Memaparkan catatan dengan label Ketua Wanita UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ketua Wanita UMNO. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Disember 2011

KAK IJAT KENA PERLI DENGAN MAHATHIR

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Perbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil yang bergelut dengan kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), harus tahu bila seseorang itu patut berundur.


Dr. Mahathir berkata "Kalau kita berasa perlu berhenti kerana parti, kita berhenti, kalau ingin sumbang, kita bertanding," Ditanya sama ada Sharizat perlu mengetahui batasnya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ukur baju badan masing-masing".

Jumaat, 2 Disember 2011

KAK IJAT JGN MARAHKAN PEMBANGKANG, TAPI MARAHKAN AUDIT KERAJAAN.

Skandal NFC bukan cetusan Pembangkang sungguhpun PKR yang memanjangkannya dengan melontar tuduhan salahguna wang secara bersiri sepanjang tiga minggu lalu. Isu itu dibangkitkan oleh kerajaan sendiri – menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010.



Justeru tidak ada pihak yang harus bingkas mencadangkan Kerajaan mahu “menutup” isu berkenaan. Susulan pendedahan-pendedahan yang melibatkan pembelian kondominium, kereta mewah dan lain-lain dengan menggunakan wang Kerajaan, isu itu diserahkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Namun terma “dalam siasatan” tidak cukup untuk meredakan kemarahan rakyat. Begitu juga penjelasan ringkas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar bahawa siasatan awal mendapati tidak ada unsur pecah amanah dikesan amat meragukan rakyat.



Walaupun Khalid bercakap dari sudut undang-undang semata-mata, pengundi di kurun 21 ini tidak dapat menerima jawapan sebegitu kerana secara rasional wang Kerajaan harus dan hanya boleh digunakan untuk maksud yang ianya diberikan SO KALAU LEMBU PUNYER PROJEK MAKA LEMBULAH YG AKAN DIAUDITKAN, BUKAN KONDO, MELANCONG, TANAH ATAU KERETA MEWAH.

Rabu, 30 November 2011

KAK IJAT: "SAYA DAH TAK LARAT NAK SENYUM LAGI..."

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini memberikan amaran keras kepada pemimpin PKR kerana memainkan isu projek lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya.
Sambil menegaskan beliau tiada kaitan dengan projek lembu itu, Shahrizat berkata beliau tidak takut dengan serangan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategik parti itu, Rafizi Ramli. "Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi, katanya di sini.

Namun semakin lantang Kak Ijat bersuara mempertahankan dirinya di pentas UMNO, kini semakin banyak pendedahan dibuat oleh PKR. Kali ini didakwa melibatkan pembelian kereta mewah dan lot tanah pula di di sini. mmmmmm.... memang patutpun Kak Ijat kita nie, tak larat nak senyum lagi..!!!

Khamis, 26 Mac 2009

SAAT GETIR SHARIZAT DAN KJ BERAKHIR

Dato Seri Sharizat Abd. Jalil kini boleh menarik nafas lega setelah rasa cemasnya yang sebelum ini menyokong Tan Sri Rafidah Aziz tetapi tersentak dengan keputusan yang dibuat oleh timbalannya, Dato Kamiliah Ibrahim yang tetap mahu meneruskan bertanding jawatan no. 2 dalam wanita. Keputusan itu membuatkan beliau berbelah bagi dan terpaksa berpatah balik meneruskan untuk menentang bekas ketuanya. Namun saat getirnya berbaloi jua apabila beliau berjaya menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz dengan memperolehi 507 undi berbanding pencabarnya yang memperoleh 280 undi.
Manakala ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin atau KJ dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru. Beliau yang memperolehi 304 undi menewaskan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir. Khir Toyo menerima, 254 undi, manakala Mukhriz pula 232 undi. Biarpun sebelum ini beliau menerima kritikan dan kecaman dari berbagai pihak dari luar dan dalam UMNO itu sendiri yang mendakwa gaya kekepimpinannya yang mempengaruhi bapa mertuanya . Malah disaat2 akhir sebelum bermulanya perhimpunan UMNO beliau di heret ke muka Lembaga Disiplin berhubung kes politik wang. Namun situasi yang genting itu hampir2 mengembirakan dua calon lain yang akhirnya berjaya membuktikan bahawa kepimpinannya diperlukan dalam sayap UMNO itu.
Kulat: Syabas dan tahniah buat kedua-dua pemimpin sayap UMNO itu dan parti Melayu itu kini sedang bermula proses transformasi kepimpinan dari semua sudut. Bangsa Melayu mahu melihat penukaran baju baru ini akan memberi impak yang besar kepada survival bangsa Melayu di negara ini. Jika UMNO masih lagi tidak berubah, nescaya UMNO akan berubah pada PRU13 nanti sebagai sebuah parti yang 'rebah'.

Rabu, 19 November 2008

APA SEBENARNYA MUSLIHAT KAK PIDAH..??

Sehingga hari ini, Kak Pidah tetap menyandarkan pendiriannya dengan keputusan Mesyuarat Exco Wanita sebelum ini iaitu pelan peralihan kuasa kepemimpinan pergerakan itu kekal pada Jun 2009, manakala jawatan Ketua dan Naib Ketua yang kini disandang oleh kedua-duanya, tidak akan dipertandingkan pada pemilihan Mac depan. Turut hadir membuat keputusan bersama itu ialah Naib Ketuanya, Mami Izat serta lain-lain Exco Wanita.
Namun begitu, kehadiran Mami Izat rupanya tidak senada dan seirama dengan ketuanya selepas Makcik Kamiliah melontarkan batu di air yang tenang. Justeru kini terdapat dua aliran dalam Wanita ketika ini iaitu ada yang mahu pelan peralihan kuasa dipercepatkan dan ada yang mahu ia kekal pada Jun 2009. Lantaran itu keputusannya, Wanita harus mencari penyelesaiannya sendiri dan sekiranya tidak berjaya, acara pertandingan pasti tidak dapat dielakan. Apapun di saat yang genting ini, rakyat terutamanya ahli2 Wanita sayap UMNO ini kini sedang ternanti2 akan keputusan penting yang bakal dilontarkan oleh Mami Izat pada Khamis (20/11/2008) ini.


KULAT: Kak Pidah kini dilaporkan sedang bercuti di Hong Kong. Mungkin beliau sedang mencari ketenangan dan membuat kira2 (strategi) di sana sama ada hendak melepaskan jawatannya atau memberikannya secara percuma kepada pengantinya. Apapun kemelut yang timbul ini terus menjadi tandatanya kepada pemerhati politik, mengapa dan kenapa Kak Pidah terlalu berat untuk mempercepatkan peralihan kuasa ini atau dengan senang kata melepaskan jawatannya terus kepada pengantinya. Kini beliau seolah-olah sanggup melihat status jawatan tersebut nanti hanya dipangku sahaja oleh Timbalannya manakala jawatan Naib pula kosong begitu sahaja dalam tempoh yang lama.
Sebenarnya Kak Pidah bukan calang2 pemimpin. Beliau antara pemimpin Wanita paling lama berkuasa. Walaupun pernah tewas pada Siti Zaharah, namun beliau tetap diberi kepercayaan oleh Mahathir dengan terus menjadi Menteri Penuh. Itulah keistimewaan Kak Pidah. Namun ada juga yang mengatakan Kak Pidah ni macam ganas sikit kalau buat statement, suaranya kalau tak tinggi sikit macam tak ada ummphhh. Tak macam Mami Izat ada sedikit kelembutan dan mesra rakyat. Namun disebalik ketegasan untuk tetap dengan pendiriannya sebenarnya senario ini seperti ada muslihat dan tersirat yang hanya Kak Pidah seorang sahaja yang tahu. Mungkin Kak Pidah akan berubah hati selepas balik dari Hong Kong nanti dan akan mengumumkan suatu keputusan yang mengejutkan? Wallahualam.

Jumaat, 14 November 2008

MAZNAH PULAK SEMACAM TERASA RALATNYA....

Ketua Wanita Umno Pahang, Datuk Maznah Mazlan pula menyelar anggota exco pergerakan itu Datuk Kamilia Ibrahim yang berkeras untuk bertanding jawatan Naib Ketua dan menolak pelan peralihan kuasa pergerakan itu yang dipersetujui pada 4 Ogos lepas. Maznah merasakan jika ada pertandingan di pucuk pimpinan, ini bermakna Datuk Kamiliah akan menang percuma dan situasi ini baginya tidak adil kepada Wanita Umno. (seterusnya......... klik sini)


KULAT: Sebenarnya Maznah juga kepingin untuk menduduki jawatan no. 2 tetapi beliau terlalu setia dengan 'primadona airmata' ketuanya. Beliaupun tidak menyangka akan berlaku teknikal error dan mungkin terasa 'ralat' kalau ada pertandingan, kerana merasakan beliau juga berpeluang. Walau bagaimana pun, Ketua Wanita Umno Pahang itu akan bekerja bermati-matian untuk Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sekiranya beliau ditentang oleh Kamilia bagi jawatan naib ketua. Apapun hasrat Maznah itu rasanya sudah terlewat dan Datuk Kamiliah juga tidak kurang hebatnya berdasarkan jumlah pencalonan yang diterima. Ini merupakan 'signal' wanita yang mahukan pucuk pimpinan di atas perlukan 'perubahan'. Apakah Mami Izat tetap dengan pendiriannya untuk setia dengan ketuanya atau kini sedang berfikir2 untuk membuat pengumuman penting atau sedang memasang strategi menghadapi Datuk Kamiliah, sama2lah kita tunggu. Jangan sampai tergigit jari sudah......Wallahualam.

Selasa, 11 November 2008

SHARIZAT MULANYA TERUJA KINI DILEMA

Mami Rizat: Alamak..!! Kak Kamiliah lak buat hal, ini yang buat aku serba salah ni. Buatnya aku kalah mempertahankan jawatan N0. 2 ni, malu aku. Hai...dilema, dilema... nak lawan ke tidak.? lawan ke tidak.? lawan ke tidak..? iskk....tunggguuuuuuuu jelah keputusan aku.....

Selepas lebih 24 jam Wanita Umno mengadakan mesyuaratnya dan telah pun bersetuju dengan perlalihan kuasa (Jun 2009) seperti yang dirancangkan, kini dua pemimpin kanan pergerakan itu membayangkan petanda baru yang bakal menyaksikan pertandingan bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua Wanita. Selepas 'teruja' dengan jumlah pencalonan yang tidak diduganya sama sekali untuk jawatan Ketua Pergerakan Wanita, kini Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berada dalan situasi kepanasan dan 'dilema' apabila exconya Datuk Kamiliah Ibrahim yang telahpun layak pencalonannya bersetuju untuk meneruskan hasratnya bertanding jawatan no. 2 pergerakan tersebut.
"Jika kita teruskan keputusan yang dibuat pada Ogos 2008, ini akan menyebabkan jawatan Ketua Wanita Umno hanya kekal bagi tempoh tiga bulan selepas pemilihan. Seterusnya jawatan Ketua Wanita Umno hanya sekadar memangku bagi tempoh tiga tahun manakala jawatan Naib Ketua Wanita terpaksa dikosongkan. "Pelan Peralihan Kuasa Sharizat dan Rafidah akan merugikan kepimpinan Wanita Umno dalam senario politik hari ini" kata Datuk Kamiliah Ibrahim yang memanaskan kembali pergerakan sayap UMNO itu.

KULAT: Tidak sampai 24 jam persetujuan yang diambil oleh pergerakan itu, kini ianya bakal terungkai semula dan senario ini meletakkan Mami Rizat dalam keadaan gundah gulana. Sifat kesetiaanya pada ketua semakin tercabar dan Mami Rizat perlu membuat sesuatu jika tersilap langkah, jawatan yang sepatut menjadi idamannya terlepas dari gengaman. Beliau harus akur bahawa dalam wanita masih ramai ahlinya yang berkaliber. Ketuanya seolah-olah masih lagi dahagakan 'kuasa'. Memang ada kebenaranya seperti apa yang dikatakan oleh Datuk Kamiliah itu yang perlu diambil serius oleh Mami Rizat jika beliau mahukan kerusi empuk sayap UMNO itu. Jika tidak, kesihan Mami Rizat, sudah yang nak dikejar tak dapat, yang dah dikendung lak berterabur keciciran. Gigit jarilah nampaknya anak mami UMNO ni. Kesian dia...........Wallahualam.

Isnin, 10 November 2008

SHARIZAT SEBENARNYA 'TERUJA'

Dulu Kak Pidah rasa 'terkilan' tak disenaraikan dalam kabinet Pak Lah

Bisikan hati:
Kak Pidah: Sampai hati kau Rizat, belum sampai masa lagi kau dah tak sabar nak amik kerusi aku.
Mami Rizat: Tak sangka rupanya aku ni ramai penyokong. Dapat juga aku jadi Ketua Wanita

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terpaksa akur dan menghormati keputusan yang telah dibuat oleh exco Wanita dan menghormati pelan peralihan yang diumumkan Ogos lalu oleh ketuanya dikekalkan sehingga Jun 2009. Sebelum itu, satu kenyataan akhbar iaitu "Wanita bertemu pagi ini, 'kata dua' Shahrizat kaji semula pelan peralihan" iaitu Pergerakan Wanita Umno yang telah mengadakan pertemuannya di ibu negara dan Timbalan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah meminta Ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz supaya mempertimbangkan untuk mempercepatkan tarikh peralihan kuasa jawatan tertinggi sayap itu.

Shahrizat yang terus menerima pencalonan untuk jawatan Ketua Wanita Umno mahu langkah itu diambil supaya selaras dengan pemilihan parti peringkat pusat Mac depan serta berdasarkan perkembangan Umno masa kini. Beliau meminta kebijaksanaan serta kerjasama Rafidah untuk mempertimbangkan tarikh peralihan jawatan itu diselaraskan seiring sejalan dengan Umno induk, Pemuda, Puteri pada Mac 2009 sempena perhimpunan Agung Umno iaitu tiga bulan lebih awal daripada bulan Jun depan. Mengikut rasional Shahrizat, semasa Rafidah mengumumkan pelan peralihan jawatan itu Ogos lepas, Perhimpunan Agung Umno dijadualkan berlangsung pada Disember ini, manakala tarikh peralihan kuasa antara Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan pada 2010.

Bagaimanapun Perhimpunan Agung Umno ditangguhkan sehingga Mac depan, manakala tarikh peralihan kuasa antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga dipercepatkan. Justeru Rafidah mengumumkan pelan peralihan jawatan itu untuk menentukan peralihan kuasa antara Presiden dan Naib Presiden berjalan lancar tanpa diganggu gugat ketidakstabilan Wanita jika ada pertandingan bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua Wanita. Sehingga hari ini Rafidah telah memperoleh 116 pencalonan untuk jawatan Ketua Wanita, manakala Shahrizat pula mendapat 73 pencalonan iaitu sesuatu yang diluar jangkaannya dan membolehkan dia bertanding jawatan no. 1 Wanita itu. Bagi jawatan Naib Ketua pula Shahrizat menerima 113 pencalonan.

KULAT: Sharizat seperti tidak percaya bahawa beliau menerima pencalonan yang tidak diduganya. Walaupun pelan perlalihan telah dipersetujui bersama dengan ketuanya namun kehendak akar umbi telah memberi signal yang Kak Pidah tidak perlu lagi bersusah payah memimpin Wanita. Justeru ianya bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal bagi Sharizat yang beliau sebenarnya juga kepingin untuk menduduki singgahsana Wanita itu. Lantas Mami Rizat ni seperti 'teruja' dan tidak sabar untuk meminta Kak Pidah melepaskan segera kerusi empuk yang didudukinya sekian lama itu. Wallahualam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN