Memaparkan catatan dengan label Berita Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Semasa. Papar semua catatan

Rabu, 6 Ogos 2014

PKR memang PARTI KELAM RIBUT


Sidang media PKR Selangor yang sepatutnya dibuat untuk menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor menjadi kelam-kabut apabila kenyataan media bertulis dengan mesej lain, iaitu turut mencadangkan nama iaitu Azmin sebagai menteri besar menggantikan Khalid. Ketika kelam-kebut itu berlaku ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Yahya Saari mengeluarkan kenyataan menuduh pula piak "wartawan yang mengedarkan kenyataan media" DI SINI

Selasa, 5 Ogos 2014

APA DAH JADI, AHLI PKR SENDIRI YANG BUAT KECOH.....




Dari pemilihan parti cabang bercabang sehinggalah kepada kepimpinan tertinggi parti. Apa yang dapat diperhatikan, 'kuasa' menjadi agenda utama  mereka. 

Isnin, 4 April 2011

KLIP VIDEO SEKS ANWAR ADA TERTERA BAHASA SIAM

Siapa tak kenal Blogger yang bernama papagomo? (www.papagomo.com). Sudah tentu lah dia ni adalah merupakan penjuak dan blogger UMNO dulu kini dan selamanya. Papagomo dikatakan telah mula menyebarkannya video sepanjang 1.47 (satu minit empul tujuh saat) yang di tuduh adalah video seks Dato Seri Anwar Ibrahim di dalam blognya.


Macamana klip video tersebut boleh terlepas pada penjuak2 UMNO ni? Sedangkan menurut Mat Siam tu salinan tape ni hanya ada satu sahaja padanya. Aku tak mahu nak bersubahat muat turun video tu. Kalau korang semua mahu tengok pergilah klik ke sini...


ps: Tapi yg peliknya klip video tu ada tertera "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011". Kalu Rahim Tambychik, tak mungkin kerana dia tak tahu berbahasa Thai. Tapi kalu Shazril Eskay, Mat Siam tu sorang rasanya yang tahu segala-galanya..... wallahuaalam.

Khamis, 20 Januari 2011

PILIHANRAYA KECIL KINI DI MELAKA PULA



AL-FATIHA
YB. Datuk Mohammad Hidhir Abu Hasan, ADUN Merlimau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka telah kembali kerahmatullah pada 8.00 malam tadi (20 Jan. 2011) di Hospital Putera akibat penyakit jantung.

Rabu, 19 Januari 2011

SULTAN SELANGOR BERSEPENDAPAT DENGAN KHALID?


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan 'lampu hijau' (perkenan) baginda untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang dijadualkan pada 24 Januari ini. Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini mengesahkan baginda telah menandatangani perisytiharan pada 14 Jan lepas untuk persidangan itu diadakan selepas mendapat 'permohonan' daripada pihak Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.
Ekoran krisis perlantikan SUK yang didakwa tidak mengikut prosedur, Justeru dengan kata lain, Baginda seperti bersetuju dan bersependapat dengan cadangan MBnya itu untuk mengembalikan semula kuasa Sultan yang terhakis sewaktu 'krisis perlembangaan' pada 1993 dahulu.

Khamis, 6 Januari 2011

BEGHAIM ALI 'TALAM DUA MUKA'..?





Memang sahlah mereka ni bermuka-muka mempertahankan Sultan dan Institusi Raja Melayu di negara ini . Atas nama Ketuanan Melayu itu jugalah pemimpin-pemimpin ini yang kononnya membuktikan merekalah perjuang sejati yang mempertahankan Kuasa Raja-raja Melayu sehingga ke titisan darah terakhir, rupanya boleh diibaratkan 'TALAM DUA MUKA'.


Kenapa tidaknya, mereka berkokok hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan politik mereka. Kalau dulu mereka jugalah yang menentang dan mengugut Institusi Raja seperti buktinya di sini, kini mereka jugalah cuba hendak menjadi JUARA RAKYAT untuk meraih simpati politik dari rakyat, Isu Sultan hanyalah alat propaganda untuk kelansungan politik pemimpin mereka semata-mata.


Isnin, 3 Januari 2011

KALAU SULTAN DIKATAKAN 'NATANG' ITU BIASA AJE

Kali ini isu SUK Selangor semakin hangat dipolitikkan baik dari pihak kerajaan negeri Selangor mahupun puak2 dari parti politik ataupun NGO yg bertunjangkan UMNGOK. Umumnya semua dah dapat agak, laporan polis dah macam satu kemestian bagi puak UMNGOK apabila satu2 isu itu kononnya menyentuh sensitiviti Orang Melayu dan Raja2 Melayu.

Hari ini Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis berhubung kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang dianggap menghina Sultan Selangor dalam laman blognya.

Pengerusi GAPS, Hamizun Khairuddin berkata, Shuhaimi dalam kenyataannya menerusi laman blog http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember lepas didakwa terang-terangan menentang keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memperkenankan pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru. Tapi umumnya rakyat semua tahu yg Sultan sebenarnya tiada kuasa melantik dan menolak seperti kenyataan di sini.


Tapi cerita yg di Terengganu semasa pemilihan MB seperti dalam gambar di atas, ramai penyokong UMNGOK mengamuk hendakkan DERIS sehingga menimbulkan marahnya kepada Sultan/Agong tidak pula mereka membuat laporan polis dan bahasa yg kesat (BINATANG)secara terang2an itu tidak pula dianggap MENGHINA RAJA2 MELAYU. Inilah sebenarnya sikap TALAM DUA MUKA UMNGOK.

Isu SUK selangor: Khusrin Munawi seperti 'HidungTak Mancung Pipi Tersorong2'


Khusrin seolah-olah seperti "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" apabila menerima pelantikan SUK Selangor. Apabila MB Selangor membuat keputusan untuk memboikot majlis angkat sumpah Khusrin dan enggan menerima kehadiran Khusrin dalam majlis kerajaan negeri selepas bertemu dengan Baginda Sultan. Buntut Khusrin sepatutnya sudah mulai panas apabila duduk di kerusi pejabat SUK Selangor.
MB Selangor dijangka akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.
Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, di mana baginda bertitah beliau 'tidak mempunyai kuasa' untuk menerima ataupun menolak perlantikan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan, Berita ini juga membuktikan bahawa sudah terang lagi bersuluh bahawa kuasa Baginda Sultan telah dirampas oleh UMCO si "penderhaka sewaktu krisis Perlembagaan pada tahun 1993".
Hasil krisis dan pindaan Perlembagaan itu, Baginda Sultan kini TIDAK MEMPUNYAI KUASA untuk menolak atau menerima pelantikan yang dibuat oleh SPA. Bukankah situasi ini menunjukkan bahawa baginda seolah-olah berada dalam era penjajahan British?
Jadi, siapa penderhaka, siapa yang menjadikan sultan seolah-olah "boneka", UMCO atau PAKATAN RAKYAT!?
catatan p/s dari: blog:duniacacamarba

Isnin, 18 Oktober 2010

YB BEGHAIM ALI SAKIT..??

Dengor khabornya Presiden PERKASA lagi gagah yg baru ditarik Bintang Kebesarannya oleh Sultan Kelantan ke V baru-baru ini telah di masukan ke hospital untuk menjalani pembedahan jantung. Semoga pembedahan yg dijalaninya itu akan berjaya dan diharapkan Datuk Beghaim Ali akan dapat aktif semula seperti sebelumnya. Insyaallah. 'Selamat menjalani pembedahan'.

Ahad, 19 September 2010

TENGKU MUHAMMAD FARIS: ANTARA FOTO UTUSAN & FOTO TOPENG PERAK, YG MANA BERNILAI..??

Dua situasi berbeza yg boleh kita lihat disini. Gambar di atas yg dikeluarkan oleh Utusan, menunjukkan Tengku Muhammad Faris Petra yg baru dimasyurkan sebagai Sultan Kelantan sedang bersalaman dengan rakyat jelata selepas menunaikan solat Jumaat. Kelihatan Menteri Besar, TGNA terkebelakang dari baginda.
Manakala gambar di atas pula yg dikeluarkan oleh Topeng Perak [TPU] iaitu Menyedari Tuan Guru Menteri Besar berada agak terkebelakang, dengan segera Tuanku Faris memanggil Tuan Guru Menteri Besar agar bersama dengan Baginda dihadapan agar mudah para makmum bersalaman dengan mereka... "Tok Guru mari dok sebeloh kito sini", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar...*Tuan Guru pada mulanya memberi laluan kepada Tuanku Faris kerana menghormati Baginda Sultan. (Gambar ini tidak disiarkan dalam akhbar Utusan.)

"Sebeloh ni Tok Guru", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar sambil Baginda Tuanku Faris dan yang lainnya mempersilakan Tuan Guru kehadapan... (Gambar ini juga tidak disiarkan dalam utusan).

Kulat: Kalau dilihat pada gambar yg dikeluarkan oleh Topeng Perak dan Utusan, dua cerita yg berbeza. Gambar yg dikeluarkan oleh Topeng Perak [TPU] ini seperti yg tidak dapat digambarkan dengan kata2 betapa mulia dan budimannya Sultan Kelantan yg baru ini serta mempunya nilai keharmonian di antara Kerajaan negeri dengan pihak Istana berbanding dengan gambar yg dikeluarkan oleh Utusan di atas. Bayangkanlah apa akan jadi jika gambar yg dikeluarkan oleh Topeng Perak ini disiarkan oleh Utusan.?? Rasanya UMNO semakin gelisah..... Wallahuaalam.

Khamis, 14 Januari 2010

AYO YO..!! 40,000 MACHA & MINACHI GHAIB..!!

Ayo yo..! Manyak tarak sangka punya, sejumlah 39,046 warganegara India "hilang" di sini selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh.
Menurut daripada rekod Jabatan Imigresen, mereka tidak dapat dikesan mengikut anggaran yang dibuat pada Jun tahun lepas.

Kebanyakan 'macha' dan 'minachi' yang datang berduyun-duyun ke negara ini adalah pelancong India dari bandaraya seperti Bangalore, Mumbai dan Delhi tetapi yang banyak menimbulkan masalah menurut Jabatan Imigresen ialah mereka yang datang dari Wilayah Chennai.
Tapi aku rasa mereka semuanya bukan hilang tapi dah dapat kerja baik punya kat negara ini. Tengok saja kat restoran2 mamak, berlambak macha yg berkerja. Nak trest diaorang ni senang aje. Bila kita order lain dia hantar barang lain. Tu comfirm macha dari wilayah Chennai yang hilang tu.





Fulamakk..!! Ini betul2 possing maut punya. Tengok dalam gambar sebelah ni, bukan main bergaya lagi 3 orang macha ni dengan telefonnya. Orang Malaya kata, tak baik amik gambar 3 orang. nanti salah sorang mati atau hilang. Tulah sebab yang ramai sangat macha hilang kat Malaya ni. Tapi.. gambar ni aku kompius pulak, mereka ni sebenarnya macha ke bangla..?? hiks.. hiks ..hiks... betul-betul kompiuslah..!!

Ahad, 4 Oktober 2009

30 TAHUN RAKYAT KELANTAN DIHURUNG LALAT..??

Berita TV arus perdana malam tadi ada menyiarkan satu berita aduan dari sebuah kampung di Machang, Kelantan mengadu tak tahan dihurung lalat sejak 30 tahun yang lalu. Mak oii..!! 30 tahun??

Bayangkanlah selama tempoh itu, penduduk2 di kampung tersebut ada yang membesar bersama-sama lalat2 yg silih berganti hidupnya bersama dengan penduduk di situ.

Menurut penduduk disitu, sudah berpuluh2 kali aduan telah dibuat pada pihak berwajib terutama PBT tempatan namun ibarat mencurah air di daun keladi.

Tempoh 30 Tahun, rasanya aduan awal yang dibuat sudah tentulah bermula dari kerajaan sebelum ini iaitu BN sehinggalah selepas PAS memerintah sehingga ke hari ini aduan berkaitan masih lagi diteruskan, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan. Apa dah jadi dengan pemerintahan kerajaan negeri (PAS)? Pegawai2 PBT tak tahu buat kerja ke? Kepada Kerajaan negeri tolong jenguk2lah pegawainya yg malas buat kerja tu dan lihatlah persekitaran kawasan masing2 yang sebelum ini banyak aduan kebersihan di Kelantan seperti terabai.

Harap2 kerajaan negeri yang bangga dengan status negeri 'serambi mekah' janganlah hanya pandai mengajak rakyat memelihara kesucian agama Islam jika imej kebersihan yang menjadi amalan Islam itu sendiri tidak dititik beratkan. Wallahuaalam.

Selasa, 28 Julai 2009

SEMOGA ALLAH MENERIMA YASMIN SEBAGAI HAMBANYA

RAMAI PEMINAT SENI BERASA SEDIH DI ATAS KEHILANGAN PENGARAH TERKENAL, YASMIN AHMAD, 51 TAHUN, YANG TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH KERANA SERANGAN ANGIN AHMAR. PENGARAH KREATIF ITU PASTI AKAN DIKENANG BILA MENONTON FILEM2NYA YG PENUH KONTROVERSI DAN IKLAN2 PERAYAAN YANG CUKUP MENGAMIT PERASAAN.

NAMUN DISEBALIK KEHILANGANNYA ITU, PENDEDAHAN AKHBAR 'KOSMO' MENINGGALKAN PERSOALAN SERTA KEKELIRUAN PEMINAT SENI YANG TIDAK MENGETAHUI SIAPAKAH GERANGAN SEBENARNYA DISEBALIK PEMILIK NAMA 'YASMIN AHMAD' INI.


APAKAH BENAR YASMIN SEBENARNYA ADALAH SEORANG LELAKI YANG NAMA ASALNYA IALAH ZULKIFLI AHMAD? JIKA BENAR, KEMATIANNYA MENINGGALKAN SATU KEJUTAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA MASYARAKAT ISLAM YANG MUNGKIN MENIMBULKAN SERIBU PERSOALAN.


NAMUN BEGITU, SEBAGAI MANUSIA, KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI SEGALA PERANGCANGAN DARI ALLAH SWT ADALAH YANG TERMAKTUB. SEGALA RAHSIA DAN SEJARAH KEHIDUPANNYA HANYALAH ALLAH SWT DAN TUAN YANG EMPUNYA BADAN SAJA YANG TAHU. SEMOGA ALLAH MENGAMPUMKAN SEGALA DOSA2NYA SERTA DI TEMPATKAN BERSAMA ORANG2 YANG DIPILIH OLEH ALLAH SWT. WALLAHUALAM, AL-FATIHAH.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN