Memaparkan catatan dengan label Aurat Wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aurat Wanita. Papar semua catatan

Selasa, 24 Februari 2009

KAK PIDAH & SENASKAH AL-QURAN

Setiap kali ada sidang media, senaskah AlQuran tidak lepas dari Kak Pidah..
Siapa tak kenal Tan Sri Rafidah Abd. Aziz? Pemimpin no. 1 wanita UMNO ini antara yang paling lama memimpin pergerakan sayap kanan UMNO itu. Beliau juga memegang rekod pemimpin wanita paling lama memegang jawatan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak 1987 hingga 2008 iaitu hampir 21 tahun berada dalam kabinet kerajaan. Kalau dilihat dari gaya dan caranya bila bercakap, beliau memang seorang yang tegas dan tidak mudah mengalah. Pantas menepis segala kiritikan dan tidak mudah tunduk dari sebarang tekanan tidak kira samada dari pihak pembangkang mahupun dari dalam UMNO itu sendiri.
Apa yang menarik tentang Kak Pidah ini ialah apabila setiap kali mempengerusikan mesyuaratnya, senaskah Al-Quran pasti berada di hadapannya. Mungkin segala mesyuarat yang dipengerusikannya itu mudah-mudahan akan memberi suatu petunjuk dan keputusan yang adil dan saksama. Mungkin juga tujuannya jika ada sidang akhbar, untuk menunjukkan bahawa segala kenyataannya adalah semuanya benar2 belaka dan tidak ada lain yang benar selain daripada kenyataannya yang benar disamping senaskah Al-Quran sebagai saksi.
Sayangnya Kak Pidah, senaskah Al-Quran sebagai panduannya itu tidak dapat merubah keterampilan dirinya sekurang-kurangnya untuk menutup aurat dari berimejkan dirinya yang masih lagi kekal seperti dulu. Apa maknanya jika segala isi Al-Quran yang diletakkan dihadapanya itu tidak diterjemahkan oleh manusia itu sendiri dan kedudukannya itu hanyalah tidak lebih daripada gimik perhiasan semata2. Bukan nak menuduh Kak Pidah 'tidak beriman', itu urusan dia dengan Tuhan. Siapa tahu, mungkin Kak Pidah seorang wanita muslimin sejati yang mengamalkan ajaran Islam sebenar? Hal ini bukan untuk Kak Pidah sahaja malah kepada semua umat Islam negara ini.
Dan bukan juga hendak berburuk sangka namun keterampilan diri mencerminkan keperibadian diri. Memang benar, manusia adalah yang paling sukar untuk berubah namun ianya tidak mustahil untuk berubah. Jika kita hendak bersaksikan Al-Quran, terlebih dahalu hendaklah kita mendampinginya dan melaksanakan segala suruhan yang ada di dalam segala isi perutnya. Memang kita semua tidak layak untuk melabelkan keimanan sesorang itu, namun telah menjadi kewajiban kita, menjadi 'tabligh' segala yang membawa kebaikan untuk umat Islam. Semoga Kak Pidah lebih suksess selepas ini dan yang pastinya berjaya mengharungi cabaran pada Mac ini. Wallahua'alam.

Ahad, 16 November 2008

PENGKID, HASIL PRODUK DARI ISLAM HADHARI..?



ISU PENGKID: Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah memberi amaran kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam tertentu agar tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengharamkan pengkid. Beliau berkata tindakan NGO yang mempertikaikan keputusan tersebut boleh menjejaskan keselamatan negara dan dikhuatiri mendapat tindak balas di kalangan orang Islam.

CARA PEMAKAIAN WANITA:
AGAMA ISLAM SENDIRI TELAH MENJELASKAN: DALIL AL-QURAN:
Ada beberapa dalil yang menunjukkan wajibnya menutup aurat bagi wanita muslimah, antara lain : Dalam al-Quran surah An-Nur ayat 31, "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita,"

ANTARA BEBERAPA PERISTIWA MASALAH TUDUNG YANG DINAFIKAN OLEH KERAJAAN ISLAM HADHARI.
1. Pengetua SMK Abdullah Munshi di Pulau Pinang, melarang pelajarnya yang berumur 15 hingga 18 tahun daripada mewakili sekolah dalam perlawanan bola jaring peringkat negeri kerana tidak membuka tudung semasa bermain [News Straits Times 23 Mac 2006];

2. Di Pahang, seorang guru di sebuah sekolah aliran agama, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Sentang telah menggunting tudung labuh pelajarnya seramai 65 orang kerana tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh mereka [Utusan Malaysia bertarikh 25 Februari 2006];

3. Seorang pegawai Akaun, Habsah Jaafar dibuang kerja kerana majikanny, Hotel Renaissance tidak membenarkan beliau memakai tudung semasa bekerja [Utusan Malaysia 27 Februari 2006];

4. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Bakri Omar semasa bertugas pernah memeranjatkan banyak pihak dengan kenyataannya mewajibkan polis wanita wanita memakai tudung semasa bertugas dengan alasan keseragaman [News Straits Times 22 Mac 2006];

5. Namun isu ini diredakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang menyatakan bahawa pemakaian tudung hanyalah pilihan, bukan wajib, kecuali untuk perbarisan rasmi, di mana mereka perlu mengikuti peraturan [Mingguan Malaysia 26 Mac 2006];

Manakala cadangan untuk memertabatkan jawatan MUFTI untuk mewujudkan jawatan Mufti Negara atau mufti bertaraf nasional ataupun kebangsaan telah ditolak oleh kerajaan Islam Hadhari dengan alasan 'belum ada' keperluan (Tiada Hasrat...klik sini) kepada negara dan akan diwujudkan jika terdapat keperluan kepada negara satu hari nanti.

KULAT: Jelas di sini, Hukum Islam itu sendirinya telah meletakan aurat wanita itu 'wajib' .Kemuliaan Mahkota Wanita’ dipilih secara simboliknya kerana rambut dikaitkan sejak sekian lama dengan kecantikan dan kemuliaan wanita (penjelasan lanjut.....klik sini). Dengan berlalunya masa, kemerosotan iman dan penghayatannya berlaku di kalangan umat Islam. Cara hidup sekular dan propaganda pembebasan wanita pun dimainkan. Penjajah pemikiran dan sekutunya bertungkus-lumus menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar. Antara usaha mereka adalah menanggalkan tudung dari kepala wanita Islam. Mereka berjaya meyakinkan wanita bahawa untuk maju, mereka harus mengikut budaya Barat dan bebas daripada penindasan agama melalui cara berpakaian. Kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam, bimbangilah dan fikirkanlah isu ini untuk Agama, Bangsa dan Negara. Wallahualam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN