Memaparkan catatan dengan label Pekida. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pekida. Papar semua catatan

Rabu, 11 Januari 2012

BEGAIM ALI TINGGALKAN PENYOKONG KONTANG KANTING

PENYOKONG PEKASA YG BERJUMLAH PULUHAN RIBU BERHIMPUN DI MAJSID

PENYOKONG PR YG BEERJUMLAH HANYA X SEBERAPA KERAT NIELAH YG HENDAK DITEMPUH OLEH PENYOKONG PERKASA


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah memberi amaran dan berikrar akan menyekat perarakan gerakan Bebas Anwar 901, semasa menunggu keputusan hakim. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, mereka memulakan misi mempertahankan keamanan negara selepas menunaikan solat Subuh di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum berarak sehingga ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Namun kelihatan yang ada pada hari itu hanyalah berpuluh ribu penyokong beliau yg cuba embuat provokasi di masjid tersebut. tetapi, kelibat Abang Beghaim Ali langsung tak nampak...??? ..mmmmm perjuangan tahi kucing rupanya..

Ahad, 14 Disember 2008

Perjuangan PEKIDA ... Keikhlasan atau Hipokrit?

PEKIDA atau nama yang didaftarnya ialah Petubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiyah Malaysia. Perjuangannya memang cukup mengerunkan dan mempunyai asas2 perjuangan suci iaitu ada kepentingan memelihara kesucian Agama Islam. Tidak hairanlah slogan 'AMAL MAKRUF NAHIMUNGKAR' menjadi asas perjuangan pertubuhan ini. Tapi benarkah ahli-ahlinya memperjuangkan atau mengotakan janji-janjinya yang telah di 'Bai'ah' (angkat sumpah) iaitu proses sebelum diterima menjadi ahli.??

Penubuhan Pekida dipercayai berasal dari Utara negara ini. Ianya merupakan satu pertubuhan Melayu yang memperjuangkan hak dan kebajikan di atas nama Islam. Pada awal pergerakannya sebelum didaftarkan secara sah, pergerakan ini digerakan secara rahsia dan lebih dikenali sebagai 'adik beradik', 'geng 3 colour' atau '30' dan hanya boleh dikenali oleh ahlinya sahaja melalui warna atau bahasa isyarat2 tertentu yang dipanggil 'buah'. Ahli Pekida mempunyai beberapa peringkat atau pangkat yang menentukan keistimewaan kedudukannya dalam pertubuhan yang dipanggil 'Abang Long' dan yang paling dihormati bagi sesuatu kawasan dipanggil 'Ayahanda'. Ahli2nya mesti sanggup berkorban jiwa dan raga serta wang ringgit terhadap pergerakan tersebut terutama kepada yang ada status Abang Long atau Ayahanda.


Awie, antara artis yang cukup popular dan aktif dikalangan ahli Pekida. Setahu Kulat, untuk menjadi 'Ayahanda' seseorang itu mestilah memiliki ciri2 kewarakan atau lebih kepada Islamik.

Penglibatan menjadi salah seorang pengikut Pekida sepuluh tahun yang lalu memberi banyak pengalaman kepada Kulat tentang kebaikan dan keburukan pergerakan ini. Kalau dilihat dari slogan yang didokongnya (Amal Makruf Nahimungkar), memang ianya merupakan suatu pergerakan yang memberi impak kepada bangsa Melayu dan agama Islam itu sendiri khususnya. Namun kalau mengikut pengalaman Kulat, boleh dikatakan sebahagian besar ahlinya sendiri melanggar etika perjuangannya serta terlibat lebih banyak menjurus kepada perkara2 gangsterism. Antara aktiviti paling popular dikalangan mereka ialah 'tarik kereta' serta terlibat dalam merebut kawasan dan mencari seberapa ramai ahli baru (yang dikenakan bayaran) untuk di 'bai'ah'. Tidak hairanlah kenapa Pekida sekarang sedang melakukan pemutihan kepada ahli2nya.

KULAT: Seorang ahli Pekida (geng Kulat juga) pernah terlibat dalam satu kes pergaduhan sehingga kepada pembunuhan. Ahkirnya ditangkap dan semasa menjadi tahanan reman, polis pernah mencabarnya supaya ahli2 Pekida datang membebaskannya. Kata anggota polis itu lagi, kalau betul2 jaguh geng '30', dipersilakan masuk geng 'kanun 302'. Pada mulanya dia tidak faham apa maksudnya geng 302 itu. Akhirnya selepas dibebaskan dari reman, baru dia tahu, betapa azabnya semasa menjadi geng 302. Rupanya dia teruk kena belasah dengan geng2 polis semasa dalam bilik soal siasat serta seminggu tak berbaju tidor dalam lokap. Betul juga kata polis tu, kekawan geng Pekida satu batang hidung pun tak nampak Kini kawan Kulat itu pun dah mengambil keputusan dah tarik 'handbrake' dengan Pekida yang dilihatnya lebih banyak 'hopokrit' daripada 'keikhlasan' dan tindak tanduk pergerakan ini dilihat telah jauh menyimpang dari matlamat asal untuk memperjuankan 'Amal Makruf Nahimungkar'.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN