Memaparkan catatan dengan label Isu Selsema Babi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Selsema Babi. Papar semua catatan

Ahad, 16 Ogos 2009

Melaka Antara Tempat 'Lubuk Maut' Selesema Babi?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 5 juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai. Sehingga kini tiada siapa pun yang dapat menjangkakan bilakah keadaan pandemik selesema babi yang melanda negara ini sejak Julai lalu akan berakhir dan rakyat kembali hidup dalam keadaan seperti sebelum penyakit ini tercetus. Sehingga semalam, sebanyak tiga lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) direkodkan menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu kini mencecah 59 kes.

Akhbar melaporkan negeri2 di Pantai Barat Semenanjung paling banyak meragut mangsa H1N1. Antara negeri yang tertinggi itu Johor, Selangor dan Melaka iaitu ketiga-tiga negeri itu mempunyai lebih separuh daripada korban kes selesema babi di Malaysia. Negeri yang tiada kes setakat ini iaitu Terengganu dan Kelantan.

Pihak kementerian Kesihatan telah menasihatkan orang ramai supaya menjauhi tempat2 awam terutama majlis dan program2 yang melibatkan perhimpunan manusia yang ramai. Di Melaka beberapa kes H1N1 telah dicatat berpunca daripada program2 perhimpunan yang besar antaranya Perhimpunan Kadet JPA Seluruh Negara dan Perhimpunan Belia Kebangsaan selain penularan di sekolah2 yang mengakibatkan lebih 85 sekolah setakat ini ditutup.

Terbaru satu majlis perhimpunan terbesar yang diadakan di Melaka ialah HPPNK 2009 yg diadakan di MITC Melaka mulai 10 hb hingga 16 Ogos 2009. Sambutan HPPNK yang sudah pasti menghimpunkan ribuan manusia dari seluruh negara itu diharapkan tidak akan mencatatkan kes H1N1. Pada majlis tersebut, orang ramai masih tidak menghiraukan bahaya wabak tersebut dan didapati jumlah mereka yang menggunakan penutup mulut kurang 5%.

Seperti dalam gambar di atas, para hadirin sanggup mengambil risiko menghadiri Majlis Perasmian HPPNK 2009 di MITC, Ayer Keroh Melaka. Majoriti yang hadir ialah kaum Melayu. Bayangkan jika wabak tersebut menular pada perhimpunan tersebut? Jika ada, pastinya ribuan manusia di dalam dewan tersebut terpaksa dikuarantinkan. Harap tiada kes dicatatkan.

Selasa, 11 Ogos 2009

H1N1: ANAKKU MELOMPAT GEMBIRA...!!

Awal pagi ni seperti biasa kerja rutin (kecuali hari Sabtu dan Ahad) iaitu isteriku menghantar anak-anak ku ke sekolah dan tak ketinggalan juga yang kecil sekali juga terpaksa berpisah di siang untuk diletakkan di TASKA berhampiran isteriku bekerja.

Tiba-tiba pagi ni lebih kurang jam 9.30 pagi, aku terima sms dari sekolah anakku yang meminta semua ibupaba datang segera ke sekolah kerana sekolah akan ditutup seminggu mulai hari ini akibat susupek wabak H1N1. Bermakna sekolah akan (terpaksa) bercuti sehingga 16 Ogos. Difahamkan sekolah tersebut terpaksa ditutup kerana seramai 230 murid sudah tidak hadir beberapa hari tanpa diketahui puncanya. Setakat ini sudah 82 sekolah di Melaka telah ditutup dan dijangka berpuluh buah lagi akan berbuat demikian yang mungkin mencecah hampir 100 buah. Ini menunjukkan betapa seriusnya penularan wabak ini di Melaka terutama terhadap kanak-kanak.

Pas tu tak lama kemudian aku dapat panggilan dari si abang, anakku yang sulong yang menggunakan telefon awam dengan nada termengah-mengah minta aku mengambilnya segera di sekolah. Sampai di sekolah suasana sekolah seperti huru-hara dan hiruk-pikuk dengan wajah cemas ibubapa seolah-olah panik sedang mengambil anak masing-masing. Di sekolah aku lihat dari jauh ketiga-tiga anakku terus berlari ke arahku bila saja melihat kelibatku telah berada di situ.

Sampai saja dengan wajah yang berseri-seri dan senyuman yang meleret mereka terus berteriak, ayah.! ayah.! besok sekolah cuti lama, yeh! yeh! cuuti..!! balik rumah boleh main games bola..!! Aku terus diam aje tanpa berkata apa-apa terus naik kereta meninggalkan sekolah untuk tidak dijejak ke sini buat tempoh seminggu ni. Dalam pada itu, hati ini juga berkata-kata, tak kisahlah apa ko nak main, asalkan anak-anakku diberi kesihatan yang baik olehNYA dan dijauhkan wabak yang telah dianggap amat serius menular begitu pantas di dunia ini.

"Ya Allah, janganlah KAU menguji hambamu dengan ujian-ujian yang tak mampu untuk kami mengatasinya, sesungguhynya KAUlah Yang Maha Berkuasa yang mencipta langit dan bumi... " Wallahuaalam.

Sabtu, 1 Ogos 2009

TAUKEH DAN PEMAKAN BABI MASIH KEBAL DARI SELSEMA BABI

Penyakit selesema babi yg melanda dunia hari ini seolah seperi diserang 'malapetaka'. Di negara ini saja, jumlah terkumpul kes tersebut setakat ini telah meningkat kepada 1,266 (setakat 30 Julai lalu). Daripada 1,266 kes yang dilaporkan tersebut, 574 atau 45 peratus merupakan kes import dan 692 atau 55 peratus adalah jangkitan tempatan.

Daripada jumlah ini, 1,233 kes atau 97 peratus telah sembuh, 24 kes atau dua peratus yang menerima rawatan antiviral di hospital manakala sembilan orang atau satu peratus lagi sedang menerima rawatan antiviral di rumah.

Manakala empat mangsa setakat ini telahpun menemui maut. Namun begitu, sehingga hari ini, belum ada kes lagi yang dilaporkan secara rasmi melibatkan pemakan daging babi atau dikalangan pengusaha2 ternakan babi di negara ini. Agaknya mereka telah memiliki vaksin yg mampu menghindarkan mereka dari dikena jangkitan virus tersebut. Ataupun mungkin babi2 di negeri ini telah diberi ubat selesema babi yg membolehkan virus dihindar dan yg pastinya BELUM ADA LAGI REKOD DICATATKAN virus H1N1 yg datang berpunca dari spiesies di negara ini.

Isnin, 29 Jun 2009

NAMA 'BABI' LEBIH TEPAT DIGUNAKAN

Terdahulu penggunaan istilah selesema babi bagi menggantikan influenza A (H1N1) menjadi isu dan perbalahan dan selisih pendapat antara dua menteri. Rasanya pendapat Menteri Penerangan, Datuk Rais Yatim lebih tepat dan bersesuaian untuk menegaskan maknanya kerana ia lebih mudah diterima penduduk negara ini, khasnya orang kampung.

Manakala kenyataan Menteri Kesihatan pula menimbulkan kemusykilan kemungkinan ianya telah mempolitikan pekara ini dengan beberapa tujuan tertentu. Antara kemungkinan paling utama sekali ialah untuk mengawal supaya tidak terjejas teruk pasaran daging babi di negara ini dan beberapa perkara lain lagi disini.

Sejauh ini Kementerian Kesihatan juga tidak memberikan maklumat lengkap sama ada makan babi boleh menyebabkan wabah penyakit selsema babi . Tidak ada amaran dalam hal ini. Kenapa? Setakat hari ini tiada laporan penyakit ini dijangkiti oleh pengemar daging tersebut atau daripada penternak dan dari taukeh2 babi itu sendiri. Menurut maklumat terkini dari Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, 20 lagi kes baru selsema babi dilaporkan di Malaysia iaitu 16 adalah kes import dan empat lagi ialah kes jangkitan tempatan.

Jumaat, 1 Mei 2009

Mesir Hapuskan Babi, Melaka Hanya Memantau Aje



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam meningkatkan langkah berjaga-jaga terhadap wabak selesema kepada fasa lima atau kurang setingkat di bawah tahap maksimum. Peningkatan itu menandakan dunia di ambang wabak besar-besaran atau pandemik berikutan wabak selesema babi yang telah meletus di Mexico dan kini mula merebak ke seluruh dunia.
Sementara itu Mesir hari ini merupakan negara pertama mengambil langkah drastik dan mengakui keputusannya untuk membunuh 250,000 ekor babi di sini merupakan langkah kesihatan awam dan bukan tindakan pencegahan wabak selesema babi. Pengakuan itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan tidak ada bukti menunjukkan babi menjadi punca selesema tersebut.
Manakala di negara ini iaitu negeri Melaka pula hanya mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau sahaja ternakan yang pernah menjadi isu seketika dulu. Sekiranya ada barulah langkah kedua untuk menghapuskannya akan diambil. Pengerusi J/Kuasa Khas Bertindak Menangani Isu Babi di Melaka, Datuk Gan Tian Loo menasihati rakyat negeri itu 'tidak perlu' bimbang kerana kerajaan telah negeri telah bersedia menanganinya. Walau bagaimanapun ternakan babi di negeri itu tidaklah sebesar mana cuma tinggal 39,000 ekor sahaja setakat ini.
Kulat: Cuba kita bayangkan jumlah babi yang dihapuskan oleh kerajaan Mesir berbanding dengan jumlah ternakan yg ada di Melaka. Kerajaan Mesir sanggup berkorban menghapuskan jumlah babi yang besar yg mungkin mengalami jumlah kerugian yang agak besar berbanding dengan kerajaan negeri Melaka yang hanya berjaga2 dan memantau sahaja. Kerajaan Mesir sanggup menanggung risiko ekonomi ternakan babi walaupun wabak tersebut belum lagi disahkan menular di Mesir. Manakala di Melaka langkah penghapusan dijangka akan dilaksanakan sekiranya rakyat negerinya akan menjadi mangsa dan terkorban oleh selesema babi. Cegah sebelum parah.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN