Bakal Speaker baru DUN Negeri Perak??
Kini baru masyarakat tahu betapa pentingnya jawatan speaker Dewan Undangan Negeri. Kalau dulu seingat aku, bila selepas aje pilihanraya, antara yang episod yang ditunggu2 oleh YB ialah apakah bakal jawatan yang mereka sandang. Kalau dilantik jadi exco, itu dah kira seseorang YB tu dah boleh bangga dan tersenyum lebar kerana dah dianggap 'YB kanan' daripada YB yang tidak dilantik yang hanya pegang DUN aje. Manakala kalau YB tu pulak dilantik memegang jawatan speaker, orang kampung atau para pengundi tak berapa nak pandang kerana dianggap tidak ada kuasa apatah lagi nak mempengerusikan mesyuarat2 penting berkaitan portfolio2 yang memberi impak kepada pengundinya. Tidak dinafikan ramai yang beranggapan speaker kuasanya tidak lebih daripada hanya menguasai Dewan Undangan Negeri.
Sekarang ini, seperti krisis politik di Perak, jawatan itu kini seperti menjadi 'rebutan' apabila kuasanya mengatasi jawatan seorang Menteri Besar. Walaupun jawatan MB hanya memerlukan perkenan Sultan akan tetapi jawatan speaker pula tidak boleh disingkir sesuka hati. Dalam hal ini, penubuhan 'Kerajaan Lompat' di Perak, BN seperti teperangkap dengan perancangannya sendiri. BN dan PR dilihat cuba mempertahankan hujah masing berdasarkan kuasa speaker dan perlembagaan negeri. Walaupun pakar perundangan telah menyatakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipanggil Speakernya, V. Sivakumar adalah sah, namun pelbagai usaha dan taktik sedang dilakukan oleh 'Kerajaan Lompat' bagi menghalang ianya daripada berlangsung. Begitulah pentingnya jawatan Speaker bagi sesebuah DUN dan Perak kini seperti disumpah 'Sangkelembai' dan V.Sivakumar pula semakin popular yang tetap dengan ketegasannya berdasarkan undang2 DUN Perak.
Kulat: Krisis di Perak boleh diselesaikan sekiranya Sultan memainkan perananya dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik mengikut undang2 serta aspirasi rakyat Perak sendiri. Walaupun jawatan MB adalah perkenan dari Istana, tetapi kerajaan yang ditubuhkan bukan ditentukan oleh pihak istana. Justeru jalan terbaiknya adalah dengan membubarkan DUN negeri Perak. Seperti petikan kata2 dari 'Kerajaan Rakyat', Sekarang RAKYAT ingin melihat 'kebijaksanaan' sultan mengendalikan hasrat RAKYAT. Adil atau tidaknya Sultan Perak akan dihakimi oleh RAKYAT. Tidak bergunalah punyai sultan jika tidak memahami hasrat RAKYAT. Wallahualam.
4 ulasan:
aku sokong speaker yang baru ni..
bagi mengelakan kedua2nya bertelagah eloklah sultan diperkenankan lantik speaker macam kulat rekomenkan ni.. he he he... 'speaker keturunan sangkelmbai'
salam blogger:
1. Tanpa nama 22:05
2. sangkelembit:
Perak tercatat dalam GUINESS BOOK OF RECORD politik Malaya bermsyuarat bawah pokok. Dulu kita selalu melihat peristiwa politik yg teruk2 di luar negara, sekarang Malaya pulak menjadi fokus dunia menjadikan salah satu negara yg tidak bertemadun ...iaitu ahli politik bermesyuarat dalam suasana yg tidak kondusif langsung.
sultan mempunyai kuasa yg tidak disebut dalam perlembagaan tubuh perak, kata rais yatim. Jadi perak mempunyai kuasa penentu sultan yg khas termasuk juga kuasa di Perlis
Catat Ulasan