Isnin, 3 Januari 2011

Isu SUK selangor: Khusrin Munawi seperti 'HidungTak Mancung Pipi Tersorong2'


Khusrin seolah-olah seperti "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" apabila menerima pelantikan SUK Selangor. Apabila MB Selangor membuat keputusan untuk memboikot majlis angkat sumpah Khusrin dan enggan menerima kehadiran Khusrin dalam majlis kerajaan negeri selepas bertemu dengan Baginda Sultan. Buntut Khusrin sepatutnya sudah mulai panas apabila duduk di kerusi pejabat SUK Selangor.
MB Selangor dijangka akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.
Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, di mana baginda bertitah beliau 'tidak mempunyai kuasa' untuk menerima ataupun menolak perlantikan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan, Berita ini juga membuktikan bahawa sudah terang lagi bersuluh bahawa kuasa Baginda Sultan telah dirampas oleh UMCO si "penderhaka sewaktu krisis Perlembagaan pada tahun 1993".
Hasil krisis dan pindaan Perlembagaan itu, Baginda Sultan kini TIDAK MEMPUNYAI KUASA untuk menolak atau menerima pelantikan yang dibuat oleh SPA. Bukankah situasi ini menunjukkan bahawa baginda seolah-olah berada dalam era penjajahan British?
Jadi, siapa penderhaka, siapa yang menjadikan sultan seolah-olah "boneka", UMCO atau PAKATAN RAKYAT!?
catatan p/s dari: blog:duniacacamarba

Tiada ulasan:

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN