Rabu, 19 Januari 2011

SULTAN SELANGOR BERSEPENDAPAT DENGAN KHALID?


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan 'lampu hijau' (perkenan) baginda untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang dijadualkan pada 24 Januari ini. Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini mengesahkan baginda telah menandatangani perisytiharan pada 14 Jan lepas untuk persidangan itu diadakan selepas mendapat 'permohonan' daripada pihak Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.
Ekoran krisis perlantikan SUK yang didakwa tidak mengikut prosedur, Justeru dengan kata lain, Baginda seperti bersetuju dan bersependapat dengan cadangan MBnya itu untuk mengembalikan semula kuasa Sultan yang terhakis sewaktu 'krisis perlembangaan' pada 1993 dahulu.

Tiada ulasan:

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN