Rakyat Malaysia terus melahirkan rasa simpati terhadap penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis dengan menubuhkan beberapa dana kemanusian seperti Dana Kemanusian Palestin (DAKAP) dan Tabung NSTP Untuk Gaza Sehingga semalam, jumlah sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak kepada tabung berkenaan iaitu DAKAP RM772,206.73 manakala Tabung NSTP terus meningkat kepada RM5.6 juta.
Semangat yang ditunjukan rakyat negara ini membolehkan bantuan ini dapat dikutip dengan masa yang begitu singkat. Namun dalam keghairahan ini kita berharap pihak kerajaan atau pertubuhan2 NGO jangan terlepas pandang kepada rakyat sendiri yang masih ada yang memerlukan bantuan seperti ini dan di sini lagi di sini. Itu merupakan hanya segelintir sahaja malah jumlah sebenarnya masih ramai lagi yang menagih bantuan dari rakyat sendiri.
Sebelum ini ada yang terpaksa menunggu lama memerlukan bantuan kewangan untuk merawat penyakit2 kronik keluarga mereka malah ada yang tidak sempat merawat kerana masalah kewangan yang tidak mencukupi. Apakah bantuan untuk seperti mereka ini boleh didapati dengan sepantas kilat seperti mana bantuan yang diberi untuk rakyat Palestin. Kenapa rakyat kita sendiri yang memerlukan tidak dilakukan sepantas kilat seperti tabung Gaza ini. Macam 'Tukang Sapu' kata kenapo perlu riuh buat tabung untuk mereka (Palestin) di sini. sedangkan rakyat sendiri juga masih ramai yang memerlukan bantuan. Wallahua'alam.
10 ulasan:
Assalamualaikum anakku,
Memang kalau sekali imbas mungkin betul yang kamu nukilkan. Kita sebuk menyusukan kera di hutan.
Bagi Mak Cik pula, kalau mereka ghairah nak buat KEBAIKAN biarkanlah. Lagi pun mereka bantu saudara saudara kita juga. Cuma mereka jauh dan tak terasa sangat oleh kita penderitaan mereka. Setakat kita sedih dan geram sekejap bila tengok tv pasal Palestin dan Gaza.
Percayalah, bukan senang sesiapa pun nak buat BAIK. Siapa pun. Jadi kalau ada sesiapa yang mahu buat kebaikan itu, bersyukurlah dan galakkanlah.
Ganjaran atas kebaikan mereka juga InsyaAllah akan turut tempiasnya kena pada kita. Bila Allah swt Rahmat penderma di Malaysia, maka kita pun terkena Rahmat itu, InsyaAllah.
Jadi biarlah, kalau ada artist nak lelong apa pun, nak terpekik terlolong menyanyi nak kutip derma untuk tabung Palestin tu, rasanya biarlah. Kita sokong sahajalah.
Kepada pesakit kronik di negara kita ini, tolonglah ketengahkan hal ini kepada yang berwajib, Pusat Zakat masing masing dan ADUN atau MP masing masing.
InsyaAllah, rakyat Malaysia prihatin, kerajaan juga Prihatin. Mak Cik tahu secara peribadi Sistem Kesihatan di Malaysia adalah terbaik dan termurah di dunia. Percayalah pada Mak Cik dalam hal ini.
Di United Kingdom sendiri, NHS atau National Health Service mereka amat buruk. Nak jumpa doktor pun kena ada appointment berhari kalau tak berminggu. Masa anak Mak Cik belajar di sana dah terkena.
Kita bebas ke mana mana Hospital pun. Hari itu juga dapat jumpa doktor dan ubat pun murah. Siapa sahaja rakyat Malaysia boleh dapat rawatan perubatan.
Inilah hakikatnya. Banyak kebaikan yang Kerajaan sediakan untuk rakyat yang kita semua tidak hargai sebab memang ianya telah tersedia ada untuk kita. Sejak kita lahir. Hanya bila kita keluar negara baru kita sedar betapa bertuahnya jadi rakyat Malaysia.
salam Kulat:
Memang ada kebenarannya kata2 Makcik tu. Rakyat Malaysia memangnya pemurah dan kita juga tidak pernah melupakan rakyat sendiri. Cuba lihat masa kita kena Tsunami kita juga pernah buat derma kilat seperti yg tuan Kilat maksudkan. Cumanya masalahnya disini ialah keranah BIROKRASI yg menyebabkan bantuan itu menjadi masalah. Tuan Kulat mungkin merasakan inilah rakyat kita dipinggirkan. Memang betul..kita masih lagi bertuah dilahirkan di bumi bertuah ini.
penerima bantuan JKM tak dpt bantuan bulan januari ni sedangkan depa ada yg oku, org tua yg tak berdaya...baca blog aku oku!
Yang peliknya ada pesakit rakyat ini yg memerlukan bantuan SEGERA tetapi tidak pulak NGO2 kita ini buat derma sepantas kilat macam Kulat cakapkan tu. Ada yg tidak sempat menerimanya dah Innalilah...
Tn Kulatlapok:
Teringat aku suatu ketika dahulu seorang personaliti TV mendapat bantuan dengan cepat untuk pembedahan di Australia. Siap dengan kehadiran seorang mentari melawat beliau. Tetapi ini tidakterjadi kepada rakyat biasa yg sakit kronik kalau ada pelancaran tabung bantuannya agak lembab. Kalau Macik tu kata pergi jumpa bantuan zakat atau baitulmal, BIROKARSINYA tetap ada.
kalau dah samapai rm10 juta dapat colection boleh menylamatkan 10 orang penyakit kronik rakyat negara ini. Ngapa tak bantu??? Anak kawan aku sakit kanser tulang sehingga ajalnya tak ada sapa yg sudi menghulurkannya. kalau adapun tak cukup untuk membiayai pembedahan. Mana yg kata rakyat Malaysia ini yg simpati. mereka hanya mahu nama di luar negara.
kalau dah samapai rm10 juta dapat colection boleh menylamatkan 10 orang penyakit kronik rakyat negara ini. Ngapa tak bantu??? Anak kawan aku sakit kanser tulang sehingga ajalnya tak ada sapa yg sudi menghulurkannya. kalau adapun tak cukup untuk membiayai pembedahan. Mana yg kata rakyat Malaysia ini yg simpati. mereka hanya mahu nama di luar negara. NGO negara ini hipokrit.....
kesiann.... kita kenalah bantu. nanti masa kita pulak kena mereka pulak nanti akan bantu kita. Nasib tak semestinya menyebelahi kita.
dtgnya ajal dalam pelbagai cara, dtg bantuan juga dlm pelbagai cara. masing2 ada pandangan berbeza. Tn Kulat, ada benarnya pandangan tuan. Tp untuk kata rakyat malaysia suka susukan kera dihutan, sy rasa tuduhan tu agak melampau. Jika bantuan diminta, jarang tidak ada yang menghulur. Mungkin yang tercicir adalah yang lambat meminta, lambat diwar-warkan.
maaf kalau pendapat ini dirasakan salah, hanya menyuarakan rasa hati.
Salam...
salam semua blogger:
Terima kasih kerana menitip ke cendawan Malaya. Memang tidak dinafikan rakyat negara ini antara yang paling pemurah. Dari segi syariatnya memnag kita umat Islam di negara ini telah jatuh wajib menolong suadara segama kita walau dimana sekalipun ianya berada. Kita juga berharap sangat dengan sikap pemurah ini rakyat kita yang kurang bernasib baik juga tidak akan terlepas menerima bantuan hasil sumbangan dari rakyatnya sendiri. Mereka juga berhak seperti mana rakyat Palestin nun jauh disana.
Catat Ulasan