Sebelum memulakan perjalanan, kami melakukan sedikit senaman ringan (streaching) serta memanjatkan doa kepada Ilahi agar pendakian kami nanti dipermudahkan olehNYA. Pendakian kami bermula pada jam 8.30 pagi. Langkah terus diatur, riak wajah rakan2 yang lain mencerminkan kegembiraan meneruskan perjalananan serta seolah-olah sudah bersedia menempuh cabaran yang bakal menanti dihadapan. Untuk sampai ke Laban Rata, pendaki akan menempuh sebanyak 5 shelter (pondok) berehat yang mempunyai nama2 tertentu iaitu Kandis (1,981.7m) Ubah (2,081.4m) Lowii (2,515m) Mempening (2,702m), Villosa (2,690m) dan terakhir Paka (3,080m).
Trek perjalanan masih tidak berubah sejak 10 tahun yang lalu semasa akau menjejaki ke sini. Namun baru 30 minit perjalanan, wajah rakan2 yang lain dah menunjukkan kepenatan. Masing2 meringai yang tidak keruan. Trek perjalanan seperti tidak bertimbang rasa, perjalanan kami terus menerus mendongak ke atas. Adakalanya kami terpaksa melalui trek yang kecondongannya sehingga 45 darjah. Dengusan nafas semakin kencang. Peluh mulai memecah mengalir disetiap liang roma. Namun setiap peserta telah membulatkan tekad, semangat jati diri harus direalisasikan. Segala cabaran dan rintangan harus ditempuhi walau apapun yang mendatang. Puncak Kinabalu terus mengamit kami.
5 Kilometer terakhir untuk sampai di Laban Rata, langkah perjalanan kami semakin perlahan. Pokok2 sudah mula 'membonsai' menandakan udara di paras ini semakin menipis. Dalam keadaan keletihan, akhirnya kami sampai juga di Laban Rata tepat jam 4.20 minit selepas mendaki sejauh 6 kilometer dengan mengambil masa lebih kurang 8 jam perjalanan. Kelihatan telah ramai peserta2 lain yang telah pun sampai awal. Walaupun dalam keadaan lesu serta otot2 kaki yang menegang, hati kami sedikit terubat bila melihat suasana flora dan panorama yang cukup mendamaikan. Kali ini kami betul2 berada di paras awan dan sesekali bila awan datang menyapa, begitu terasa kedinginannya.
Laban Rata (3,272.8m) merupakan tempat dimana semua pendaki mesti bermalam di sini sebelum meneruskan pendakian pada keesokan harinya. Di sini disediakan beberapa tempat penginapan untuk peserta bermalam iaitu Laban Rata Resthouse, Gunting Lagadan Hut, Waras Hut, Burlington Hut, Panar Laban Hut dan yang paling tinggi sekali ialah Sayat-sayat Hut namun ianya telah ditutup atas faktor keselamatan. Di sini kami diberi penginapan di Gunting Lagadan. Kemudahan yang disediakan ialah 4 orang sebilik, tempat memasak, tandas, bilik mandi siap dengan alat pemanas air (hanya boleh digunakan bermula jam 2.00 petang hingga 7.00 malam sahaja). Kami semua disediakan makan malam di Laban Rata Resthouse dan selepas makan tiada aktivi lain yang boleh kami lakukan hanyalah berehat untuk menghilangkan penat pendakian siang tadi.
Suhu diluar semakin sejuk menambahkan lagi kelesuan dan kami semua mengambil keputusan tidur awal supaya dapat bangun seawal jam 2.00 pagi nanti. Kami semua tidur lengkap dengan berbaju tebal. Cabaran fasa pertama telah kami harungi dan esok rintangan fasa kedua pasti lebih mencabar. Suasana di Gunting Lagadan Hut terus sepi dan semua peserta terus lena bersama keletihan pendakian siang tadi.
bergambar sebelum memulakan perjalanan
Sudut padangan dari Gunting Lagadan, kelihatan kepulan awan berada di bawah
15 Februari 2009 (Ahad)Pendakian kali ini mulai terasa cabarannya kerana kami terpaksa memanjat tangga2 kayu yang agak curam serta terpaksa berpaut pada tali yang disediakan bagi laluan2 yang bercerun. Suasana keliling tidak berapa kami hiraukan walaupun hakikat sebenarnya kami sedang melalui dilereng2 batu yang curam. 1 Jam setengah perjalanan akhirnya kami sampai di Sayat-sayat Hut iaitu tempat di mana semua pendaki mesti melaporkan diri dengan menunjukan kad pengenalan diri yang dibekalkan bagi tujuannya pengesahan sijil pendakian nanti. Jarak perjalanan dari tempat penginapan ke Sayat-sayat lebih kurang 1 kilometer.
Senyuman kepuasan setelah mencapai matlamat
Keadaan bersesak2 dipuncak yang sempit
Southpeak antara puncak yang paling popular para pendaki mengabdikan foto disini
9 ulasan:
Perggh..dulu den nengok TV yo...sekarang hang dah tawan Kinabalu tu..Dasyat hang bro.
Jangan lupa blog balik bro. Ramai dah rindu.
SALAM GENG
SYABAS KERANA BERJAYA KE PUNCAK G.KINABALU.....
DIHARAP DENGAN SEMANGAT ITU DAPATLAH PAKATAN RAKYAT MENANG DALAM PERTANDINGAN MEMANJAT BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU YANG JAUH LEBIH RENDAH DARI GUNUNG YANG HANG PANJAT TU....
salam Kulat:
Fuhhh..!! Aku belum lagi naik tapi tengok posy ko ni berminat juga aku tapi..apkebendanya bro 'akut gunung' tu.. korang kena angkut hantu gunung ke..?? apapun syabas bro, dapat tawan gunung tertinggi di asia ni.. aku naik gunung ledang macam nak setengah mati...
Assalamualaikum anakku,
Terima Kasih, Terima Kasih dan Terima Kasih atas posting ini terutamanya gambar gambar yang sungguh menarik dan cantik sekali.
Bertuah kamu dapat menawan Kinabalu, Syukur Alhamdulillah!! Mak Cik tumpang gembira dari jauh sahaja.
Inilah nikmat dan kekayaan hidup yang sebenarnya!! Tidak semua insan dapat mengecapinya sebab ukuran kekayaan pada kebanyakkan kita hanya pada wang ringgit dan harta yang bertimbun.
WaAllahuAlam.
salam Bro:
Low's Peak telah jejajki oleh Sir Hugh Low dakwaan setengah pihak. Tetapi dengar kata, sejarah dari Kadazanduzun adalah Gunting Lagadan antara orang tempatan yg pertama menjejakinya di puncak Kinabalu.
salam Blogeer semua:
1. Tok Harimau: Sapa pun daki Kinabalu Bro. Yang paling muda buat rekod ialah budak lelaki berusia 4 tahun. Manakala yg paling berusia ialah 95 tahun seorang warga jepun juga.
2. Biaqpilla..: Terima kasih Bro..dua bukit tu rasanya tak memerlukan tenaga tetapi memerlukan PULUSSSS JE...
3. Sangkelembit: Akut Gunung tu macam orng mabuk jugalah..
4. Melayuangkat: Tidak ada pengalaman yg paling berharga selain daripada kepuasan yg dikutip hasil penat lelha sendiri. Terima kasih Makcik atas kata semangat dan nasihat...
5. Guntun anak lagan: Ko punya namapun dah macam GUNTING LAGADAN, ke ko suku sakatnya...
Tahniah dan selamat pulang. Dari apa yang saudara gambarkan, Kinabalu masih terpelihara.
Teringin pula untuk menjejakkan kaki lagi.
Kepuasan yang dicari, kepuasan yang kita dapat. Alhamdulillah.
salam Tuan Mountdweller:
Terima kasih... kita mendapat kepuasan yang dikutip bersama pengalaman, mereka yg mendengar hanya mengutip hasil dari khayalan..
Gayat laa.. berpeluh2 tapak tangan tengok gambar tu. Kalau terjatuh masa turun tu, terus tergolek tak dapat brek...
Catat Ulasan