ISU PENGKID: Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah memberi amaran kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam tertentu agar tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengharamkan pengkid. Beliau berkata tindakan NGO yang mempertikaikan keputusan tersebut boleh menjejaskan keselamatan negara dan dikhuatiri mendapat tindak balas di kalangan orang Islam.
CARA PEMAKAIAN WANITA:
AGAMA ISLAM SENDIRI TELAH MENJELASKAN: DALIL AL-QURAN:
Ada beberapa dalil yang menunjukkan wajibnya menutup aurat bagi wanita muslimah, antara lain : Dalam al-Quran surah An-Nur ayat 31, "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita,"
Ada beberapa dalil yang menunjukkan wajibnya menutup aurat bagi wanita muslimah, antara lain : Dalam al-Quran surah An-Nur ayat 31, "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita,"
ANTARA BEBERAPA PERISTIWA MASALAH TUDUNG YANG DINAFIKAN OLEH KERAJAAN ISLAM HADHARI.
1. Pengetua SMK Abdullah Munshi di Pulau Pinang, melarang pelajarnya yang berumur 15 hingga 18 tahun daripada mewakili sekolah dalam perlawanan bola jaring peringkat negeri kerana tidak membuka tudung semasa bermain [News Straits Times 23 Mac 2006];
2. Di Pahang, seorang guru di sebuah sekolah aliran agama, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Sentang telah menggunting tudung labuh pelajarnya seramai 65 orang kerana tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh mereka [Utusan Malaysia bertarikh 25 Februari 2006];
3. Seorang pegawai Akaun, Habsah Jaafar dibuang kerja kerana majikanny, Hotel Renaissance tidak membenarkan beliau memakai tudung semasa bekerja [Utusan Malaysia 27 Februari 2006];
4. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Bakri Omar semasa bertugas pernah memeranjatkan banyak pihak dengan kenyataannya mewajibkan polis wanita wanita memakai tudung semasa bertugas dengan alasan keseragaman [News Straits Times 22 Mac 2006];
5. Namun isu ini diredakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang menyatakan bahawa pemakaian tudung hanyalah pilihan, bukan wajib, kecuali untuk perbarisan rasmi, di mana mereka perlu mengikuti peraturan [Mingguan Malaysia 26 Mac 2006];
Manakala cadangan untuk memertabatkan jawatan MUFTI untuk mewujudkan jawatan Mufti Negara atau mufti bertaraf nasional ataupun kebangsaan telah ditolak oleh kerajaan Islam Hadhari dengan alasan 'belum ada' keperluan (Tiada Hasrat...klik sini) kepada negara dan akan diwujudkan jika terdapat keperluan kepada negara satu hari nanti.
KULAT: Jelas di sini, Hukum Islam itu sendirinya telah meletakan aurat wanita itu 'wajib' . ‘Kemuliaan Mahkota Wanita’ dipilih secara simboliknya kerana rambut dikaitkan sejak sekian lama dengan kecantikan dan kemuliaan wanita (penjelasan lanjut.....klik sini). Dengan berlalunya masa, kemerosotan iman dan penghayatannya berlaku di kalangan umat Islam. Cara hidup sekular dan propaganda pembebasan wanita pun dimainkan. Penjajah pemikiran dan sekutunya bertungkus-lumus menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar. Antara usaha mereka adalah menanggalkan tudung dari kepala wanita Islam. Mereka berjaya meyakinkan wanita bahawa untuk maju, mereka harus mengikut budaya Barat dan bebas daripada penindasan agama melalui cara berpakaian. Kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam, bimbangilah dan fikirkanlah isu ini untuk Agama, Bangsa dan Negara. Wallahualam.
15 ulasan:
Salam Tok Cendawan,
Tuntutan agama lagi penting ke ataupon budaya lagi penting?
Tuk isu pengkid ni, den golakkan je la mereka2 yg perjuangkan kebebasan mende2 karut ni...
Tapi yelah, dah nak akhir zaman...Ni slah satu dr fitnah2 DAJJAL...
Berdoalah drpd terjebak dan terpengaruh....Nauzubillah
salam MASTERYODA:
Bagaimana persiapan ke gerbang mahligai....
Budaya ni dah ada lama dah tapi dulu lebih kepada individu, tapi kini ianya dah macam tak terkawal bila ada gruop dan kelabnya sendiri, baru Hadhari yang kata nak maju ke hadapan tu tersedar dari lamunan...ekk macamana boleh cepat merebak budata ni...ahh lu fikirlah sendiri...sebab kita banyak bawa masuk produk luar dan akhirnya kita sendiri keluarkan produk kita sendiri...wallahualam
Saya setuju dgn fakt-fakta yg dikemukakan. Namun saya tidak dapat kaitkan Islam Hadhari dgn arahan pengetua SMK terhadap wakil sekolah dan tindakan guru sekolah menggunting tudung.
Adakah terdapat arahan drpd PM tentang itu?
Dalam keghairahan menulis sebaiknya kita mengambil kira penerimaan khalayak yg telah kita pengaruhi melalui bakat menulis yg Allah berikan.
Ada org diuji dgn kejahilan dan ada org diuji dgn kepintaran.
Jemput ke blog saya dan kita berdiskus tentang cara2 mengembalikan pemerintahan kpd yg lebih berhak.
Wallahu'alam.
Salam DEMANG LEBAR DAUN:
Terima kasih atas titipan sdr dan tidak adil rasanya kalau saya tidak siarkan titipan sdr ini.:
1.Islam Hadhari saya difahamkan oleh para penceramah2 pihak kerajaan, yang berkonsepkan maksudnya Islam Yang Bertamadun. Ianya dilihat iaitu meletakkan keutamaan ketamadunan di hadapan islam itu sendiri, seolah-olah sebelum ini AlQuran yang lengkap itu kurang kiasannya dan bersifat lapok serta susah nak difahami lebih tepat tidak menunjukan ke arah kemajuan yang dikehendaki.
2. Mengapa perlu laksanakan pemerintahan islam dengan menggunakan tiket islam hadhari? Mengapa tidak katakan memerintah dengan hukum Islam sedangkan islam itu syumul? Lebih tepat segala hukumnya sudahpun lengkap dan cuma perlu kita terjemahkan dengan pelaksanaannya.
Ini yang mengelirukan dan hingga ke hari ini ramai yg keliru kemana sebenarnya konsep ini hendak diterjemahkan. Konsep hadhari ini juga diperkenalkan disaat2 akhir untuk menghadapai PRU11 bagi mengimbangi konsep Islamik yg dibawa oleh PAS. Akhirnya BN menang dengan majoriti besar. Kenapa tidak dari dulu lagi memperkenalkannya..?? Selepas dilaungkan2, lebih banyak produk2 yang tidak bertemadun dibawa masuk sehingga menjadi ikutan dan akhirnya tidak dapat dibendung lagi. Dimanakh penasihat2 agama kita. Sedangkan untuk memertabatkan jawatan MUFTI, jawapannya belum ada keperluan. Begitu hinanya jawatan yg berteraskan keagamaan. Kenapa tidak mempertahankan???
Soal arahan pengetua.?? Tidakah Sdr merasa sensitif jika sdr. seorang Muslim apabila cara pemakaian islam dihina begitu sahaja. Kenapa? Tidakkah sesuai mereka bertudung semasa bersukan? Sedangkan Islam tidak pernah melarang dalam segala aktiviti riadah yang sesuai asalkan ianya kena pakaian bersukannya.
Dalam keghairahan menulis memang tidak dinafikan sifat kelalaian tidak dapat lari sebagai seorang hambanya yg jauh begitu hina disisiNya dan saya memang diuji dgn sifat kejahilan.Wallahualam.
Saya telahpun ziarah blog saudara, dan sememangnya saudara seorang penulis yg baik dengan kepintaran dan olahan bahasa yang indah, Syabas buat tuan punya blog 'DEMANG LEBAR DAUN'.
Salam sdr. kulat,
Bagi saya dalam hal ini dua pihak bertanggung jawab.
Pertama Ibu bapa. Ibu bapa wajib mengajar agama kepada anak-anak. Wajib tarbiahkan mereka, disiplinkan mereka. Dalam ajaran islam, ibu bapa akan bertanggung jawab di akhirat ke atas anaknya sebelum baligh. "Melentur buluh di masa rebung"
Kedua kerajaan. Dari kebebasan sosial, pelaksanaan hukum, tata susila berpakaian di pandang remeh oleh kerajaan. Walau pun pemerintah adalah majoritinya terdiri dari kalangan orang Melayu dan beragama Islam tetapi Islam diremehkan. Tidak ada kesungguhan di dalam membenteras gejala sosial.
Jadi ianya bukan saja produk kerajaan bahkan produk ibu bapa juga.
salam Tuan MOUNTDWELLER:
tERIMA KASIH, PANDANGAN TUAN SELALUNYA BERNAS. SAYA SANGAT SETUJU KENYATAAN TUAN PADA PERENGGAN KEDUA. TEPAT DAN PADAT. iTULAH SEBENARNYA YG SAYA MAKSUDKAN.
Salam Saudara Kulat,
Satu titipan yang mampan sebagai peringatan dan iktibar kepada mereka yang dapat berfikir.
Sejak mengenali 'Cendawan Malaya', saya banyak menimba ilmu dalam kesantaian membaca. Semoga ALLAH terus memberi kekuatan minda kepada saudara untuk terus menitipkan santapan rohani seperti ini.
Salam takzim.
salam Kerajaan Rakyat:
Blog kerajaan Rakyat adalah sebahagian daripada rujukan. Ada Ilmu disebalik kata sindiran. Terima kasih atas sokongan tuan.
salam kulat,nak minat izin copy artikel pengkid ni untuk dilampirkan dalam blog sy.bleh?
salam Ajeem:
Ilmu bukan milik saya, tapi untuk semua umat Muhammad. Saya juga mendapat maklumatpun dari pihak yg terlebih dahulu menyiarkannya. No problem.
Assalamu'alaikum Wr,Wb
Isu Pengkid sudah lama saya keluarkan namun nampaknya baru sekarang keluar balik itu tidak mengpa namun apa yang sangat penting ialah apabila majlis fatwa mengeluarkan fatwa adalah di harapkan tiada siapa yang bantah, bermacam-macam ragam ulasan telah di buat sehingga membabitkan penguatkuasaan, ibu bapa, pemerintah dan sebagainya, sebenarnya semua itu benar akan tetapi itu bukan suatu perkara yang mutlak, yang lebih mutlaknya ialah salahkan diri sendiri sebagaimana firman Allah pada surah Bani Isroil ayat 172 dan 173
Sesungguhnya manusia itu tidak boleh lari dalam tanggungjawab untuk membela dirinya di hadapan Allah, oleh itu saya menggariskan bahawa PENGKID berlaku adalah kerana
1. Kerajaan
2. Kedua ibu dan bapa
3. Pendakwah agama
3. Perlembagaan negara
salam Tuan pakkaramu:
Terima kasih kerana sudi menziarah ke post cendawan MALAYA. sAYA SANGAT SETUJU DENGAN PANDANGAN YANG TUAN berikan iaitu menggariskan bahawa PENGKID berlaku adalah kerana
1. Kerajaan
2. Kedua ibu dan bapa
3. Pendakwah agama
3. Perlembagaan negara
tok guru jawab
sapa nak masuk terus ke Syurga
taatlah perentah Alah
sapa nak masuk Neraka dulu
lepas tu masuk ke Syurga, selepas
keluar sebagai banduan dari Neraka,
lawan dan jangan taat perentah Allah.
taat perentah Allah, bermaksud
meningalkan semua yang dilarang
oleh Allah.
lawan dan tak taat perentah Allah,
bermaksud, melanggar perentah Allah, sebagai contoh, meninggalkan sembahyang, berjudi, minum arak,tidak menutup aurat, berzina, makan rasuah, tolah hukum hudud, riba, dll, banyak lagi,
selalulah mendengar ceramah Agama.
layari www.ustad azhar idrus
Ada masaalah Agama boleh jugak
rujuk www.drmaza.com
salam sejahtera:
1. Abdullah:
2. Mamat:
Terima kasih di atas titipan sdr. semoga kita, anak2 n isteri, ibubapa, keluarga,sanak saudara, sahabat handai, guru2, para pemimpin, dan seluruh umat Islam dilindungi kesejahteraan olehNYA. InsyaAllah.
Catat Ulasan