Memaparkan catatan dengan label Mantan MB Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mantan MB Selangor. Papar semua catatan

Khamis, 15 Julai 2010

KUDIS KHIR TOYO YG DULU, TAK ADA SAPE YG KOREK



Fuhh..!! dah lama betul tak dengar kelantangan Wak Khir Toyo. Sejak Isu curi pasir nie.. Wak seperti mendapat tenaga baru. Maklumlah sekali shoot je, terus meletup sehinggakan TV3suku macam dah tak muat cerita nak disumbatkan dalam TV tu. Liputannya terus HotLine. Macam goreng pisang panas. Habis laku.
Tapi rupanya Wak Khir kita nie, seperti kata mantan PM, Tun Mahathir, 'Melayu Memang Mudah Lupa". Sejak menjadi Ketua Pembangkang dalam kerajaan negeri Selangor, Wak Khir kita tidak putus2 asyik melihat KUDIS orang lain, sehingga dia terlupa orang lain telah lama melihat KUDIS dia terlebih dahulu.
Kalau nak lihat KUDIS dia, sila klik di sini. Hah... amacam ada nampak tak KUDIS Wak Khir Toyo?? Lu fikirlah sendiri.... 'SIAPA SEBENARNYA HERO JUARA PASIR NI????

Sabtu, 13 Disember 2008

"Langau Oh Langau" + 2 x 5 = ?

Isu projek perumahan kawasan berbukit di sekitar Ulu Kelang kini menimbulkan banyak persoalan, siapa sebenarnya yang meluluskan projek2 perumahan di situ terutama selepas tragedi di Bukit Antarabagsa. Kalau kita hendak menuding jari kepada pemimpin Pakan Rakyat, memang langsung tidak masuk akal. Justeru isu ini kembali fokus kepada mantan2 pemimpin BN terdahulu. Bukan hendak mencari salah siapa, tetapi beberapa kejadian ngeri terutama kejadian Higland Tower yang berlaku sudah sepatutnya diambil iktibar serta dikuatkuasakan undang2 berkaitan projek2 perumahan di kawasan cerun bukit.
bukan saya yg luluskan..... saya pun bukan......... oh kau semua nak tuduh aku ya.....

Difahamkan projek perumahan di kawasan Ulu Kelang yang diluluskan oleh pemimpin kerajaan negeri terdahulu sehingga Mac 2008 berjumlah 99 projek. 21 belum lagi bermula dan 3 projek sudah terbengkalai. 10 daripadanya adalah di kawasan Bukit Antarabangsa 64 sedang dalam perlaksanaan sementara 11 lagi di Kawasan Bukit Malawati. Khir Toyo dalam sidang akhbarnya mendakwa projek perumahan di Bukit Antarabangsa diluluskan sebelum beliau lagi. Jadi kalau bukan beliau, siapa pemimpin sebelumnya? Jawapan yang mudah untuk meneka siapa pemimpinnya. Lu fikirlah sendiri......
KULAT: Letih dengar bebudak sekolah tadika nyanyi lagu 'Bangau oh Bangau'. Tapi kini orang dewasa pulak dah ubah nyanyi lagu 'Langau oh Langau'... rumah siap pahat pulak berbunyi.......

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN