Ahad, 28 Disember 2008

HEBATNYA LAUNGAN AZAN.....MASYAALLAH..!!

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran kita. MasyaAllah....


Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.' Di mulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Keagungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belumpun laungan Azan di merata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Mynmar dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masaini, Azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarakmasa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Proses ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang tanpa putus-putus. Subhanallah, begitu hebatnya laungan azan.
sumber e-mel from: Alida Abd Jalaini, Tokyo


KULAT: Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam dan laungan Allahuakbar. Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara yang power habis!, akan bergegarlah satu dunia dengan laungan Azan yang tidak putus-putus. Allahuakhbar!!!

"Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430"
kepada semua blogger kaum muslimin dan muslimat, marilah kita semua tingkatkan ketaqwaan kita kepada Yang Maha Esa, agar kita semua diberi petunjuk ke jalan yang diredaiNya.

Jumaat, 26 Disember 2008

JIKA BENAR KAU ISLAM, KAU MEMANG BANGSAT..!!!

Hari ini aku balik dari kerja agak lewat. Sampai je rumah terus hadap depan TV nak tengok apa berita menarik hari ini. Dalam keadaan letih tetiba je badan aku seperti kena shock karen. Aku benar-benar tersentak. Ingatkan kes di luar negara. Rupa-rupanya kat negara Malaysia ni. Betul-betul BANGSAT punya manusia. Kalau benar kau seorang ISLAM, memang kau seorang ISLAM yg BANGSAT yang bertopengkan agama.

Pas tu aku terus je capai laptop dan terus je buka. Aku dah agak kekawan dahpun buat entry. Syabas buat HARIMAUMENAIP dan PERISIK RAKYAT yang lebih awal dah beri warning. Ayuh mari kita ganyang yang bernama ADIBAHAHMAD ini. Kalau dia bukan seorang ISLAM. AWAS JANGAN CUBA MEMBAKAR JIWA KAMI UMAT ISLAM. Jika ini benar-benar berlaku, AKAN KU HANCURKAN tulang temulangmu. Ingat..!! setitik darah muslim ini gugur hanya semata2 untuk mereka membela NABI junjungannya NABI MUHAMMAD SAW. ALLAHUAKBAR.!! ALLAHUAKBAR..!! ALLAHUAKBAR..!!


ini lah dia blog BANGSAT http://adibahahmad.blogspot.com/


Adakah bumi Malaysia bakal mengalami situasi yang sama seperti ini..?

KULAT: Rasa tak sabar terus membuak-buak untuk mengetahui siapakah gerangan yang empunya blog tersebut. Apakah jantinannya? Apakah bangsanya? Apakah anutan agamanya? Diamanakah tempat tinggalnya? Rasanya malam ini juga kepingin nak berkenalan. Ayuh..!!muslimin dan muslimat mari kita terus berusaha apa jua cara bagi mendapatkan tuan yang empunya blog tersebut....
AWAS TUAN YANG EMPUNYA BLOG, "ADIBAHAHMAD" , UMAT ISLAM DI NEGARA INI, MEREKA BOLEH BERTELAGAH PASAL IDEOLOGI POLITIK AKAN TETAPI MEREKA BOLEH BERSATU SEKIRANYA AGAMA MEREKA DIPERMAINKAN.

Khamis, 25 Disember 2008

DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG ISLAM

Ini emel yang diterima dari seorang teman. Untuk seluruh umat Islam sekadar menambah ilmu pengetahuan.


Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.


1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’ Kenapa?
‘Kami’ kan lambang ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’ ? Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, ‘aku’ kata jamaknya ‘kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8 ) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab “ Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar”
Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Budha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”
Kita jawab lagi “ habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus”

11) Sami Budha berkata lagi “makan binatang akan dapat banyak penyakit”
Kita jawab “Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah. Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw kerana Nabi dan Rasul sebelum baginda kan telah Allah lantik sebelum Nabi Muhammad?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

KULAT: Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat. Kulat hanya menyampaikan sahaja. Segala kekurang dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan... Wallahu'alam.
emel From: Nurulhalifatulmaria

Selasa, 23 Disember 2008

DR. ZAMBRY TINGGAL JANJI, PAKATAN RAKYAT KENA TANGGUNG

Apa yang dipaparkan itu adalah kebenaran. Satu realiti yang sebuah kehidupan dihadapi oleh warga emas bersama seseorang cucu dan seorang anaknya. Warga emas itu ialah Talib Che Din berusia 57 tahun yang tinggal di Kampung Sungai Kecil, Pulau Pangkor Perak. Rumah itu sudah di mamah waktu. Tapak tempat ianya berdiri kepunyaan orang Cina! Dalam keadaan yang uzur hari ini tidak mungkin beliau dapat membaiki keadaan rumah dan kehidupan dia bersama seorang anaknya, Kamaruzaman 15, yang terencat akal dan cucu, Awi 5, yang ditinggalkan ibunya. Apa yang boleh dilakukan hanya pasrah kepada keadaan. (baca lagi sini.... dari 'merah tinta')


En. Talib Che Din bersama cucunya.


Rumah Talib Che Din yang menunggu masa untuk menyembah bumi

Hallo.!! Bro... Apa dah jadi ni...??? (2x5=5x2)

Menurut Talib, Adun Pangkor, Dr. Zambry Abdul Kadir dan ahli Parlimen Lumut, Kong Cho Ha pernah menjenguk rumah itu dua kali dan menjanjikan untuk menghulurkan bantuan. "Mereka datang sebelum pilihan raya 2008. Kini sesudah lapan bulan berlalu, janji belum ditunai dan bayangan mereka sudah tidak nampak lagi."

KULAT: Begitulah lumrahnya 'ehsan politik' di negera kita ini. Datang hanya meraih undi sahaja. Bila hajat tak tercapai janji manis hilang meninggalkan pahit kepada yang mengharap. Kebetulan kerajaan Perak kini dibawah Pakatan Rakyat yang menjadikan Kebajikan sebagai slogan. Yang kalah dah jadi abu, yang menang dah pun jadi arang. Justeru seperti kata 'tinta merah', marilah kita semua saksikan apakah ada perbezaan relatif antara kerajaan Pakatan Rakyat dengan kerajaan Barisan Nasional membela golongan miskin ini. Wallahu'alam.

Ahad, 21 Disember 2008

NAMA DSAI DISEBUT DALAM 19 RESOLUSI ISU BABI DI MELAKA

Pak Lah, Anwar dan Hadi dengarlah rintihan kami. Bersatulah membela.. kami BUKANNYA BABI!!!

Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md Harun, telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Abu Seman Yusop untuk disampaikan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Rahimuddin berkata, bantahan itu dianjurkan bagi membantu penduduk Islam di Kuala Sungai Baru menikmati hidup lebih tenteram dan bebas pencemaran babi dari ladang haiwan itu yang sudah beroperasi kira-kira 50 tahun lalu.

Mereka juga akan menghantar memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Kita mahu memorandum ini dihantar kepada semua pemimpin Islam dan Melayu supaya mereka dapat membincangkan serta memperjuangkan nasib penduduk Melayu dan Islam di Kuala Sungai Baru," kata Timbalan Pengerusi Perwaris (baca lagi.. ).

Sebahagian daripada 19 resolusi isu babi yang kemukakan oleh Perwaris:-

1. Resolusi ke 14: Perwaris memberi masa sebulan dari tarikh serahan memerandum tersebut kepada pihak terbabit untuk menyelesaikan masalah babi di Kuala Sg. Baru.

2. Resolusi ke 15: Perdana Menteri, Ketua Menteri Melaka dan Ahli Parlimen Masjid Tanahharus memastikan perkara isu babi ini dselesaikan segera.

3. Resolusi ke 16: Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin PKR harus membuktikan kemampuan beliau untuk membantu menyelesaikan masalah lambakan ladang dan ternakan babi yang mencemarkan alam sekitar di negeri Melaka sejak 50 tahun yang lalu.

KULAT: Nampaknya isu BABI di Melaka telah mengalami jalan buntu apabila, Perwaris telah terdesak meminta pulak pandangan dari pemimpin pembangkang. Bukankah pihak PR sekarang ni sedang bercadang untuk MEMBINA KANDANG BABI SECARA BESAR-BESARAN di Kedah dan Selangor.?? Baru cadangan, belum dilaksanakan lagi, tomahan dan cacian antara pandangan yang diterima oleh pihak PR. Ini kan pulak Perwaris meminta pemimpin PR untuk campur tangan dalam isu babi yang berpuluh tahun tidak dapat diselesaikan oleh 6 pemimpin Melaka (baca sini.. ) termasuklah calon yang bakal terpilih sebagai orang No. 2 dalam kepimpnan UMNO Pusat nanti.

Setahu Kulat sejak bantahan awal isu babi ini timbul dengan disertai laporan polis dan demontrasi, Ketua Menteri Melaka belum pernah lagi bersua atau membuat dialog bersama dengan penduduk2 Kuala Sg. Baru. Itrupun beliau hanya menghantar wakil sahaja. Isu babi di Melaka bukanlah perkara baru, malah ianya dianggap telah menjadi 'ketuat' dan 'berkematu' selama 50 tahun. Agak mustahil apabila Perwaris meminta kebijaksanaan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk membantu menyelesaikan isu babi tersebut sedangkan kepimpinan UMNO Melaka seperti diikat tangannya untuk bertindak. Keikhlasan Perwaris itu nanti bakal mengundang tomahan lain yang PR cuba hendak mengambil kesempatan di atas krisis tersebut. Wallahu'alam.

PRESIDEN BUSH TERINGIN NAK BERKATHAN..

KULAT: Presiden Bush telah teringin nak potong 'anunya' setelah secara tak sengaja terlihat 'anu' Presiden Iraq semasa mengelak sepasang kasut yang diterbangkan oleh seorang rakyat Iraq,.....padanlah muka ko presiden kelahiran iblis laknattullah. Sepatutnya iblis inilah yang diletakan di Jamrah supaya umat Islam satu dunia boleh boleh melontarkan batu ke mukanya... khaaaaaakktuii...!!!

Jumaat, 19 Disember 2008

USIA 83 TAHUN, MAHATHIR TINGGALKAN BALU & ANAK YATIM

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad kini menyambut 'Hari Lahir' nya yang ke 83. Semoga beliau terus sihat sehingga ke akhir hayat. Rakyat terus menyanjung (Bapa Pemodenan) beliau yang telah banyak meninggalkan jasa untuk negara. Namun disebalik jasa beliau, hati ini terusik jua bila kenangan lalu kembali menyapa. Peritiwa MEMALI menyayat hati, lantaran kesedihan menusuk kembali. Peristiwa pahit menjangkau 23 tahun berlalu. Yang terkorban mempertahankan agama. Tidak kurang juga di pihak keselamatan arahan atas orang yang berkuasa. Apa yang pasti wanitanya kini menjadi balu. Anak-anak mereka terus yatim hilang tempat mengadu. Akibat kuasa, sehingga kepada berbunuh. Kesalnya tidak terhingga, serangan dilakukan di sebuah kampung yang dihuni oleh majoritinya SEBANGSA dan SEAGAMA.
1. Memali: Kebenaran Yang Samar, Pendustaan Yang Tersembunyi (sila baca di sini)
2. Peristiwa Memali 1985 (sila baca di sini)

KULAT: Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas mereka yang terkorban mempertahankan Agama Allah SWT. Tidak dilupa juga kepada anggota keselamatan yang terkorban atas arahan tugas dari kerakusan kuasa pemimpin yang mengaku menjunjung agama yang sama. 23 Tahun sudah berlalu, namun kes MEMALI masih lagi tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.

DEGUP JANTUNG 'SI MISKIN' SEMAKIN LEMAH....

Sime Darby dilaporkan telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk memperoleh pegangan dalam syarikat yang mengendalikan Institut Jantung Negara (IJN) yang kini merupakan pusat perubatan jantung utama di rantau ini. Pihak kerajaan pula dilaporkan tidak menghalang hasrat Sime Darby Bhd untuk menguasai pegangan dalam IJN. Namun begitu ada juga beberapa pihak yang tidak bersetuju terhadap cadangan Sime Darby untuk membeli kepentingan dalam IJN, yang dimiliki 99.99 peratus oleh Kementerian Kewangan. Cadangan Sime Darby itu menimbulkan banyak polemik dari berbagai pihak sekiranya pusat itu dijadikan milik swasta, bayaran perubatan akan menjadi lebih tinggi dan tidak akan dapat dinikmati lagi oleh golongan miskin.

Apakah nasib golongan miskin seperti ini akan terus menikmati faedah hasil penswastaan IJN?

KULAT: Umumnya di negara ini telah banyak projek yang diswastakan telah mengakibatkan bayaran perkhidmatan terus meningkat dan hari ini memang terbukti di mana tidak ada satupun projek yang diswastakan perkhidmatan bayarannya menurun malah semakin meningkat. Jadi ini sudah tentu ianya akan membebankan rakyat yang berpendapatan rendah apatah lagi bagi mereka yang tergolong dari miskin tegar. Akhirnya mereka (golongan miskin) ini nanti semakin jauh terpinggir dari tanggungjawab sosial pihak pemerintah dan degup jantung merekapun terus semakin lemah.

Rabu, 17 Disember 2008

POLIS TIADA KUASA.....

1. Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata polis tidak dapat mengambil tindakan terhadap Ayah Pin setelah Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu memaklumkan kepada polis untuk tidak menahannya. "Apabila dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu sama ada untuk menahannya, jabatan berkenaan mengatakan tidak perlu," kata Musa Hassan. sumber:malaysiakini:92993.
2. Manakala Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pula menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan rasmi kepada pihak polis supaya jangan menahan Ayah Pin yang dikesan pulang ke negara ini, dari Selatan Thai, baru-baru ini. Sehubungan itu, JHEAT berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengenai laporan yang mengatakan jabatan tersebut tidak membenarkan polis menahan Ayah Pin. sumber:malaysiakini:92991.
3. Sementara itu Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said hari ini membidas Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) yang disifatkannya tidak proaktif dan lemah dalam bertindak.

"Kenyataan di atas menimbulkan polimek di kalangan masyarakat berkaitan dengan pihak-pihak berwajib menangani isu yang melibatkan kesongsangan agama Islam di negara ini. Dua pihak berwajib yang menangani isu Ayah Pin ini mempunyai kuasa dan diberi kuasa yang cukup untuk bertindak. Namun hal ini tidak dapat dilakukan atas sebab2 dua kuasa yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama iaitu 'membanteras'. Sekiranya kedua2 pihak ini saling bekerjasama, masalah isu Ayah Pin sudah lama berakhir."
Kulat: Dalam hal ini, kita bukan nak mempersoalkan kuasa yang ada pada PDRM. Nanti komen lebih2, tak pasal2 kena seret pulak ke balai macam rakan2 blogger kita yang dah merasa pengalamannya. Namun sebagai rakyat Malaysia 'hak' bersuara dan 'pandangan' tidak boleh diketepikan begitu saja. Cuba kita sama-sama fikirkan di sini, siapa kuasa paling berkuasa sekali dalam menguatkuasakan undang2 di negara kita ini? Sudah tentu pihak polis kerana ianya diletakkan dibawah atas "Perintah Yang DiPertuan Agong". Manakala JHEAT hanya di bawah kuasa kerajaan negeri. Jadi kuasa polis boleh diperluaskan untuk kes-kes tertentu khususnya melibatkan kesonsangan Agama Islam negara ini. Jadi kesimpulannya polis sepatutnya boleh bertindak mengatasi kuasa JHEAT serta bertepatan dengan lambang yang ada pada pihak polis itu sendiri iaitu "sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah".


Sebahagian maksud yang ada pada lambang PDRM.

Maksud Bulan dan Bintang

Bulan dan Bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Maksud Mahkota
Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong diatas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada pasukan. Perkataan Allah dan Muhammad melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah sebagai pesuruh-Nya, juga melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan keimanan dalam pasukan PDRM yang sanggup berjuang demi menegakkan maruah negara, bangsa dan agama Islam serta sanggup berkorban diri.

Isnin, 15 Disember 2008

TOYOTA CAMRY SEBENARNYA JAUH LEBIH MURAH DARI PRODUA KANCIL

Tiga negeri di bawah Pakatan Rakyat telah membuat cadangan tidak akan menggunakan kereta Proton V6 sebagai kereta rasmi kerajaan negeri kerana mendakwa kos penyelenggaraannya tinggi. Mereka ingin memastikan kerajaan negeri memperoleh nilai sebenar bagi setiap pembelian dibuat. "Toyota Camry adalah pilihan tetapi apabila tiba masa untuk menukar kereta, kami akan mendapatkan kereta yang paling ekonomikal dan syarikat mana yang boleh memberi pilihan terbaik," kata salah seorang pemimpin dari PR sambil menyifatkan kereta nasional sebagai teruk.

Sebenarnya rakyat negara ini ramai lagi yang tak tahu bahawa kereta Toyota Camry boleh diperolehi jauh lebih murah harganya dari sebuah kereta Produa Kancil. Baru-baru ini difahamkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dari Selangor, Perak dan Kedah telah berlepas ke Vietnam untuk membeli Toyota Camry jenis santai dan sekarang mereka ke sana untuk membuat ujipandu mengikut kesesuaian cuaca dan jalanraya di Malaysia.

KULAT: Kelihatan kereta Toyota Camry sedang dipandu uji kesesuaiannya sebelum dibawa masuk ke negara ini pada tahun hadapan. Nampaknya pihak kerajaan BN/UMNO perlulah menutup mulut dan isu tidak perlu diungkit lagi apabila kerajaan Pakatan Rakyat benar2 menjaga kepentingan wang rakyat dengan hanya membeli separuh sahaja badan kereta Camry.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN