Memaparkan catatan dengan label Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Mac 2009

PERWAKILAN PEMUDA UMNO PERCAYA ISU 'BALQIS'..??

Calon Ketua Pemuda UMNO, Dato Mohd Khir Toyo mendakwa kekalahannya dalam perebutan jawatan tersebut ada kaitan isu 'Balqis'. Mantan MB Selangor itu seperti menyalahkan pihak pembangkang yang sengaja memainkan isu tersebut yang terpaksa menerima kekalahan yang tidak dijangkanya itu kerana pada peringkat awal pengundian, beliau mengatasi calon2 lain namun keputusan yang memeranjatkan itu seperti ada 'sesuatu' disebaliknya.

Beliau mendakwa isu Balqis sengaja dibangkit oleh pihak pembangkang bagi mengagalkan hasrat beliau untuk terus 'bernyawa' dalam politik. Khir Toyo mendakwa beliau menjadi mangsa isu tersebut yang menyebabkan para perwakilan telah hilang keyakinan di atas kewibawaannya untuk meneraju kepimpinan Pemuda. Justeru jika itu kesimpulan yang dibuat oleh Wak Khir ini sahlah bahawa ahli UMNO itu sendiri telah 'percaya' akan isu Balqis tersebut benar2 ada penyelewengan yang dilakukan oleh isterinya yang sudah tentu mengheret beliau sama. Begitulah senario politik Wak Khir yang akhirnya menerima hukuman yang bukan di tentukan oleh pihak pembangkang tetapi dari ahli perwakilan Pemuda itu sendiri. Harap Wak Khir kenalah percaya kepada Qada dan Qadar. Apa boleh buat Wak.. itulah rezeki namanya.
Kulat: Harap Wak Khir kena menerima kekalahannya serta berbanyak muhasabah diri sendiri daripada menyalahkan orang lain sebagai penyebab kekalahannya. Wallahua'alam.

Rabu, 18 Februari 2009

'HUJAH'.. AMBIL PELUANG HENTAM ORANG LAIN

Fuh... aku baru aje balik dari mendaki Gunung Kinabalu, dan aku bergegas dari airport secepat yang boleh dan sampai di rumah lebih kurang jam 9.30 malam terus je 'booking' siaran TV9 untuk melihat panglima UMNO berhujah dalam Siaran HUJAH. Malam ini rasanya kesemua para perwakilan Pemuda UMNO seluruh Malaysia mesti tonton dan yang paling pentingnya menilai kewibawaan peneraju kepimpinan Pemuda UMNO yang harus mereka caturi.
Hujah kali ini agak menarik dan pengerusinya, Prof. Agus bijak memainkan peranannya dengan mengajukan beberapa persoalan menarik yang harus dikupas oleh ketiga2 calon peneraju kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia. Beberapa persoalan yang menarik antaranya ialah soal ekonomi masyarakat Melayu, ISA, soal kelemahan kepimpinan UMNO sekarang, penggunaan bahasa Inggeris, ketuanan Melayu, kontrak sosial dan beberapa lagi.
Namun program hujah kali ini yang ditunggu2 oleh semua para perwakilan tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia keseluruhannya terasa seperti sebuah program untuk UMNO syok sendiri. Contoh Dato Khir Toyo dilihat cuba hendak mencari kesalahan dan kelemahan kepimpinan yang ada sekarang sebagai punca kekalahan teruk UMNO yang akhirnya kepimpinanya dihukum oleh pengundi di Selangor sendiri. Hujahnya agak lemah dan sentiasa bercakap perkara yang berulang2 yang berbalik kepada kelemahan UMNO sendiri sebagai parti tunjang yang telah memerintah negara bukan sepuluh malah sudah pernah meraikan ulangtahun penubuhannya.
Manakala Dato Mukhriz pula mengemukakan hujah yang terlalu lemah dan kerap mengambil kesempatan menghentam pihak pembangkang yang sepatutnya tidak dibawa heret bersama dalam hujah mereka. Program ini seperti UMNO syok sendiri, apabila Dato Mukhriz menempelak Dato' Seri Anwar serta mendapat tepukan gemuruh dari ahli2 UMNO sendiri. Mereka bertepuk untuk siapa? Mukhriz berhujah dengan siapa? Menghentam musuh yang tidak ada seperti berperang dengan bayang2 sendiri. Mukhriz sepatutnya masuk dalam program 'debat' seperti yang dilakukan oleh Dato Syabery Chik. Itu lagi afdal.
Sepatutnya kedua-dua tokoh ini haruslah berhujah dengan fakta serta memberikan idea2 yang boleh memberi impak kepada UMNO dan kewibawaan diri sendiri sebagai calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Berbeza pula dengan MP Rembau, YB Khairy Jalamaludin yang dilihat memiliki gaya seorang pemidato. Beliau lebih banyak memberi idea2 serta cadangan kepada sesuatu yang lebih baik untuk Pertubuhan UMNO contoh seperti cara untuk mengembalikan kepercayaan generasi baru kepada UMNO. Hujah2nya lebih bermaklumat dan berfakta serta cuba untuk tidak mencari kesalahan orang lain. Cara beliau berhujah lebih kepada Ilmiah serta mencari titik penyelesaian seperti contoh isu penggunaan ISA dengan mengaitkan hubungan kerjasama dengan pihak PAS. Beliau dilihat lebih mesra politik walaupun adakalanya agak keras bila berhadapan dengan musuh sewaktu berkempen PRU atau PRK.
Rasanya program Hujah malam tadi lebih kepada program UMNO yang lebih menjurus kepada mencari kewibawaan bakal peneraju kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia. Bagi para pemerhati, YB KJ memilki ciri2 kepimpinan yang UMNO cari selama ini. Walaupun beliau dilihat banyak menerima kritikan dari kalangan pemimpin2 UMNO sendiri yang menuduh beliau sebagai peranan utama perjalanan politik Pak Lah, namun rasanya UMNO akan rugi jika kewibawaan dan kempimpinan KJ dicicirkan begitu sahaja.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN