En. Talib Che Din bersama cucunya.
Hallo.!! Bro... Apa dah jadi ni...??? (2x5=5x2)
Menurut Talib, Adun Pangkor, Dr. Zambry Abdul Kadir dan ahli Parlimen Lumut, Kong Cho Ha pernah menjenguk rumah itu dua kali dan menjanjikan untuk menghulurkan bantuan. "Mereka datang sebelum pilihan raya 2008. Kini sesudah lapan bulan berlalu, janji belum ditunai dan bayangan mereka sudah tidak nampak lagi."
KULAT: Begitulah lumrahnya 'ehsan politik' di negera kita ini. Datang hanya meraih undi sahaja. Bila hajat tak tercapai janji manis hilang meninggalkan pahit kepada yang mengharap. Kebetulan kerajaan Perak kini dibawah Pakatan Rakyat yang menjadikan Kebajikan sebagai slogan. Yang kalah dah jadi abu, yang menang dah pun jadi arang. Justeru seperti kata 'tinta merah', marilah kita semua saksikan apakah ada perbezaan relatif antara kerajaan Pakatan Rakyat dengan kerajaan Barisan Nasional membela golongan miskin ini. Wallahu'alam.
8 ulasan:
salam...
saya terpanggil untuk menjawab soalan dari isu yang telah dipaparkan...di Pulau Pinang pun banyak kes seperti ini berlaku, yang membalikkan masalah kepada PR mahupun bukan sebelum ini ialah Undang2 Hak Milik Tanah yang menghadkan seorang mahupun keluarga yang menumpang atas tanah orang lain untuk tidak melakukan sebarang pembaikan mahupun pengubahsuaian.
kami bersama NGO (Unit Ehsan Penang) di P.Pinang pada bulan puasa yang lalu telah turun menyalurkan sumbangan kepada keluarga fakir miskin di setiap daerah. Malahan di Bukit Mertajam, sekeluarga dengan isi rumah seramai 8 orang (anak 6 orang) dgn rumah terlampau daif,terpaksa duduk dalam keadaaan rumah hampir reput,dinding berlubang,tiada air & elektrik kerana menumpang di atas tanah orang lain yang tidak bersetuju untuk dilakukan pembaikkan.
Masalah sekarang ini bukanlah kerajaan Baru ataupun kerajaan Lama yang mana paling bagus memerintah. Sekian.
salam Hijat Penang:
Terima kasih di atas titipan sdr. kepada cendawan malaya. Isu seperti yg kita semua ketahui merupakan trend parti poltik. Tak kira samada iannya BN atau PR matlamatnya sama iaitu hanya untuk marai undi sahaja. Jarang berlaku bantuan yg dikatakan ikhlas berterusan hakikatnya kita sama2 lah lihat di kawasan kita masing2. Pi Mai , Pi Mai Tang tu juga..
Untuk sandiwara seterusnya..mari kita saksikan sendiri pelakon2 tak kira dari parti mana berkempen di Kuala Trengganu... untung2 simiskin yg tak pernah umur bersua muka dengan pemimpin negara silap hari bulan akan terpampang di media kononnya itulah 'Pemimpin Bersama Rakyat". Wallahua'alam.
Pada usia 57 tahun Talib belum warga emas lagi. Tubuh badannya sihat dan dia tidak cacat. Dia cuma tidak bekerja tetap. Semasa muda kerjanya mengambil upah menebang pokok dan pelbagai kerja lain. Dia boleh bekerja dengan mana-mana resort di Pulau Pangkor sebagai tukang kebun atau jaga kalau dia mahu. Kerjanya yang terakhir pun sebagai tukang kebun di Havana Beach Resort, Teluk Nipah. Entah apa sebabnya dia berhenti dan terus menganggur. Kebanyakan orang kampung di Pulau Pangkor bekerja sebagai nelayan sehingga umur 60 tahun atau lebih. Boleh bekerja dengan mana-mana bot atau pelantar ikan. Lelaki yang sebaya atau lebih tua daripadanya ada yang bekerja sebagai pekerja am di pelantar ikan. Ada yang bekerja sebagai pemandu teksi, bekerja di syarikat feri. Pendek kata di Pulau Pangkor, kalau rajin tentu ada kerja untuk sesiapa saja tak kira usia.
Isteri Talib bernama Normah (sekarang sudah bercerai) bekerja sebagai ulat (jual bilik penginapan) di Lumut. Ulat ni kalau yang hebat-hebat tu pendapatannya boleh menjangkau RM3,000 ke RM4,000 sebulan.
Anak mereka semua tidak tamat sekolah, menjadi liar, mungkin kerana tidak dapat didikan sempurna dari ibu bapa. Talib ada cucu tetapi tidak ada menantu.
Normah pernah beberapa kali mendapat perhatian media... akhbar dan tv... dengan berita palsu sensasi seperti kononnya anaknya dilarikan pendatang Indonesia, dan sebagainya. Normah memang suka berjalan ke sana ke mari, kadang-kadang sampai ke Johor (negeri asalnya).
Keluarga ini tidak cuba berusaha memperbaiki diri, tetapi selalu menyalahkan orang lain atas kesusahan mereka. Saya boleh bagi contoh 10 keluarga lain yang ada anak cacat tetapi tidak hidup seteruk keluarga ini. Mereka (keluarga Talib) juga susah untuk dibantu. Pelbagai usaha dibuat untuk membantu mereka. JKKK lama berulang alik ke Pejabat Kebajikan Masyarakat bagi mendapatkan bantuan untuk anak mereka yang cacat, tetapi apabila disuruh datang ke pelbagai alasan mereka tidak boleh pergi.
Kalau hendak mencari orang susah dan warga emas di Pulau Pangkor memang ramai. Tetapi tidak ada yang merempat walaupun ada orang tua yang hidup sebatang kara. Pada akal logiknya ramai lagi orang yang lebih perlu dibantu daripada Talib ini. Mereka ini, dan Talib juga, tak perlu mengadu pada ADUN pun segala masalah dan kesusahan kerana di Pulau Pangkor ramai yang prihatin dan siapa-siapa sahaja boleh membantu. Tidak pernah ada cerita sesiapapun yang mati kebuluran. Jangan kata orang Melayu saja, orang Cina dan orang India di Pulau Pangkor memang suka membantu orang susah. Kalau Kulat tak percaya lain kali di Pangkor, pura-pura kehabisan duit dan kelaparan. Tentu ada orang akan belanja makan. Cuma jangan minta tolong dengan orang teksi saja sebab mereka ni spesis lain.
Saya rasa lepas ini mungkin krew Bersamamu akan datang buat liputan. Kesian ADUN Pangkor dibusukkan nama. Apa pula agenda kulat untuk menyiarkan bahan ini?
Talib tak payah masuk UMNO atau PAS atau PKR. Masuklah parti Gerakan.... kalau tak bergerak, tak makan.
salam Ayor Lemuju:
Terima kasih di atas respon sdr yag panjang lebor. Saya percaya maklumat sdr. mungkin tepat dan ada kebenaran. Saya tidak mempunyai agenda tertentu. Saya boleh memilih untuk tidak menyiarkan maklumat ini kalu kita berdendam pasal iealogi politik yg berbeza. Namun maklumat srd ini juga penting untuk makluman rkyat semua. Terima kasih dan syabas atas usha Ayor Lemuju itu. Kalau sdi amati post saya, telah saya katakan trend parti politik sekarang menjadikan orang seperti ini sebagai fokus mewrfeka untuk merai undi. Telah juga saya nyatakan TIDAK KIRA PARTI POLITK dari mana wahemah dari pihak Pakatan Rakyat itu sendiri semuanya mempunya matlamat dan agenda yang sama IAITU DATANG MENJENGUK, BERJANJI DAN MENINGGALKANNYA HANYA KERANA SATU UNDI. itulah dinamakan EHSAN POLITIK mereka akan datang 5 tahun sekali. Kalau Ayor Lemuju nak buktinya nanti kita semua saksikan situasi di Pilhanraya Kecil Kuala Terengganu. Anda saksikan sendiri diakhbar nanti. Wallahu'alam.
Terima kasih kerana dapat menerima penjelasan saya. Saya juga meninggalkan komen di MSO. ADUN telah menegur saya kerana komen yang mungkin agak keterlaluan. Pembaca blog ini kena memahami yang komen tersebut adalah pandangan peribadi saya dan bukan mewakili ADUN atau mana-mana pihak. Sedikit tambahan yang saya buat (sama di MSO) seperti berikut:-
"Antara agenda ADUN Pangkor semenjak 5 tahun mewakili Kawasan Pangkor memfokuskan kepada pembangunan modal insan, pembasmian kemiskinan, kebajikan, meningkatkan kualiti hidup penduduk termasuk menyelesaikan masalah perumahan. Sebahagian besar peruntukan beliau disalurkan ke arah itu. Untuk itu berpuluh-puluh buah rumah dibina di bawah skim PPRT dan lebih banyak lagi yang menerima bantuan membaiki rumah di kampung-kampung seperti Sg Pinang Besar, Kg Tengah, Kg Masjid, Teluk Kecil dan Teluk Gedung. Sehingga sekarang program tersebut masih berjalan. ADUN memaklumkan Talib bin Che Din juga penerima bantuan (saya ingin membetulkan fakta yang saya beri sebelum ini) dan bantuan itu akan sampai kepadanya.
Selain merancang pembangunan yang lebih besar, banyak masa beliau digunakan untuk memastikan penduduk kawasan yang beliau wakili mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya. Beliau begitu mengambil berat peri kesusahan masyarakat desa dan sentiasa memastikan berada di ground zero jika berlaku bencana seperti kebakaran, banjir dan sebagainya, walaupun di tengah-tengah kesibukan bekerja.
Masalah rumah di atas tapak tanah milik orang Cina di kampung Melayu (dalam kes Talib ini sebenarnya Kg Sungai Pinang Besar, bukan Kg Sungai Kecil) adalah masalah yang dikongsi 60 buah keluarga lain, bukan Talib seorang sahaja yang terlibat.
Tanah yang menjadi sebahagian besar kawasan Kg Sungai Pinang Besar ini telah melalui konflik hakmilik yang kompleks dengan terdapat perjanjian-perjanjian pemindahan milik yang tidak diketahui orang ramai termasuk penduduk kampung sendiri. Atas daya usaha ADUN Pangkor dan sokongan Kerajaan Negeri terdahulu, Kerajaan akan membeli tanah tersebut daripada pemilik sahnya supaya Kg Sungai Pinang Besar dapat dikekalkan. Saya tidak dapat mengesahkan status tanah tersebut pada hari ini dan saya berharap usaha tersebut tidak terbantut hanya kerana Perak telah bertukar Kerajaan.
Merujuk kembali masalah Talib sekeluarga, ADUN telah banyak membantu keluarga ini secara peribadi termasuk menghantar anak yang cacat ke sekolah khas. Saya tidak dapat memberi fakta yang lebih tepat, tetapi saya akan berusaha untuk mendapatkannya."
salam Ayor Lemuju:
Kalo dilihat dari penjelasan Sdr. yang agak terperinci maklumat yang dinyatakan, Saya dapat merasakan seolah2 sdr ni berkhidmat dngan Adun Kawasan atau sekurang2nya Setiasuaha Japerun kerana memberi maklumat lengkap pengundi di kawasan Adun YB. Syabas kalu sdr ada pengkalan data rekod pengundi di kawasan sdr. Tetapi sdr mungkin tersilap tafsiran warga emas sebenarnya ialah 50 tahun ke atas bukan baru nak masuk 60. Sabas kepada Adun anda yg memiliki sikap terbuka dengan menegur anda agak keterlaluan memberi komen. Tetapi hakikatnya saya tetap dengan pandangan saya orang2 miskin menjadi fokus untuk eksploitasi politik masing2 tidak kira apa ideologi mereka. Wallahalam
waktu pilihanraya ramai yang akan pasti bersusah payah randuk bendang, pegang tukul besi tolong paku rumah orang dsb.. lepas pilihanraya hilang.. satu soalan untuk Ayor Lemuju.. macamana tanah satu kampung boleh dapat kat Cina?.. sapa yang bagi?..
Menjawab pertanyaan Tanpa Nama secara ringkas...
Tanah itu asalnya milik seorang tengku kerabat diraja Perak. Tetapi dibenarkan orang Melayu membuat kampung di situ tanpa memungut sebarang hasil. Sebelum kerabat itu meninggal dunia dia sempat menyerah kuasa hakmilik tanah itu kepada sahabatnya yang juga akauntannya sebagai memegang amanah. Sahabat ini pun tidak pernah memungut hasil dari orang kampung dan memang tidak pernah langsung mengganggu orang kampung kerana teguh memegang janji dan amanat. Malangnya apabila dia meninggal dunia, anak-anak mendiang mulalah mengorek-ngorek maklumat di mana ayahnya menyimpan harta. Maka terjumpalah geran tanah di Sungai Pinang Besar ni. Cina-cina inilah yang menuntut hak daripada kerajaan, minta digantikan tanah itu - kalau mahu dikekalkan kampung - dengan sebidang tanah lain (yang mereka nak pilih sendiri) yang bernilai jauh lebih tinggi. Atas usaha Dr Zambry dan mantan MB Tajol Rosli, cina-cina ini berjaya dipujuk, tapi bukan percuma, kerajaan terpaksa membayar nilai tanah itu kepada mereka. Proses pindahmilik belum selesai. Harap-harap tidak terganggu. Dan harap-harap MB Nizar boleh bagi kerjasama. Jangan pula jual pada pihak lain. Tanah di Pangkor ni habis dah kena pangkah sampai orang Melayu Pangkor pun dah tak berpeluang lagi nak memiliki tanah. Semua tanah yang berpotensi untuk dibangunkan dah dipangkah dengan nama SUK. Wallahuaklam.
Catat Ulasan