Sabtu, 6 Disember 2008

DATUK SRK DILAYAN MACAM 'ANAK RAJA'...

Samping songket berharga RM3,000 bermotif bunga kesidang, berwarna hitam dan diikat stail Allahyarham P. Ramlee akan dipakai buat pertama kali oleh Datuk Shah Rukh Khan ketika menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) esok (6 Disember). Difahamkan samping songket rasmi negeri Melaka bermotif bunga kesidang itu belum pernah dipakai oleh mana-mana penerima gelaran ‘Datuk’ lagi. Majlis penerimaan pingat DMSM akan berlangsung pukul 10 pagi di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Jadi, Datuk Shah Rukh Khan adalah merupakan orang pertama yang menggunakannya kerana tahun ini para penerima gelaran Datuk baru mula hendak menggunakan songket tersebut. Sambutan gilang gemilang itu akan dihadiri seramai 1000 tetamu siap sekali dengan sesi fotografi kepada sesiapa yang teringin untuk bergambar bersama dengan pelakon Bombany itu.

Kakitangan Institut Seni Malaysia Melaka (ISMA) dengan wajah keriangan sibuk dengan persiapannya untuk menerima kehadiran bintang filem Bombay sedang menunjukan fabrik samping dan baju Melayu yang bakal dipakai oleh Datuk Shah Rukh Khan pada 6 Disember ini.

Pengerusi Jawatan Kuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Datuk Kapt (B) Ab. Karim Sulaiman dengan rasa bangganya sedang menunjukan cara pemakaian yang betul samping yang berharga RM3000 itu.

Rasa senyuman yang puas dari bintang Bollywood India ini yang tidak menyangka sama sekali yang mana pengambarannya yang hanya memakan masa tidak lebih dari 5 minit itu rupanya rakyat dunia baru mengenali dimana negeri Melaka sebenarnya. Akhirnya Melaka kini terkenal sebagai Pusat Perfilemen Antarabangsa, woow..!! bangganya rakyat Melaka.

Kulat: Syabas dan Tahniah kepada pelakon Bombay ini kerana menjadi artis rakyat asing pertama menerima anugerah Datuk. Melaka pula menempa sejarahnya tersendiri dan juga sejarah peribadi pemimpinnya. Pelakon Bombay itu merasa bertuah sekali dapat dilayan seperti 'anak raja' dengan tetamu khas seramai 1000 orang yang hanya semata-mata untuk melihat pelakon Bombay itu dikalungkan oleh TYT negeri Melaka. Ianya juga bertepatan dengan slogan kerajaan negeri Melaka iaitu "Melaka Di Mana Segalanya Bermula...." dan di sinilah sejarahnya tercipta.
Difahamkan setelah tersebarnya berita penganugerahan pelakon Bombay ini, Melaka kini telah dilimpahi oleh ramai rakyat India yang datang berbondong-bondong ke Melaka untuk bekerja di restoran-restoran Mamak. Selain daripada itu juga dikatakan kini sudah ramai penerbit2 filem dari luar seperti Hollywood, Hongkongwood, Taiwanwood dan Banglawood kini sedang sibuk mencari tapak2 lokasi di Melaka untuk dijadikan lokasi set filem2 mereka.
Manalah tahu 'untung sabut timbul, untung batu tengelam' dapat pulak mereka nanti anugerah Datuk dan merasalah jugak untuk memakai samping yang berharga RM3000 tu. Kepada penerbit atau pelakon2 tempatan jangan pulak irihati kerana ini merupakan strategi kerajaan negeri Melaka untuk mendapatkan 'promosi' percuma. Kalau korang je yang berlakon di Melaka, sapa yang nak tengok? Bukannya sampai ke luar negerapun... agaknya gitulah. Wallahualam.

10 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Sakit je jiwa den tengok...layan orang luar macam raja, layan rakyat sendiri macam hamba?

Nanti, apabila SRK mempertikaikan hak orang Melayu, baru padan muka.

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anak anak ku kulat dan Rimau dari Seremban,

Memang betul, untuk sabut timbul untung batu tenggelam, tuah ayam dapat dilihat, tuah manusia siapa yang tahu?

Ini rezeki SRK, biarlah. Tak payahlah kita pula kita nak sakit sakit jiwa ke sakit apa pun..rezeki kita hanya Allah swt yang tahu dari mana. Rezeki khan kali ini dari Melaka, hak dialah.

Mak Cik hanya doakan Agar pintu pintu rezeki kita pun sama sama dibuka luas oleh Allah swt dengan berkat dan Rahmatnya sekali. Amin.

kulatlapok berkata...

salam Tuan Harimau dan Makcik...
Terima kasih kerana meningalkan titipan ke cendawan malaya.

Untuk pengetahuan kita semua, masihkah ingat lagi Najib pernah menerima anugerah dari kerajaan negeri Melaka dalam suatu majlis khas, tetapi hanya dihadiri oleh pemimpin2 negeri Melaka sahaja dan tiada pun jemputan2 khas seperti ini. dan sesungguhnya memnag tiada niat untuk rakyat ini mencumburi atau sakit hati dengan penerimaan tersebut. Rakyat dinegeri ini satusenpun tidak dapat faedahnya tetapi disebaliknya, Datuk Bombay itu yang makin laris dan rakyat ini pulak menyumbang kepada keuntungan filem india kerana menyokong industri Bombay. Apapun Terpulanglah pada niat pemimpin negeri Melaka, keikhlasan bekerja untuk rakyat,yang itu adalah paling diutamakan. Wallahualam.

sumandak bayu berkata...

Salam Bro Kulat...

Sumandak bukanlah nak kata cemburu apa lagi irihati kat mamat bomboy tu... macam bro katakan segala sejarah memang dimulakan di negeri Melaka...

Cuma terkilan dengan layanan yang diberikan kat mamat bombay tu... dari dulu hingga ke hari ni sumandak masih tertanya2 ape yang mat bomboy tu dah bagi sumbangan besar kat negeri melaka...

Kalo cakap industri perfileman Malaysia dia dah bantu... jauh sekali projek perfileman kita mendiri sendiri tanpa bantuan pun dari mamat bombay tu....

Kalo cakap disebabkan mat bombay tu pernah berlakon dengan ambik tempat kita kiranya dia dah bantu industri pelancongan kita... rasanya adalah tapi tak banyak mayb letaklah 20%.....

Jadi sesuai atau tidak rakyat MALAYSIA berhak bertanya kat rakyat MELAKA ape ke hal nya yop semua ni jan bagi malu kat negara kita yang mudah sedekahkan pangkat DATUK kat orang Luar....kita hargai dulu pemimpin atau artis kat dalam negeri sendiri dulu... KECIK HATI orang kita...

kulatlapok berkata...

salam TUAN SUMANDAK..

Saya kira tak perlu saya nak ulas lagi. SRK tak bersalah dalam ini gambar kata ahmad Nesfu, Malay Filem Star direktor. Apapun titipan Sumandak ini sudah cukup tepat dan mengena sasarannya. Kepada rakyat Melaka 'tepuk dada tanya selera'.

Terima kasih menziarahi Cendawan MALAYA, 'Selamat Menyambut Aidiladha'

Tanpa Nama berkata...

Salam saudara Kulat,

Rustam kata dia memancing
Rakyat janganlah runsing
Rezeki penjual samping.
Rakyat dilayan seperti anjing.

Salam takzim

kulatlapok berkata...

salam Tuan Kerajaan Rakyat,

terima kasih titipan pantun, saya sudi membeli pantun tuan,

RUSTAM KATA ITU HAL KERAJAAN NEGERI
SABAGAI PROMOSI DAN STRATEGI
HAL DALAM NEGERI TIDAK DIPEDULI
PENDUDUKNYA AMAN BERSAMA BABI

Ajeem berkata...

saya dah muak nak ulas isu ni..apa yang saya boleh simpulkan adalah: kera di hutan disusukan,anak dirumah mati kebuluran...huhuu..

kulatlapok berkata...

salam ajeem

Akirnya kerajaan negeri tersenyum puas dapat melaksanakan hasrat dan cita2nya dengan kehadiran aris pujaan isteri masing2. Melaka telah dijanjikan sesuatu yang tak pasti tanpa ada dukomentasi untuk membuat filem dan studio SRK di Melaka. Syabas Datuk Ali Rustam.

Tanpa Nama berkata...

Mau juga komen, tapi taktau ayat apa yang sesuai diletakkan..

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN