnya klik sini)

KULAT: Ketelanjuran Nazri itu tetap telah melanggar di bawah Peraturan Tetap 36 (12) kerana mengeluarkan fakta yang mengelirukan Parlimen. Apapun rakyat tetap menunggu keputusan sama ada Nazri perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana didakwa memberi kenyataan tidak benar itu kepada dewan. Rakyat berharap Dewan Rakyat perlu memandang serius dan tidak akan memilih bulu mengenakan tindakan kepada ahli parlimennya.

Selasa, 11 November 2008

SHARIZAT MULANYA TERUJA KINI DILEMA

Mami Rizat: Alamak..!! Kak Kamiliah lak buat hal, ini yang buat aku serba salah ni. Buatnya aku kalah mempertahankan jawatan N0. 2 ni, malu aku. Hai...dilema, dilema... nak lawan ke tidak.? lawan ke tidak.? lawan ke tidak..? iskk....tunggguuuuuuuu jelah keputusan aku.....

Selepas lebih 24 jam Wanita Umno mengadakan mesyuaratnya dan telah pun bersetuju dengan perlalihan kuasa (Jun 2009) seperti yang dirancangkan, kini dua pemimpin kanan pergerakan itu membayangkan petanda baru yang bakal menyaksikan pertandingan bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua Wanita. Selepas 'teruja' dengan jumlah pencalonan yang tidak diduganya sama sekali untuk jawatan Ketua Pergerakan Wanita, kini Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berada dalan situasi kepanasan dan 'dilema' apabila exconya Datuk Kamiliah Ibrahim yang telahpun layak pencalonannya bersetuju untuk meneruskan hasratnya bertanding jawatan no. 2 pergerakan tersebut.
"Jika kita teruskan keputusan yang dibuat pada Ogos 2008, ini akan menyebabkan jawatan Ketua Wanita Umno hanya kekal bagi tempoh tiga bulan selepas pemilihan. Seterusnya jawatan Ketua Wanita Umno hanya sekadar memangku bagi tempoh tiga tahun manakala jawatan Naib Ketua Wanita terpaksa dikosongkan. "Pelan Peralihan Kuasa Sharizat dan Rafidah akan merugikan kepimpinan Wanita Umno dalam senario politik hari ini" kata Datuk Kamiliah Ibrahim yang memanaskan kembali pergerakan sayap UMNO itu.

KULAT: Tidak sampai 24 jam persetujuan yang diambil oleh pergerakan itu, kini ianya bakal terungkai semula dan senario ini meletakkan Mami Rizat dalam keadaan gundah gulana. Sifat kesetiaanya pada ketua semakin tercabar dan Mami Rizat perlu membuat sesuatu jika tersilap langkah, jawatan yang sepatut menjadi idamannya terlepas dari gengaman. Beliau harus akur bahawa dalam wanita masih ramai ahlinya yang berkaliber. Ketuanya seolah-olah masih lagi dahagakan 'kuasa'. Memang ada kebenaranya seperti apa yang dikatakan oleh Datuk Kamiliah itu yang perlu diambil serius oleh Mami Rizat jika beliau mahukan kerusi empuk sayap UMNO itu. Jika tidak, kesihan Mami Rizat, sudah yang nak dikejar tak dapat, yang dah dikendung lak berterabur keciciran. Gigit jarilah nampaknya anak mami UMNO ni. Kesian dia...........Wallahualam.

Isnin, 10 November 2008

SHARIZAT SEBENARNYA 'TERUJA'

Dulu Kak Pidah rasa 'terkilan' tak disenaraikan dalam kabinet Pak Lah

Bisikan hati:
Kak Pidah: Sampai hati kau Rizat, belum sampai masa lagi kau dah tak sabar nak amik kerusi aku.
Mami Rizat: Tak sangka rupanya aku ni ramai penyokong. Dapat juga aku jadi Ketua Wanita

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terpaksa akur dan menghormati keputusan yang telah dibuat oleh exco Wanita dan menghormati pelan peralihan yang diumumkan Ogos lalu oleh ketuanya dikekalkan sehingga Jun 2009. Sebelum itu, satu kenyataan akhbar iaitu "Wanita bertemu pagi ini, 'kata dua' Shahrizat kaji semula pelan peralihan" iaitu Pergerakan Wanita Umno yang telah mengadakan pertemuannya di ibu negara dan Timbalan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah meminta Ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz supaya mempertimbangkan untuk mempercepatkan tarikh peralihan kuasa jawatan tertinggi sayap itu.

Shahrizat yang terus menerima pencalonan untuk jawatan Ketua Wanita Umno mahu langkah itu diambil supaya selaras dengan pemilihan parti peringkat pusat Mac depan serta berdasarkan perkembangan Umno masa kini. Beliau meminta kebijaksanaan serta kerjasama Rafidah untuk mempertimbangkan tarikh peralihan jawatan itu diselaraskan seiring sejalan dengan Umno induk, Pemuda, Puteri pada Mac 2009 sempena perhimpunan Agung Umno iaitu tiga bulan lebih awal daripada bulan Jun depan. Mengikut rasional Shahrizat, semasa Rafidah mengumumkan pelan peralihan jawatan itu Ogos lepas, Perhimpunan Agung Umno dijadualkan berlangsung pada Disember ini, manakala tarikh peralihan kuasa antara Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan pada 2010.

Bagaimanapun Perhimpunan Agung Umno ditangguhkan sehingga Mac depan, manakala tarikh peralihan kuasa antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga dipercepatkan. Justeru Rafidah mengumumkan pelan peralihan jawatan itu untuk menentukan peralihan kuasa antara Presiden dan Naib Presiden berjalan lancar tanpa diganggu gugat ketidakstabilan Wanita jika ada pertandingan bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua Wanita. Sehingga hari ini Rafidah telah memperoleh 116 pencalonan untuk jawatan Ketua Wanita, manakala Shahrizat pula mendapat 73 pencalonan iaitu sesuatu yang diluar jangkaannya dan membolehkan dia bertanding jawatan no. 1 Wanita itu. Bagi jawatan Naib Ketua pula Shahrizat menerima 113 pencalonan.

KULAT: Sharizat seperti tidak percaya bahawa beliau menerima pencalonan yang tidak diduganya. Walaupun pelan perlalihan telah dipersetujui bersama dengan ketuanya namun kehendak akar umbi telah memberi signal yang Kak Pidah tidak perlu lagi bersusah payah memimpin Wanita. Justeru ianya bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal bagi Sharizat yang beliau sebenarnya juga kepingin untuk menduduki singgahsana Wanita itu. Lantas Mami Rizat ni seperti 'teruja' dan tidak sabar untuk meminta Kak Pidah melepaskan segera kerusi empuk yang didudukinya sekian lama itu. Wallahualam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN