Ahad, 14 Disember 2008

Perjuangan PEKIDA ... Keikhlasan atau Hipokrit?

PEKIDA atau nama yang didaftarnya ialah Petubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiyah Malaysia. Perjuangannya memang cukup mengerunkan dan mempunyai asas2 perjuangan suci iaitu ada kepentingan memelihara kesucian Agama Islam. Tidak hairanlah slogan 'AMAL MAKRUF NAHIMUNGKAR' menjadi asas perjuangan pertubuhan ini. Tapi benarkah ahli-ahlinya memperjuangkan atau mengotakan janji-janjinya yang telah di 'Bai'ah' (angkat sumpah) iaitu proses sebelum diterima menjadi ahli.??

Penubuhan Pekida dipercayai berasal dari Utara negara ini. Ianya merupakan satu pertubuhan Melayu yang memperjuangkan hak dan kebajikan di atas nama Islam. Pada awal pergerakannya sebelum didaftarkan secara sah, pergerakan ini digerakan secara rahsia dan lebih dikenali sebagai 'adik beradik', 'geng 3 colour' atau '30' dan hanya boleh dikenali oleh ahlinya sahaja melalui warna atau bahasa isyarat2 tertentu yang dipanggil 'buah'. Ahli Pekida mempunyai beberapa peringkat atau pangkat yang menentukan keistimewaan kedudukannya dalam pertubuhan yang dipanggil 'Abang Long' dan yang paling dihormati bagi sesuatu kawasan dipanggil 'Ayahanda'. Ahli2nya mesti sanggup berkorban jiwa dan raga serta wang ringgit terhadap pergerakan tersebut terutama kepada yang ada status Abang Long atau Ayahanda.


Awie, antara artis yang cukup popular dan aktif dikalangan ahli Pekida. Setahu Kulat, untuk menjadi 'Ayahanda' seseorang itu mestilah memiliki ciri2 kewarakan atau lebih kepada Islamik.

Penglibatan menjadi salah seorang pengikut Pekida sepuluh tahun yang lalu memberi banyak pengalaman kepada Kulat tentang kebaikan dan keburukan pergerakan ini. Kalau dilihat dari slogan yang didokongnya (Amal Makruf Nahimungkar), memang ianya merupakan suatu pergerakan yang memberi impak kepada bangsa Melayu dan agama Islam itu sendiri khususnya. Namun kalau mengikut pengalaman Kulat, boleh dikatakan sebahagian besar ahlinya sendiri melanggar etika perjuangannya serta terlibat lebih banyak menjurus kepada perkara2 gangsterism. Antara aktiviti paling popular dikalangan mereka ialah 'tarik kereta' serta terlibat dalam merebut kawasan dan mencari seberapa ramai ahli baru (yang dikenakan bayaran) untuk di 'bai'ah'. Tidak hairanlah kenapa Pekida sekarang sedang melakukan pemutihan kepada ahli2nya.

KULAT: Seorang ahli Pekida (geng Kulat juga) pernah terlibat dalam satu kes pergaduhan sehingga kepada pembunuhan. Ahkirnya ditangkap dan semasa menjadi tahanan reman, polis pernah mencabarnya supaya ahli2 Pekida datang membebaskannya. Kata anggota polis itu lagi, kalau betul2 jaguh geng '30', dipersilakan masuk geng 'kanun 302'. Pada mulanya dia tidak faham apa maksudnya geng 302 itu. Akhirnya selepas dibebaskan dari reman, baru dia tahu, betapa azabnya semasa menjadi geng 302. Rupanya dia teruk kena belasah dengan geng2 polis semasa dalam bilik soal siasat serta seminggu tak berbaju tidor dalam lokap. Betul juga kata polis tu, kekawan geng Pekida satu batang hidung pun tak nampak Kini kawan Kulat itu pun dah mengambil keputusan dah tarik 'handbrake' dengan Pekida yang dilihatnya lebih banyak 'hopokrit' daripada 'keikhlasan' dan tindak tanduk pergerakan ini dilihat telah jauh menyimpang dari matlamat asal untuk memperjuankan 'Amal Makruf Nahimungkar'.

Sabtu, 13 Disember 2008

"Langau Oh Langau" + 2 x 5 = ?

Isu projek perumahan kawasan berbukit di sekitar Ulu Kelang kini menimbulkan banyak persoalan, siapa sebenarnya yang meluluskan projek2 perumahan di situ terutama selepas tragedi di Bukit Antarabagsa. Kalau kita hendak menuding jari kepada pemimpin Pakan Rakyat, memang langsung tidak masuk akal. Justeru isu ini kembali fokus kepada mantan2 pemimpin BN terdahulu. Bukan hendak mencari salah siapa, tetapi beberapa kejadian ngeri terutama kejadian Higland Tower yang berlaku sudah sepatutnya diambil iktibar serta dikuatkuasakan undang2 berkaitan projek2 perumahan di kawasan cerun bukit.
bukan saya yg luluskan..... saya pun bukan......... oh kau semua nak tuduh aku ya.....

Difahamkan projek perumahan di kawasan Ulu Kelang yang diluluskan oleh pemimpin kerajaan negeri terdahulu sehingga Mac 2008 berjumlah 99 projek. 21 belum lagi bermula dan 3 projek sudah terbengkalai. 10 daripadanya adalah di kawasan Bukit Antarabangsa 64 sedang dalam perlaksanaan sementara 11 lagi di Kawasan Bukit Malawati. Khir Toyo dalam sidang akhbarnya mendakwa projek perumahan di Bukit Antarabangsa diluluskan sebelum beliau lagi. Jadi kalau bukan beliau, siapa pemimpin sebelumnya? Jawapan yang mudah untuk meneka siapa pemimpinnya. Lu fikirlah sendiri......
KULAT: Letih dengar bebudak sekolah tadika nyanyi lagu 'Bangau oh Bangau'. Tapi kini orang dewasa pulak dah ubah nyanyi lagu 'Langau oh Langau'... rumah siap pahat pulak berbunyi.......

Khamis, 11 Disember 2008

MAAFKAN SAYA.....

"Ia sudah berlaku dan saya minta maaf. Memang kami ada peluang untuk menang dalam perlawanan itu, jika tidak kerana kesilapan saya. Ia pengajaran berguna dan saya mahu bangkit daripadanya," itu saja yang dapat dikatakan Helmi Eliza Elias, penjaga gol utama skuad bolasepak kebangsaan negara. Angkara kesilapannya yang mudah itu, laluan skuad negara ke separuh akhir Kejohanan Piala Suzuki AFF kini kian sempit apabila tewas dengan jaringan 2-3 kepada Vietnam.

KULAT: Kalau berstatus pemain kebangsaan menunjukan permainan seperti budak sekolah, jurulatih tak perlu ada lesen A pun boleh mengajar cara2 mengawal gawang yang betul. Kalau dilihat dari situasi mudah gol yang membolosi gawang negara ini, letakan penjaga gol terbaik dunia pun tak akan dapat selamatkan bola yang masuk yang hanya boleh dilihat tetapi tak boleh ditangkap.....hampehhh.

Ahad, 7 Disember 2008

ANTARA DUA DARJAT...

Rumah banglo yang musnah ditimpa tanah

MUSIBAH UNTUK ORANG KAYA:
1. Kerajaan disaran biayai kos penempatan mangsa. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan agar kerajaan menanggung perbelanjaan penempatan sementara untuk mangsa bencana tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. “Dengan sokongan kerajaan seperti menyediakan tempat tinggal sementara sama ada hotel atau sebagainya akan memudahkan mereka yang tidak mempunyai rumah sementara untuk didiami,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian tanah runtuh.

2. Sementara itu difahamkan Pengerusi Barisan Nasional Daerah Ampang, Datuk Ismail Kijo telah menubuhkan tabung anjuran Umno Ampang, Pandan dan Gombak bagi membolehkan rakyat Malaysia yang prihatin dan berkemampuan menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat kejadian itu. Setakat ini yang mendahului derma tersebut adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyumbangkan RM30,000 manakala Umno Ampang, Pandan dan Gombak masing-masing menyumbangkan RM10,000. Kata Pengerusi BN itu, "Kami berasa terpanggil untuk membantu mangsa bencana dan kita sasarkan untuk mengumpul sebanyak yang boleh bagi membantu mangsa meneruskan hidup".

3. "Kerajaan sedang menimbangkan langkah untuk memberi insentif kepada mereka (mangsa tanah runtuh)," kata Pak Lah selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini.

4. Dan berbagai lagi bantuan yang disarankan oleh pihak kerajaan kepada golongan berada yang dilanda musibah ini.

MUSIBAH UNTUK ORANG MISKIN:

Masihkah kita ingat lagi peristiwa penduduk Kg. Barembang?? Penempatan mereka yang sudah berpuluh tahun disitu dilenyapkan bukan kerana bencana alam tetapi oleh kerakusan kuasa manusia. Mereka dihalau dan dihambat seperti pendatang asing. Mereka berpanas dan berteduh hanya di bawah sekeping kain kanvas. Tiada penempatan sementara disediakan seperti dewan orang ramai apatah lagi HOTEL seperti yang disarankan oleh Muhyiddin. Tiada bekalan makanan yang dihulurkan walaupun sekeping biskut. Tiada seorang pun pemimpin UMNO/JKKK di situ yang tampil mempertahankan tindakan kerajaan negeri. Akhirnya hanya kuasa mata sahaja yang mampu memandang dan melihat sahaja mereka diseret dan dihalau oleh pihak FRU manakala rumah ibadah mereka juga terus dirobohkan tanpa belas kasihan.


Bukti gambar kerakusan kuasa manusia:

Rumah Allah dirobohkan



Penduduk Kg. Barembang bersembahyang di tengah padang




Ini saja yang tinggal....mereka membuat sendiri pondok sementara untukberlindung dari panas dan hujan.






Puan Norhayati, seorang penyokong setia UMNO. Berpuluh tahun kita menyokong dia (UMNO), apa yang kita dapat? Bangsa Melayu sendiri yang bunuh Melayu..katanya dalam youtube.

sila lihat Youtube dari 'Kembara Minda Perjuangan' dan klik....
1. KEGANASAN DI KG. BAREMBANG DALAM KENANGAN - 1
2. KEGANASAN DI KG. BAREMBANG DALAM KENANGAN - 2
3. KEGANASAN DI KG. BAREMBANG DALAM KENANGAN - 3
4. KEGANASAN DI KG. BAREMBANG DALAM KENANGAN - 4

Wajah pemimpin yang menghalau penduduk Kg. Barembang dua tahun lalu. Akhirnya simbolik 'penyapu' itu juga yang menghalau bekas pemimpin kerajaan negeri Selangor ini tersungkur ditangan kuasa rakyat.

Kulat: Apa yang melanda di Bukit Antarabangsa itu adalah merupakan musibah bencana alam yang tidak dapat kita elakan. Walaupun mereka yang ditimpa itu adalah dari golongan berada, namun mereka tidak bersalah dalam menerima apa jua bantuan dari pihak-pihak tertentu. Cuma apa yang dikesali ialah sikap para pemimpin kita yang memilih bulu dalam melangsungkan arena politik masing2. Bagaimanakah agaknya nasib penduduk Kg. Barembang yang dihalau dua tahun dulu. Adakah mereka semua sudah ada penempatan baru yang lebih selesa?? Apakah bantuan yang dihulurkan untuk mereka? Wallahualam. Apapun kita ucapkan sekalung takziah untuk mereka yang kehilangan orang tersayang di Bukit Antarabangsa dan sebuah Al-Fatihah untuk keluarga muslimin yang terbabit.

Sabtu, 6 Disember 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1429H

"لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَشَرَيْكَ لَكَ"

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA BLOGGER MUSLIM DAN MUSLIMAH DARI PR/BN/UMNO/BEBAS ATAU APA SAJA PERJUANGAN ANDA SEMOGA KITA SEMUA DILINDUNGI OLEHNYA SERTA DIBERKATI KEHIDUPAN KITA SETERUSNYA. SEMOGA ALLAH SWT DAPAT MEMBETULKAN SEGALA KESILAPAN KITA SEMUA (UMAT MUHAMMAD) DAN KEMBALI BERSATU PADA TALI AGAMANYA INSYAALLAH.

DATUK SRK DILAYAN MACAM 'ANAK RAJA'...

Samping songket berharga RM3,000 bermotif bunga kesidang, berwarna hitam dan diikat stail Allahyarham P. Ramlee akan dipakai buat pertama kali oleh Datuk Shah Rukh Khan ketika menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) esok (6 Disember). Difahamkan samping songket rasmi negeri Melaka bermotif bunga kesidang itu belum pernah dipakai oleh mana-mana penerima gelaran ‘Datuk’ lagi. Majlis penerimaan pingat DMSM akan berlangsung pukul 10 pagi di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Jadi, Datuk Shah Rukh Khan adalah merupakan orang pertama yang menggunakannya kerana tahun ini para penerima gelaran Datuk baru mula hendak menggunakan songket tersebut. Sambutan gilang gemilang itu akan dihadiri seramai 1000 tetamu siap sekali dengan sesi fotografi kepada sesiapa yang teringin untuk bergambar bersama dengan pelakon Bombany itu.

Kakitangan Institut Seni Malaysia Melaka (ISMA) dengan wajah keriangan sibuk dengan persiapannya untuk menerima kehadiran bintang filem Bombay sedang menunjukan fabrik samping dan baju Melayu yang bakal dipakai oleh Datuk Shah Rukh Khan pada 6 Disember ini.

Pengerusi Jawatan Kuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Datuk Kapt (B) Ab. Karim Sulaiman dengan rasa bangganya sedang menunjukan cara pemakaian yang betul samping yang berharga RM3000 itu.

Rasa senyuman yang puas dari bintang Bollywood India ini yang tidak menyangka sama sekali yang mana pengambarannya yang hanya memakan masa tidak lebih dari 5 minit itu rupanya rakyat dunia baru mengenali dimana negeri Melaka sebenarnya. Akhirnya Melaka kini terkenal sebagai Pusat Perfilemen Antarabangsa, woow..!! bangganya rakyat Melaka.

Kulat: Syabas dan Tahniah kepada pelakon Bombay ini kerana menjadi artis rakyat asing pertama menerima anugerah Datuk. Melaka pula menempa sejarahnya tersendiri dan juga sejarah peribadi pemimpinnya. Pelakon Bombay itu merasa bertuah sekali dapat dilayan seperti 'anak raja' dengan tetamu khas seramai 1000 orang yang hanya semata-mata untuk melihat pelakon Bombay itu dikalungkan oleh TYT negeri Melaka. Ianya juga bertepatan dengan slogan kerajaan negeri Melaka iaitu "Melaka Di Mana Segalanya Bermula...." dan di sinilah sejarahnya tercipta.
Difahamkan setelah tersebarnya berita penganugerahan pelakon Bombay ini, Melaka kini telah dilimpahi oleh ramai rakyat India yang datang berbondong-bondong ke Melaka untuk bekerja di restoran-restoran Mamak. Selain daripada itu juga dikatakan kini sudah ramai penerbit2 filem dari luar seperti Hollywood, Hongkongwood, Taiwanwood dan Banglawood kini sedang sibuk mencari tapak2 lokasi di Melaka untuk dijadikan lokasi set filem2 mereka.
Manalah tahu 'untung sabut timbul, untung batu tengelam' dapat pulak mereka nanti anugerah Datuk dan merasalah jugak untuk memakai samping yang berharga RM3000 tu. Kepada penerbit atau pelakon2 tempatan jangan pulak irihati kerana ini merupakan strategi kerajaan negeri Melaka untuk mendapatkan 'promosi' percuma. Kalau korang je yang berlakon di Melaka, sapa yang nak tengok? Bukannya sampai ke luar negerapun... agaknya gitulah. Wallahualam.

Rabu, 3 Disember 2008

'MELAYU' Memang Menjadi 'TUAN' Dalam Ini Negara...

Chua Soi Lek: Bangsa MELAYU adalah sememangnya 'TUAN' kepada semua rakyat Malaysia.

Itulah yang dikatakan oleh Datuk Seri Chua Soi Lek yang mempertahankan kenyataannya dan mendakwa telah dieksploitkan oleh akhbar utama berbahasa Melayu serta berbeza pula maksudnya dengan akhbar berbahasa Cina. Kenyataan Chua Soi Lek itu sedikit sebanyak melegakan para pejuang Ketuanan Bangsa Melayu di dalam ini negara. Sekurang-kurangnya ianya diakui sendiri oleh bangsa lain yang sendiri sedar ( mereka kaum pendatang) bahawa mereka menjadi hamba atau orang suruhan kepada TUAN ini punya tanah. "Jadi kedudukan orang Melayu di sini timbul daripada hakikat bahawa Negara ini Kerajaan di perintah oleh Raja-raja, jadi orang Melayu sebagai rakyat kepada Raja ada keistimewaan. Kebanyakan orang bukan Melayu seperti Tan Cheng Lock dan yang lain-lain mereka adalah rakyat British kerana Negeri Selat Tanah Jajahan British. Oleh itu kedudukan mereka dengan orang Melayu tidak sama kerana orang Melayu adalah rakyat dan mereka ada hak-hak tertentu yang tidak ada pada orang lain, itulah permulaannya. Selepas 1957 orang bukan Melayu mula diserap sebagai warganegara………." Kenyataan Prof. Emeritus Datuk Khoo Kay Kim dalam Akhbar Siasah, 3-16 November 2006.

KULAT: Nampaknya isu 'racist' ni.. menjadi kemarahan kepada para pejuang Ketuanan Melayu. Mereka tetap mahu menjadi TUAN kerana mendakwa ini tanah nenek moyang dan pusaka harus dijaga. Walaupun hakikatnya banyak tanah Melayu dah tergadai, bangsanya yang tercicir dari segi ekonomi, budaya dan agamanya dirogol dan berbagai-bagai lagi masalahnya namun mereka tetap tidak peduli. Apa nak jadi, jadilah namun apa yang mereka mahukan Melayu tetap akan menjadi Tuan dalam ini negara. Bangsa lain jangan cuba nak mempertikaikan Ketuanan Melayu. Isu yang panas ini, Kulat begitu tertarik sekali dengan satu post dari Labun Kulup Sakah dengan tajuk 'MELAYU TUAN YANG BODOH' .(maklumat seterusnya.......sila klik sini) Kepada penjuak Ketuanan Melayu, mari kita berfikir dan renungkan seketika di manakah kedudukan bangsa Melayu itu sendiri setelah 51 tahun Tanah Melayu ini merdeka. Wallahualam.

Selasa, 2 Disember 2008

SABAH & SARAWAK PATUT BERTERIMA KASIH PADA ANWAR IBRAHIM..??

Negeri Sabah dan Sarawak sepatutnya berterima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana memberi peluang 'berubah' yang drastik. Bukan senang untuk mendapat royalti minyak 20% dalam keadaan seperti sekarang begitu juga kemudahan dan kelebihan lain yang ditawarkan. Jika Barisan Nasional (BN) terus memerintah sampai bila pun kelebihan yang Pakatan Rakyat (PR) tawarkan tidak akan diperolehi. Seorang Pensyarah UUM yang berasal dari Sabah juga berpendapat iaitu 'kita mesti bawa perubahan'. Sabah dan Sarawak tidak boleh terus diperkudakan oleh kerajaan BN untuk memerintah negara. Namun antara banyak perbincangan/diskusi, beberapa persoalan mengenai undi rakyat Sabah dan Sarawak kepada BN, menarik perhatian oleh seorang pelajar yang berasal dari negeri Di Bawah Bayu untuk mengulas keadaan pengundi di benua Borneo itu sendiri. Adakah suatu kebodohan atau kebijaksanaan rakyat Sabah dan Sarawak mengundi BN pada PRU 12 yang lalu?. Jika ia suatu kebodohan atau kebijaksanaan, mengapa begitu? (sebuah ulasan menarik dari seorang pemuda bernama Ajeem....klik sini)

Ini adalah fenomena biasa realiti kehidupan di sebuah perkampungan pendalaman di Sabah seiring dengan pencapaian 51 tahun kemerdekaan negara.


KULAT: Kalau hendak dibandingkan kemajuan Sabah dan Sarawak dari Semenanjung, memang jauh berbeza. Walaupun bentuk geografinya menjadi faktor kemajuan namun ianya bukan suatu halangan untuk pemerintah membuat kemajuan sewajarnya terutama pambangunan di ceruk pendalaman. Royalti minyak juga merupakan hak negeri mereka yang patut difikirkan oleh rakyat Sabah dan Sarawak.

Selasa, 25 November 2008

SI PEMBOHONG YANG DAPAT PEMBELAAN...

Dewan Rakyat hari Selasa menolak usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Bukit Jelutong, Karpal Singh untuk merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi ketika membuat keputusan itu berkata, kenyataan Nazri bahawa bekas Ketua hakim Negara dan lima hakim yang lain diminta berhenti bukan dipecat semasa dibahaskan minggu lalu, bahawa beliau 'tidak berniat' untuk mengelirukan dewan.....seterusnya klik sini.

"Hei..!! Piiiiiiirrahhh....lu orang loghat sangat apa hal..?? Lain kali jangan lawan speaker, kan dah kena gantung tak leh masuk dewan. Tengok cam aku ni.. ngaku aje lah... tak kena apa2 pun.??"

KULAT: Terang dan nyata bahawa Datuk Seri Nazri Abd Aziz memang berbohong di Dewan Rakyat mengenai isu hakim dipecat berdasarkan dari pengakuannya sendiri. Bila ditanya berkali2, dalam keadaan sedar, beliau tetap dengan pendiriannya bahawa hakim tersebut tidak dipecat tetapi akhirnya mengaku tersilap dan tidak berniat untuk mengelirukan fakta. Itupun setelah diperbetulkan sendiri oleh Mantan PM, Dr.Mahathir yg membuat pengakuan bahawa hakim itu dipecat. Kenyataan Yeop ini memang sahih mengelirukan dan ianya disaksikan sendiri oleh rakyat dari seluruh negara. Namun seperti yang telah diduga beliau selamat dari dikenakan tindakan, malah orang yang mempertikaikan... (klik sini) tindakan speaker pulak yang kena tindakan.
Menurut kenyataan Timbalan Speaker: YB Menteri, Ahli Parlimen Padang Rengas itu didapati tidak berniat untuk mengelirukan dewan yang mulai ini. Beliau didapati hanya membuat kesilapan 'fakta' sahaja. (Kesilapan Fakta..?? Isu dah berpuluh tahun, tapi tak tahu fakta. Memang betul, ada orang kata peguam adakalanya kena 'putar belit' untuk menang kes... betul ke?
Itulah sebuah parlimen yang ada di dalam negeri yang bernama Malaysia. Malah dengan perasaan bongkak pula si Yeop Padang Renggas ini juga langsung tidak mahu meminta maaf kerana merasakan tidak ada keperluan meminta maaf....? (klik sini) baginya untuk berbuat demikian. Apa yang pastinya, Yeop ni telah mengaku silap. Maknanya dia telah mengelirukan rakyat di dewan yang dianggap mulia. Namun oleh kerana dia terlalu patuh dengan peraturan parlimen dan Speaker, akhirnya dengan senyum, Yeop ni idakle dikenakan apa-apa tindakan. Esok lusa dan sepanjang perbahasan parlimen nanti, kalau lain-lain MP yang silap fakta atau cuba mengelirukan lagi dewan, tidak mengapa asalkan jangan melawan taukei (speaker) sudah. Wallahualambissawabb.

Ahad, 23 November 2008

6 KETUA MENTERI, 6 ADUN, BABI TETAP TERPELIHARA

Terserlahnya sikap double standard pihak kerajaan BN yang masih terus berlaku zalim dan kejam terhadap rakyat. Kerajaan negeri sanggup menganyang khasnya orang melayu itu sendiri demi menjaga kepentingan politiknya. Sekarang jelas juga kepada kita, pihak berkuasa milik kerajaan BN ini lebih gentar kepada tuntutan penternak babi dari rayuan dan rintihan rakyat marhain di Kampung Kuala Sungai Baru, Melaka yang hidup bergelomang dengan bau najis babi sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Bayangkan seorang anak jati kelahiran di situ yang sekarang sudahpun berusia 42 tahun, penternakan babi di kawasan itu masih lagi beroperasi seusia pemuda tersebut.
Ini bermakna ternakan babi di situ sudah ada sejak sebelum pemuda itu lahir lagi. Siapa sebenarnya yang hendak masyarakat persalahkan? Penternak atau pihak-pihak yang terbabit seperti pengeluar lesen, Pejabat Tanah, Jabatan Haiwan, Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Daerah, Pihak Majlis Perbandaran dan apa sahaja yang berkaitan. Apa yang pastinya agensi-agensi ini ada hubungan langsung dengan pihak kerajaan negeri. Mengapa mereka ini tidak mengambil tindakan sewajarnya dari dahulu lagi? Operasi bersepadu bagi mengurangkan ternakan khinzir daripada lebih 100,000 ekor kepada 48,000 ekor di kawasan Bukit Beruang, Paya Mengkuang dan Man Lok di Melaka pada tahun lepas adalah merupakan peluang terbaik kerajaan negeri untuk melaksanakan tuntutan rakyat.
Namun ianya terpaksa ditangguhkan apabila berlaku ketegangan di antara penternak dengan pihak berkuasa. Namun pihak berkuasa terpaksa pulang dengan hampa apabila enam jentera pengorek yang dibawa untuk menggali lubang bagi menghapuskan babi di ladang tersebut serta enam trak polis, termasuk yang dilengkapkan dengan meriam air tidak dapat menyempurnakan tugas untuk membunuh babi-babi sepertimana yang dirancang.
Apakah maknanya semua ini yang timbul berbagai persoalan dari rakyat kenapa dan mengapa kerajaan negeri takut untuk bertindak? Kini sudah 6 Ketua Menteri Melaka dan beberapa ADUN kawasan tersebut telah bertukar tangan, namun babi di situ tetap gagah berdiri dan Melaka tetap akan terkenal lagi sebagai pengespot utama babi di Asia Tenggara. Syabas, kerajaan negeri dan bertepatan dengan slogannya Melaka Dimana Segalanya Bemula.!!
Demontrasi oleh UMNO DUN Kuala Linggi yang dibuat di Pekan Kuala Sungai Baru pada 23 November 2008 (Ahad), yang turut disertai perbagai pertubuhan kawasan tersebut.














Inilah Sungai Tuang, saluran utama sisa najis babi yang mengalir ke laut


Sisa-sisa najis babi terus mengalir keluar ke pantai Sungai Tuang sejak sedekad lalu


Inilah "Pahlawan Babi"- Operasi kerajaan negeri yang gagal, hanya kerana semata-mata untuk mengambil hati pengundi kaum Cina. Mereka akhirnya berjaya menghalang pihak kerajaan bertindak ke atas mereka dan sehingga kini BABI tersebut dapat hidup aman dan damai di Kampung Paya Menkuang, Kuala sungai Baru...


KULAT: Hairan juga dengan kepimpinan kerajaan negeri Melaka ni terutama Calon Timbalan Presiden UMNOnya . Kisah babi yang belum dilaksanakan di negeri Selangor dan Kedah, bukan main kritik lagi. Tapi di negeri sendiri yang sudah wujud sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu tak dapat diselesaikannya walau 5 Ketua Menteri sudahpun bertukar tangan . Apa dah jadi dengan ADUN kawasannya?? Bagaimana dengan perbelanjaan pilihanraya kawasan?? Adakah kerajaan negeri atau YB2 kawasan ini suatu ketika dulu pernah mendapat sumbangan dari mereka?? Wallahualam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN