Dulu Kak Pidah rasa 'terkilan' tak disenaraikan dalam kabinet Pak Lah
Bisikan hati:
Kak Pidah: Sampai hati kau Rizat, belum sampai masa lagi kau dah tak sabar nak amik kerusi aku.
Mami Rizat: Tak sangka rupanya aku ni ramai penyokong. Dapat juga aku jadi Ketua Wanita
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terpaksa akur dan menghormati keputusan yang telah dibuat oleh exco Wanita dan menghormati pelan peralihan yang diumumkan Ogos lalu oleh ketuanya dikekalkan sehingga Jun 2009. Sebelum itu, satu kenyataan akhbar iaitu "Wanita bertemu pagi ini, 'kata dua' Shahrizat kaji semula pelan peralihan" iaitu Pergerakan Wanita Umno yang telah mengadakan pertemuannya di ibu negara dan Timbalan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah meminta Ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz supaya mempertimbangkan untuk mempercepatkan tarikh peralihan kuasa jawatan tertinggi sayap itu.
Shahrizat yang terus menerima pencalonan untuk jawatan Ketua Wanita Umno mahu langkah itu diambil supaya selaras dengan pemilihan parti peringkat pusat Mac depan serta berdasarkan perkembangan Umno masa kini. Beliau meminta kebijaksanaan serta kerjasama Rafidah untuk mempertimbangkan tarikh peralihan jawatan itu diselaraskan seiring sejalan dengan Umno induk, Pemuda, Puteri pada Mac 2009 sempena perhimpunan Agung Umno iaitu tiga bulan lebih awal daripada bulan Jun depan. Mengikut rasional Shahrizat, semasa Rafidah mengumumkan pelan peralihan jawatan itu Ogos lepas, Perhimpunan Agung Umno dijadualkan berlangsung pada Disember ini, manakala tarikh peralihan kuasa antara Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan pada 2010.
Bagaimanapun Perhimpunan Agung Umno ditangguhkan sehingga Mac depan, manakala tarikh peralihan kuasa antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga dipercepatkan. Justeru Rafidah mengumumkan pelan peralihan jawatan itu untuk menentukan peralihan kuasa antara Presiden dan Naib Presiden berjalan lancar tanpa diganggu gugat ketidakstabilan Wanita jika ada pertandingan bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua Wanita. Sehingga hari ini Rafidah telah memperoleh 116 pencalonan untuk jawatan Ketua Wanita, manakala Shahrizat pula mendapat 73 pencalonan iaitu sesuatu yang diluar jangkaannya dan membolehkan dia bertanding jawatan no. 1 Wanita itu. Bagi jawatan Naib Ketua pula Shahrizat menerima 113 pencalonan.
KULAT: Sharizat seperti tidak percaya bahawa beliau menerima pencalonan yang tidak diduganya. Walaupun pelan perlalihan telah dipersetujui bersama dengan ketuanya namun kehendak akar umbi telah memberi signal yang Kak Pidah tidak perlu lagi bersusah payah memimpin Wanita. Justeru ianya bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal bagi Sharizat yang beliau sebenarnya juga kepingin untuk menduduki singgahsana Wanita itu. Lantas Mami Rizat ni seperti 'teruja' dan tidak sabar untuk meminta Kak Pidah melepaskan segera kerusi empuk yang didudukinya sekian lama itu. Wallahualam.
8 ulasan:
Anakku,
Kerusi Empuk Politik tidak macam kerusi biasa. Banyak duri dan paku tajam di dalamnya yang kalau tak betul betul posisi dan cara duduknya tergodok diri sendiri.
Apa apa pun, kemenangan selalu dipihak yang banyak bersabar.
WaAllahuAlam.
Patutnya Nek Pidah ni undur lebih awal, taklah anak mami(spt. Sharizat cakap pada saya satu masa dulu)ni lama sangat menanti dan bermimpi.
salam:
1. MAKCIK ANGKAT:
Mami Rizat memang setia dengan ketuanya. Tapi tak sangka Kak Pidah ramai yang tak suka. Apa lagi dapat pencalonan yang tidak diduga. Hati Mami dah mula TERUJA. Terus buat kenyataan bila Kak Pidah nak mula..?? (berhenti cepatlah tu..)
2. TUAN MOUNTDWELLER:
Mami Rizat KEPINGIN dalam diam. Tapi bila lihat dah banyak lak yang calonkannya, hati mula rasa gundah gulana. Tapi Mami terus bisu masa sidang akhbar dengan Kak Pidah.?? Kenapa lak jadi gitu ekk.?
Salam Tok Cendawan,
Nenek Pidah ni baik bersara je la...Jaga cucu...Wat amal ibadah byk2....
Ade lagi kesempatan yg ALLAH bagi...Leka ngan dunia sampai lupa lagi 2 dunia,ape cer...
Udah2 la ye nenek oi...Malu la ngan nenek den,nenek Tok Cendawan dan nenek2 yg lain...
salam Tuan Master Yoda:
Lama tak dengar khabar berita, kemana menghilang sekian lama, terima kasih kerana masih sudi menziarah...
Sudah sampai masanya.. sesaatpun tidak di lebihkan dan sesaat juga tidak dikurangkanNYA...sampai masa pergi jua... dah ada peluang berundur, undurlah dengan cara paling terhormat.....
Salam To Cendawan,
Bz sket ngan preparation nak kahwin...
Bagi la alamat, den leh post kad kahwin...
salam sdr Master...
oooHh patut lah, darah manis rupanya....bulan cuti sekolah ni memnag sibuk musim orang berpasang-psangan..
den pun sibuk gak dengan macam2 hal akhir bulan ni.. kalau sompet atau x ada aral isyaallahlah tapi kalau den tak dpat pegi jemputan sdr, den ucapkan 'selamat pengantin baru' aje lah
mmmmm.....syoknya jadi pengantin, pas tu gi bulan madu seminggu.. pehhhh tak keluar bilik dibuatnya..
Oh yeke??
Thanks....
Keh keh keh
Den ni muda lagi....That's why semangat reformasi tu tinggi...
Catat Ulasan