Rabu, 18 Februari 2009

'HUJAH'.. AMBIL PELUANG HENTAM ORANG LAIN

Fuh... aku baru aje balik dari mendaki Gunung Kinabalu, dan aku bergegas dari airport secepat yang boleh dan sampai di rumah lebih kurang jam 9.30 malam terus je 'booking' siaran TV9 untuk melihat panglima UMNO berhujah dalam Siaran HUJAH. Malam ini rasanya kesemua para perwakilan Pemuda UMNO seluruh Malaysia mesti tonton dan yang paling pentingnya menilai kewibawaan peneraju kepimpinan Pemuda UMNO yang harus mereka caturi.
Hujah kali ini agak menarik dan pengerusinya, Prof. Agus bijak memainkan peranannya dengan mengajukan beberapa persoalan menarik yang harus dikupas oleh ketiga2 calon peneraju kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia. Beberapa persoalan yang menarik antaranya ialah soal ekonomi masyarakat Melayu, ISA, soal kelemahan kepimpinan UMNO sekarang, penggunaan bahasa Inggeris, ketuanan Melayu, kontrak sosial dan beberapa lagi.
Namun program hujah kali ini yang ditunggu2 oleh semua para perwakilan tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia keseluruhannya terasa seperti sebuah program untuk UMNO syok sendiri. Contoh Dato Khir Toyo dilihat cuba hendak mencari kesalahan dan kelemahan kepimpinan yang ada sekarang sebagai punca kekalahan teruk UMNO yang akhirnya kepimpinanya dihukum oleh pengundi di Selangor sendiri. Hujahnya agak lemah dan sentiasa bercakap perkara yang berulang2 yang berbalik kepada kelemahan UMNO sendiri sebagai parti tunjang yang telah memerintah negara bukan sepuluh malah sudah pernah meraikan ulangtahun penubuhannya.
Manakala Dato Mukhriz pula mengemukakan hujah yang terlalu lemah dan kerap mengambil kesempatan menghentam pihak pembangkang yang sepatutnya tidak dibawa heret bersama dalam hujah mereka. Program ini seperti UMNO syok sendiri, apabila Dato Mukhriz menempelak Dato' Seri Anwar serta mendapat tepukan gemuruh dari ahli2 UMNO sendiri. Mereka bertepuk untuk siapa? Mukhriz berhujah dengan siapa? Menghentam musuh yang tidak ada seperti berperang dengan bayang2 sendiri. Mukhriz sepatutnya masuk dalam program 'debat' seperti yang dilakukan oleh Dato Syabery Chik. Itu lagi afdal.
Sepatutnya kedua-dua tokoh ini haruslah berhujah dengan fakta serta memberikan idea2 yang boleh memberi impak kepada UMNO dan kewibawaan diri sendiri sebagai calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Berbeza pula dengan MP Rembau, YB Khairy Jalamaludin yang dilihat memiliki gaya seorang pemidato. Beliau lebih banyak memberi idea2 serta cadangan kepada sesuatu yang lebih baik untuk Pertubuhan UMNO contoh seperti cara untuk mengembalikan kepercayaan generasi baru kepada UMNO. Hujah2nya lebih bermaklumat dan berfakta serta cuba untuk tidak mencari kesalahan orang lain. Cara beliau berhujah lebih kepada Ilmiah serta mencari titik penyelesaian seperti contoh isu penggunaan ISA dengan mengaitkan hubungan kerjasama dengan pihak PAS. Beliau dilihat lebih mesra politik walaupun adakalanya agak keras bila berhadapan dengan musuh sewaktu berkempen PRU atau PRK.
Rasanya program Hujah malam tadi lebih kepada program UMNO yang lebih menjurus kepada mencari kewibawaan bakal peneraju kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia. Bagi para pemerhati, YB KJ memilki ciri2 kepimpinan yang UMNO cari selama ini. Walaupun beliau dilihat banyak menerima kritikan dari kalangan pemimpin2 UMNO sendiri yang menuduh beliau sebagai peranan utama perjalanan politik Pak Lah, namun rasanya UMNO akan rugi jika kewibawaan dan kempimpinan KJ dicicirkan begitu sahaja.

12 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Salam,

Wah, dah masuk ahli Setiakawan ke bro.? Hahahaha...

Cantik hang tulis tu..

kulatlapok berkata...

salam Tok Rimau:

Dah seminggu rasanya aku tak ambil pusing masalah politik ni.. tapi semalam baru balik dari KK dapatlak peluang lihat hujah. Aku amati ketiga2 mereka menarik. Tapi Khir Toyo dah ada sejarahnya...(seolah2 Ketua Pemuda tempat untuk beliau menebus kesilapannya pada UMNO Selangor) para perwakilan boleh fikirkan.. raasanya dua calon lagi lebih favourite.. Ini cuma pandangan dan pengamatan aku dari Siaran HUJAH..Bro..

Tanpa Nama berkata...

forum sebegini lebih baik diadakan debat untuk menilai keupayaan sesorang calon. Mukhriz tak perlulah nak mengejar yg lebih tingi kalau bercakap untuk menagkis serangan lawanpun tak mampu, asyik nak salahkan orang aje.. khir toyo perasan dia bagus hakikatnya telah membawa selangor tumbang pada PR.. Inikah yg UMNO sanjungkan..?? KhaIRY bolahlah tahan.. jiwa anak muda..

Tanpa Nama berkata...

salam tuan: kalau dah UMNO berhujah sudah pasti takda parti lain yg sebaik partinya.. Firaun yg teguhpun boleh ditumbangkan.... hampehhhhh

Tanpa Nama berkata...

Khir Toyo baru perasan nak TARBIAHKAN ahli UMNO, dulu lu buat apa?? Buat TAK PAYAH... padan muko ko

Tanpa Nama berkata...

Salam sedara cendawan...

Sama2 kita saksikan match 3 penjuru ni....

Yang nampak bagus tak semestinye bagus...

Yang nampak segal tak semesyinye sengal...

Sama2 la tgk....

Unknown berkata...

Betul tu saudara, UMNO perlukan seorang tokoh yang bernas dan beridea. Tapi masalahnya UMNO sukakan pemimpin yang lembab dan bodoh alang.

Tanpa Nama berkata...

Sama macam tv1 la ni. Forum pasal perkataan "Allah" dengan agama kristian dan islam. Kesemuaanya ahli panel beragama islam. semua pandangan daripada persepsi islam. macam kita yang jenis bangan tak tahu, pun tak reti apa yang dicakap. kalau lah ada panel yang beragama kristina sebagai ahli panel dijemput kemungkinan kita boleh mendengar terus dari mulut mereka.

kalau ini cara penilaiannya.... ini bermaksud orang yang tinggi tidak akan dengar orang yang rendah... cakap je la u, syojk sendiri

Tanpa Nama berkata...

Sama macam tv1 la ni. Forum pasal perkataan "Allah" dengan agama kristian dan islam. Kesemuaanya ahli panel beragama islam. semua pandangan daripada persepsi islam. macam kita yang jenis bangan tak tahu, pun tak reti apa yang dicakap. kalau lah ada panel yang beragama kristina sebagai ahli panel dijemput kemungkinan kita boleh mendengar terus dari mulut mereka.

kalau ini cara penilaiannya.... ini bermaksud orang yang tinggi tidak akan dengar orang yang rendah... cakap je la u, syojk sendiri

Tanpa Nama berkata...

Salam semua,
Bagus juga ada siaran seumpama itu...baru kita dapat tengok mereka beraksi...
harap2 kita lebih telus lagi dimasa hadapan....

Tanpa Nama berkata...

Biaqpila...aku langsung tak minat dengan umno....alergik...tengok je terus bersin..

kulatlapok berkata...

salam blogger:
terima kasih menitip ke sini:

1. Tanpa Nama 16:03- Sama pendapat.

2. Din - Mana ada parti yg nak jatuhkan moral masing2. Tapi UMNO tak pernah nak mengaku kalah. Semua berpunca pada orang lain

3. Master Yoda: Kejap ada kejap timbul. Terima kasih ke sini, 3 penjuru nanti membuktikan adakah PR masih relevan

4.Mountdweller: Adakalanya yg pandai dah jadi dungu akibat terlalu pandai.

5.Tanpa nama 08:10 - Kalau debat takada pulak yg berlumba2 nak masuk. Kalau sesama sendiri tak apa taklah malu sangat. Mereka semua memang SS (Syok Sendiri) tidak melihat HAKIKAT SEBENAUNYA.

6. Mualim: Saya juga begitu.

7. Biaqpilla: Jangan begitu kita kena berminat dengan UMNO baru ada cerita. Ko punya post makin hari makin aku tertarik. Syabas.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN