Jumaat, 19 Disember 2008

USIA 83 TAHUN, MAHATHIR TINGGALKAN BALU & ANAK YATIM

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad kini menyambut 'Hari Lahir' nya yang ke 83. Semoga beliau terus sihat sehingga ke akhir hayat. Rakyat terus menyanjung (Bapa Pemodenan) beliau yang telah banyak meninggalkan jasa untuk negara. Namun disebalik jasa beliau, hati ini terusik jua bila kenangan lalu kembali menyapa. Peritiwa MEMALI menyayat hati, lantaran kesedihan menusuk kembali. Peristiwa pahit menjangkau 23 tahun berlalu. Yang terkorban mempertahankan agama. Tidak kurang juga di pihak keselamatan arahan atas orang yang berkuasa. Apa yang pasti wanitanya kini menjadi balu. Anak-anak mereka terus yatim hilang tempat mengadu. Akibat kuasa, sehingga kepada berbunuh. Kesalnya tidak terhingga, serangan dilakukan di sebuah kampung yang dihuni oleh majoritinya SEBANGSA dan SEAGAMA.
1. Memali: Kebenaran Yang Samar, Pendustaan Yang Tersembunyi (sila baca di sini)
2. Peristiwa Memali 1985 (sila baca di sini)

KULAT: Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas mereka yang terkorban mempertahankan Agama Allah SWT. Tidak dilupa juga kepada anggota keselamatan yang terkorban atas arahan tugas dari kerakusan kuasa pemimpin yang mengaku menjunjung agama yang sama. 23 Tahun sudah berlalu, namun kes MEMALI masih lagi tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.

9 ulasan:

AFRAR YUNUS berkata...

salam sdra,
kisah yg menyanyat hati. ada sesiapa yg mahu bert.jawab? nostalgia sungguh, ketika itu saya bertugas di sana.

ISA berkata...

Salam Tuan kulat,

Syabas kerana mengingatkan kembali kisah ini, supaya semua umat Islam sedar akan kekejaman dan pendustaan yang selama ini tersembunyi.

kulatlapok berkata...

salam blogger:

Tuan Afrar dan ISA, Akibat ketamakan kuasa, manusia boleh lakukan apa sahaja untuk menghalalkan cara agar cita2nya terus tercapai. Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Den kocik lagi time tu.

Tapi den dongar, Musa Hitam yang keluar arahan sobab Tun pi luar nogori.

Al-fatihah buat As-Syahid.

kulatlapok berkata...

salam sdr. Rimau:

Memang kepada generasi baru mungkin mereka tidak mengetahuinya secara mendalam apatah lagi ianya memnag tidak didedahkan sebagai suatu peristiwa atau dimasukan dalam kalendar malang negara. Kalau tuan rimau amati kisahnya memnag sedih, sedih kerana disebabkan tangan-tangan yang mengaku Islam yg sangup membunuh darah dagingnya segamanya sendiri.

kulatlapok berkata...

salam Tok Rimau:

Musa Hitam yg mengeluarkan arahan itu telah mendapat balasannya diatas kematian anaknya yg mati secara tragedis peristiwa higland tower.

Tanpa Nama berkata...

Salam Tok Cendawan,

Al-Fatihah utk mereka yg syahid...

Sedih baca kisah ni....

P/S: Tok Cendawan, pe kabo? Lama dah den tak jenguk blog

kulatlapok berkata...

salam Master Yoda;
hANG sibuk bekerja kot...cari rejekilah katakan...

Hanya mereka yang mengerti sahaja faham akan 'kehilangan' orang tersyang. Moga mereka tidak salah memilih untuk gugur mempertahankan 'ISLAM'. InsyaAllah.

Cikgu Jorasmin berkata...

to : Harimau Menaip berkata...

Den kocik lagi time tu.

Tapi den dongar, Musa Hitam yang keluar arahan sobab Tun pi luar nogori.

Al-fatihah buat As-Syahid.

MMg Musa Hitam yang keluarkan arahan. Ketika ini Tun berapa di luar negeri. Turut sama ialah Dato' Radzi ketika itu. Apa2 Allah lebih mengetahui hal yang sebenar.

Pada waktu ini, pegawai polis yang terlibat juga terkejut kerana mendapat arahan serangan terhadap kampung komunis, bila berada disana, sebaliknya berlaku.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN